Khamis, 1 Disember 2011

Jom Bersihkan Hati Kita..Tak Mau Ngumpat-ngumpat


Wahai diri...
Kalaulah bukan kerana nak mengadu kepada yang perlu tahu tentang kita dizalimi atau
kita perlu minta bantuan untuk mengubah sesuatu kemungkaran atau
nak minta fatwa atau
sebagai tanda ingat mengingati sesama muslim atau
bila melihat berlakunya fasik dan bida'ah secara terang-terangan atau memberi gelaran supaya pengenalan lebih tepat

JANGANLAH SESEKALI KITA MENYEBUT NAMA SESEORANG SAMA ADA CERITA ITU BENAR ATAU SALAH KEPADA ORANG LAIN

Kalaulah tak benar apa yang kita beritakan, itu fitnah namanya
Kalaulah perkara itu benar, itu mengumpat namanya.

Apabila sesuatu perkara yang kita cakapkan tu menyakitkan hati orang yang sedang kita perkatakan (kalau dia tahu) , maka makanlah kita daging saudara kita sendiri yang dah mati! Sedap ke agak2nya daging mayat! ishhh... loya,kan? Sedangkan daging korban yang fresh tu tak tertelan kalau tak dimasak apatah lagi daging mayat..kan..kan..
Jadi...ambillah tindakan segera...hehehehe.
kita yang hidup segar bugar ni nak mati...akan mati..wajib mati...jadi..takkan tak takut ngan janji Allah kot!

 Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah (bila berkata) berkata yang baik atau diam sahaja".
Jadi...tak payahlah nak bercakap kalau perkara tu tak bawa apa faedah pun melainkan rasa syok aje sebab bercakap tentang orang lain. Kalau orang cakap perihal kita, bukan main melenting lagi ek...teruk kita ni heheheh. Lebih baiklah kita diam je kalau tak de benda penting nak cakap,kan...

Lagipun kan, kalau asyik bercakap je tak henti2 benda2 tak berfaedah akan mengeraskan hati tau. Sabda Rasulullah, "Jangan banyak berbicara selain dari mengingati (zikir) kepada Allah swt sebab banyak bicara selain dari menyebut nama Allah MENGERASKAN  HATI.  dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang berhati keras" Kita ni, asyik je bercakap tentang dunia sampaikan dalam masjid pun masih nak bercerita hal2 dunia, paling parah bercakap tentang orang lain jadi mcmmana hati kita nak bersih, cermin hati kita nak  bersinar?

Cuba tengok pejuang rohani atau ahli sufi, mana mereka banyak cakap macam kita ni.  Sebabnya mudah, sebab mereka tahu dengan banyak bercakap akan menimbulkan banyak penyakit batin.  Dlam banyak2 bercakap tu kadang2 secara tak perasan kita sedang memenuhi keinginan hawa nafsu, mahu orang tengok sifat2 terpuji kita dan ghairah nak mendengar kata2 pujian orang.  Bahaya kan, kalau kita banyak bercakap? elok kita diam je lah kan, kecuali bercakap perkara2 berfaedah, bercakap tentang agama....
Abu Ali Ad Daqqaq pernah berkata "sesiapa yang berdiam diri dari mengucapkan kebenaran maka ia adalah syaitan yang bisu"

Jomlah, kita kurangkan bercakap. Buatlah keje kita, tak usah pedulikan kumpulan yang sedang berseronok dengan dunia mereka. Susah sangat ke kalau tak bercampur dengan mereka. Kita ni, buat baik orang kata, buat jahat lagi orang kata. Pendek kata, sampai lubang kubur, orang tak akan pernah berhenti bercakap tentang kita jadi..pedulikanlah...asalkan yang kita buat tu baik, tidak menyalahi hukum dan yang penting..kita tak harap reda manusia tetapi kita harapkan reda Allah.  Nak senangkan hati semua orang mana boleh,kan?

Kalau ikut agama pun, kalau dengar orang mengumpat, seharusnya kita tolak atau larang dengan lisan.  Kalau tak mampu (takut sangat orang cakap kita ni baaaaaaaaaaaiiikk sangat), tunjuk je isyarat tangan. takut juga? tinggalkan je tempat tu. Cakap le nak pegi buang air ke, minum ke...banyak alasan boleh cipta, tak gitu?  Kita ni kan sentiasa mempunyai alasan.  kenapa lewat solat? ala...nak rehat kejap. ala..baru je sampai ni. ala...kawan baru balik. ala.. ala.. ala.. hehehhe.... dengan Allah boleh bagi banyak alasan, dengan manusia apatah lagi,kan? kan? hik hik hik....

Jomlah...kita muhasabah diri kita...
Semoga kita menjadi hamba yang lebih baik di sisi Allah..



HATI2 YE TIME MENAIP HEHEHHE... TAKUT2 YANG KITA TULIS TU FITNAH KE, UMPAT KE... ASYIK CITER HAL DUNIA JE PUN TAK BEST,KAN..
JOM...KITA MANFAATKAN JARI JEMARI KITA YANG RUNCING LAGI CANTIK NI...AHAKKKSSS

7 ulasan:

  1. Padan muka den!!! terkena dah...huhuhu...

    BalasPadam
  2. hik hik... den tak kato sesapo...den kato kek diri den ni ha... kalau kono kek orang lain...kiro bonus lah hahahahahha

    BalasPadam
  3. den x salah sesapa..den baca n den rasa diri den ter'list' jugo....hohoho....payoh2... wat den termonung kojap.....

    BalasPadam
  4. benar..muhasabah diri sambil ingat Allah, lg baik

    BalasPadam
  5. Orang2 beriman tentu akan berhati-hati dalam menggunakan lidahnya. "Wahai orang-orang beriman takutlah kalian pada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar." (QS Al-Ahzab:70).

    BalasPadam