Jumaat, 2 Disember 2011

Benarkah Semua Kerana Kita, Isteri????????

Kita dilahirkan hasil  cinta ayah dan ibu.  Kita juga punya rasa untuk dicintai dan mencintai.  Tiba saat dan ketika, kita mahu metraikan cinta kita dengan orang yang kita sayang dengan ikatan yang murni.  Semua orang impikan perkahwinan yang bahagia tapi berapa kerat yang mampu mengecapi kebahagiaan?  ermmmm.... banyak yang musnah di tengah jalan..ada jua yang baru berapa hari kawin sudah bercerai.  Kenapa ini berlaku agaknya ek...

Kalau dulu, ramai yang datang, mengadu hal perkahwinan yang hampir hancur, takut suami cari lain dan macam2 lagi. hahahahha...aku hanya gelak besar. Takut sangat!
"Apa la doa nak baca kak ku, risau sy ni kalau abang cari yang lain."
"Tolong akak, ku, suami akak nak kawin dengan budak Sabah. Diaorang kat kl sekarang ni!"

Begitu halnya...kesian,kan? Dilema seorang isteri.  Jawapan aku yang membuatkan semua marah kat aku hehehhe... "Ala...Tuhan kita kan ALlah...buat apa nak berTuhankan suami hehehe... tenang2 je lah.  Dapat madu kan untung, tak de le nak hadap n layan cik abang 24 jam! jumpa 2@3 hari sekali, kan bagus hehehe... time tu tentu betul2 rindu"

Agak2...diaorang senang ke jawapan macam ni? Bertuah kalau senang,kan.
"Cakap mudah je ku... mana boleh kongsi2"
"hehehhe...tamak tul akak ni... kongsi2 kan bagus, Allah suka" hahahhaha... mencuka muka masing2. Aku selalu cakap, "cuba tengok saya ni, ada ke nampak macam tak hepi, sedih dan bagai... tak de,kan? sy relaks je pun...ok je duduk sorang2...Reda je lah kalau ALlah dah kata nikmat bersuami dicabut! Tenang je..teruskan berdoa untung2 Allah bagi yang lebih baik!"

Itulah aku. Aku malas nak pening2 kepala kerana aku berpegang pada 1, kita meniti atas takdir ALlah, menangis keluar air mata darah sekalipun, itulah yang kena kita lalui kerana kita bukan sesiapa...kita hanya hamba! Apa yang boleh kita buat..berdoa dan terus berdoa. Berdoa dengan harap kan lebih baik dari kita merintih2 tak memasal.

Aku selalu cakap pada mereka yang sering bertandang ke serambi rumah aku suatu saat dulu, aku berikan mereka potongan doa untuk mereka amalkan tapi kalau sikap tak berubah, susah jugak! Bila cakap perihal suami cari yang lain, aku jarang memihak pada wanita heheheh...(meskipun aku wanita).  Pokok pangkal diri kita.. keadaan diri kita di rumah, ketika dengan suami kita.  Lazimnya kita, sebelum memiliki kita akan berusaha sesungguhnya.  Time bercinta, kalau makan dengan kekasih, kita kan pastikan suapan kita kecil, mulut antara terbuka ngan tidak, makan pun tak habis, shy2 cat gitu heeheh... tapi bila dah kawin... masyaAllah...minum pun boleh sambil berdiri. Macammana tu! Kalau suap makanan, tiga kali suap, nasi sepinggan dah habis..Allah... hilang kesopanan masa bercinta dulu!

Kalau dulu, kita akan sentiasa pastikan diri kita rapi ketika bertemu kekasih hati.  Kalau dia datang umah pun, kita akan bersolek secantiknya, tidaklah pakai kain batik ngan t shirt.  Bila dah berkahwin, bagaimanakah agaknya kita? nak2...dah ada anak 3@4 orang.... Allah.. tak terurus kita dibuatnya. 

Suami balik kerja, menikmati rupa kita yang tak berbedak, rambut tak terurus, badan bau minyak masak... apa agaknya perasaan suami sedang tadi dia bersama rakan pejabat yang cantik, wangi apatah lagi bercakap dengan lemah lembut.  Boleh bayangkan? Sehari dua mungkin tak mengapa tapi kalau lama kelamaan...suami pasti bosan dan tertarik yang di luar sana yang menggoda.  Kita kena ingat, time ni syaitan selalu menang dan suami kita akan tewas.  Kita jangan lupa, ujian suami tu selain takhta, harta ialah WANITA.  Ujian kita pompuan ni, duit je... kalau tak de duit...tak leh kawal diri rasanya..mana taknya, nak beli susu anak, pampers anak, beras dan bagai2....

