Rabu, 28 Disember 2011

Bandingkan Dia Dengan Diri Kita...

Ini hanya sekadar cerita tapi alangkah baiknya jika cerita ini dibaca hingga ke titik akhirnya dan bandingkan diri kita yang kononnya serba sempurna!

Pertengahan tahun lepas...aku ketemu dengan seorang tua yang berjalan lemah di pinggir jalan...berkopiah dan berkemeja...sambil memegang ranting halus.  Hati aku terusik....

Selang beberapa hari...kelihatan lagi orang yang sama..juga di pinggir jalan.. berjubah putih, berkopiah, memegang ranting halus dan bercakap sendirian... Hati aku makin terusik.

Sudah beberapa hari aku tidak ketemu dengannya...hati aku terasa rindu.. terasa ingin melihatnya dan aku mohon dengan Allah agar pertemukan aku semula dengannya.  1 pagi dalam perjalanan ke sekolah, aku terpandang dia yang sedang keluar dari pagar masjid.. berjubah putih dan masih juga bercakap sendirian...  Alhamdulillah...aku senang sekali.

Siapa orang tua ni..kata putera puteriku...orang tua itu tidak siuman.  Aku membalasnya dengan senyuman dan berkata...yang penting...dia kenal pintu masjid! Masing2 tersenyum kelat hehehhe....

Seminggu selepas itu, lepas solat maghrib, aku bawa putera puteriku keluar makan malam di salah sebuah kedai makan di masjid tanah.  Aku memang tidak memandang kiri kanan, nampak saja meja kosong, aku terus rapat.  Sebaik duduk, puteraku menjerit kecil, "Bu, pak cik tu!" sambil memandang meja sebelah.  "Hah, rezeki aku hari ni" bisik hatiku gembira.  Kelihatan dia bercakap sorang2 sambil ketuk2 meja perlahan...  Sebaik saja gadis manis tu ambil order, aku cakap kat anak2 yang aku nak pergi kat pak cik tu.  Masing2 gelengkan kepala... mereka bimbang barangkali kalau2 pak cik tu mengamuk sebab di kepala masing2...pak cik tu kurang siuman.  Aku senyum dan aku kata perlahan... Allah sentiasa beserta dengan orang yang benar lagi ikhlas! dan aku bangun menuju ke meja sebelah.

Aku berikan salam dan aku minta izin duduk di sebelahnya.  Dia menjawab salam dan mempersilakan.  Aku tak pasti sama ada orang keliling memandangku aneh atau macammana sebab aku tidak perhatikan sesiapa melainkan pak cik tu juga minuman atas meja.  Aku bertanya khabar dan aku katakan pada dia, "Pak cik, saya nak belanja pak cik minum.  Boleh ke?"  Jawabnya tanpa memandang aku, "Yang memberikan rezeki tu Allah!"  "Ya, saya dihantar oleh Allah untuk menyampaikan rezeki tersebut." Aku jawab penuh lemah lembut (takut dia mengamuk hahahhahah) sambil meletakkan sedikit sumbangan di atas meja dekat dengan tangannya.  Tahu apa dia buat?? Duit tadi ditolaknya ke bawah piring minuman dia dan ucapan yang terdengar cuma, Alhamdulillah! Apa agaknya pada fikiran anda? Orang kurang siuman juga punya maruah?

Aku sering bertemu dengannya selepas malam itu dan aku akan pastikan aku berhentikan kereta untuk bertemu dengan dia bertanyakan khabar.  Kalau kenderaan terlalu banyak, puteraku akan turun bertemunya dan dia pasti akan datang menjenguk aku melalui tingkap sebelah penumpang.  "Doakan saya,pak cik!"  itulah ayat aku yang sudah pasti pak cik tu dah hafal hehehheh....

Suatu hari, pulang dari sekolah, ketika memandu sendirian... aku lihat pak cik tu sedang berjalan menuju ke rumahnya.  Aku macam biasa, berhentikan kereta dan tunggu hingga dia hampir ke keretaku.  Dia menjenguk aku melalui tingkap sebelah.  Ku berikan salam dan aku katakan "Ya Allah, lama betul saya tak jumpa pak cik! dah lama sangat rasanya."  Dia senyum dan menjawab, "Allah tak izinkan pertemuan tu..jadi tidaklah kita berjumpa."  errrgghhh... aku terpempan... kehilangan kata2... Dia masih memandang aku dan sebagaimana biasa ketika bertemunya aku lakukan.  Kemudian aku dengan ramah dan bodohnya berkata, "Jom pak cik, saya tumpangkan pak cik ke rumah pak cik!"  Dia mula ketawa, "Tak boleh...kita bukan muhrim... nanti mengundang fitnah!"

Allah hu Akbar...memang dungunya aku! Selepas mengutarakan permintaan aku sepertimana biasa, aku pun berlalu... aku tersenyum dan aku tak habis membodohkan diri aku...

Cuba tengok ya...orang kurang siuman, semua orang tak suka kerana dia cakap sorang2, ada kala dia comot, ada kala dia kutip ntah apa2 di jalan, orang takut nak dekat....tapi sentiasa  meletakkan Allah pada setiap perbuatan.  Kita yang normal ni, yg keje hebat, duit banyak, berkereta sana sini, punya keluarga tapi gagal untuk meletakkan Allah di atas. 

Bukan kata nak meletakkan Allah di atas, usaha nak kenal apatah lagi cinta pun tak ada.  Lebih gila kita daripada orang gila,kan?  Mengenali orang tua tersebut...meski siapa pun dia...dia isim ke...kurang siuman ke... dia memang mendidik aku, mendidik hati aku... Terima kasih Allah atas pertemuan yang telah Kau himpunkan///

9 ulasan:

  1. Dia telah bebas dari dosa.... tak macam kita..
    hidup dia bebas dan....
    sy sentiasa rindu akan dia...sejujurnya!

    BalasPadam
  2. :) Alhamdulillah

    OTW p keje..tgk pokok2....tetibe terdetik dihati bandingkan alam semulajadi dgn manusia....depa smua bertasbih memuji Allah, tunduk n patuh pd Allah..ada cara depa sendiri beribadat pd Allah..sdgkan diri nie, byk lalai....yg pasti mimpi puteri Baginda mlm td n perasaan pagi nie menyenangkan hati....

    BalasPadam
  3. Allah tu maha berkehendak... Dia akan berikan apa yang Dia mahu berikan.. Apa jua yang Allah datangkan, bersyukur seadanya. Terus beramal dengan ikhlas....

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kakak....InsyaAllah, doakan sy x terus lalai dan menzalimi diri sendiri....

    BalasPadam
  5. kita sama2 berdoa selain banyakkan sujud

    BalasPadam
  6. (^___^) ini senyuman yg x kelat...InsyaAllah

    BalasPadam