Sabtu, 24 Disember 2011

Peringatan Allah

Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji (pula).  Sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik (pula).  Mereka itu bersih daripada apa yang dituduhkan orang.  Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga) - An Nur : 26

Ini kata Allah... jadi..tepuklah dada, tanyalah iman.
Pandang diri kita dan letak duduknya kita.  Kalau kita dipasangkan dengan orang yang tidak seperti yang kita mahukan, janganlah marahkan Allah...janganlah salahkan takdir. Allah sedangkan menunaikan janjiNya...

Ramai orang menyalahkan takdir bila punya isteri derhaka, bila punya suami zalim.. ramai yang melihat ketidakadilan Allah tapi kita sering lupa...betapa Allah telah memberikan kita peringatan dalam mesej2 Allah yang seringkali kita lupa membuka dan membacanya...

Ayuh..kita bertaubat jika kita termasuk dalam kalangan mereka yang sering berdosa kepada Allah.. Pintu langit sentiasa terbuka bagi menerima taubat kita...Allah senang sekali mengampunkan dosa2 kita...semoga Allah mentakdirkan untuk kita mereka yang bertaqwa yang mampu membimbing kita dunia dan akhirat...

2 ulasan:

  1. bagaimana jika perempuan yg keji itu bertaubat??adakah tetap akn mdpt lki2 yg keji?

    BalasPadam
  2. Allah sentiasa menyukai hamba yang bertaubat. Setelah bertaubat,mintalah pada Allah suami yang bertaqwa.Berubahlah sesungguhnya kerana Allah bukan untuk mendapatkan suami yang baik.Allah pasti melihat kesungguhan kita dan melihat apa yang di dalam hati kita.Pasti Allah akan mendatangkan untuk kita suami yang bersesuaian dengan hati kita selepas bertaubat.Kalau kita benar2 berubah kerana Allah,InsyaAllah akan Allah datangkan lelaki yang benar2 hebat untuk terus mengukuhkan iman kita tapi semuanya akan berlaku akan doa dan taubat yang berterusan.

    BalasPadam