TIme dengan kawan2 dulu, itu yang saya cakapkan... ubah penampilan diri di rumah, iringkan dengan doa.. InsyaALlah..tak perlu nak risau rasanya! yang penting, servis kita pd suami... Suami selalu nak perhatian dan kita justeru berikan dia perhatian yang penuh.  Ramai tak boleh nak terima apa yang aku cakap tapi ikhlas dari hati... sedikit dari masalah yang timbul dalam rumahtangga kita, sebenarnya berpunca dari kita, isteri. ramai pelakon penyanyi yang cantik jelita bercerai juga sudahnya,kan? Selalu orang cakap, cantik pun kena cerai?  Itu yang kita nampak luarannya...tapi kita tak nampak dalam rumahtangga dia bagaimana,kan? Jangan2 penyanyi tu kat dalam rumah juga macam kita, pinjam baju kelawar 24 jam hehehehe... serabut mata suami tengok!  Jangan kita muhasabah orang, kita muhasabah diri...itu lebih baik,kan?

Rasanya, kalau amalkan segala tips mejadi isteri solehah...tak de masalah kot! time suami marah, kita diam.. pasti tak merebak api tu dan selamat rumahtangga kita.  Hati kita sakit? ya, memang saki tapi ubati semua dong.... Bagaimana nak ubat? Istigfar banyak2 dan bila keadaan dah reda, suami dah hilang marah dan mula bermesra2...cakaplah kat suami betapa hati kita kita terluka dengan yang berlaku sebelum ni...luahkanlah perasaan.. InsyaAllah, suami akan mendengar!  Dan kita akan lebih saling memahami.  Pokok pangkal diri kita, kan?

Jangan marah ye... ini pandangan peribadi seorang aku!  Dulu pun kawan2 selalu marah hahahahha.... memihak pd lelaki tapi aku cuma melihat...lemahnya kita sebagai isteri dan tidak tercapainya kita menjadi isteri solehah! Aku lah tu...

4 ulasan:

  1. sbb itu la bila berkahwin ni, nk lyn suami, berhias diri, bt kerja rumah kena ikhlas. Ingat Allah. Semua itu dikira ibadah. Kalau ada perkara yg kita tak suka pd pasangan kita, kenalah bersabar. kalau nk cr psgn yg betul2 perfect yg menepati yg kita nak, takkan ada...
    pasti wujud ketidak serasian. masa bercinta lain, semuanya nampak sempurna.slps kahwin, 60% adalah berbza sblm kahwin. msg2 tnjuk true color
    so apa yg pentingnya ialah kembali pada agama dan percya pd Allah.ingatlah ada sepotong ayat al-Quran, yg bermaksud 'Mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.' [Q.s. An-Nisa:19 ]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik utk hambaNya.
    kalau suami kahwin lain, kena redha.
    lelaki berhak kahwin lain, 2, 3, atau 4. kalau x mampu, cukuplah hanya 1.
    jd seblm dimadukan, lyn suami elok2.amal doa.
    doa adalah senjata yg plg ampuh.
    doalah pd Allah semoga kasih suami tidak berkurangan, mlh semakin bertambah....wallahua'lam

    BalasPadam
  2. Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh...

    teringat kisah tsabit dgn isterinya...sehari berkahwin, dah bercerai....

    BalasPadam
  3. p'kahwinan bkn smate2 krn cinta n m'yimpan perasaan pd mnusia. sbb jke kt sandar'k pd mksd dmkian, ilang rse cinta, musnahlah hala tuju p'kahwinan kt yg sbnar2'nye. P'kahwinan yg kt harap'k nnt sebagai satu jambatan tuk kt terus melangkah ke syurga, bersama dipimpin oleh pasangan kita. Cintakan Allah, kerana m'harap'k keredhaan'y. insya'Allah.. [ pendapat musafir eman]

    BalasPadam
  4. yeah... benarlah bagai dikata...tapi apapun yang berlaku dalam perkahwinan...tempuhlah dengan sabar beserta doa yang merupakan senjata mukmin. Tidaklah sesuatu itu ALlah jadikan sia2 :)

    Musafir eman >> Sukar mencari orang yang berkawin ikhlas kerana ALlah tapi ramai pasangan menghiba akhirnya kerana perkahwinan berlandaskan nafsu semata. Bercinta demikian lama, bila kahwin hilang segala nikmat kerana terlalu sangat lamanya berkenal2 mesra... bukan kata saya tapi itu kata seorang ustaz dalam ceramahnya

    BalasPadam