Isnin, 2 Januari 2012

Di Mana Hebatnya Kita?

Kadang2 kita rasakan diri kita adalah orang yang paling baik dalam dunia yang tidak pernah melakukan kesalahan.  Bila kita pandang orang, kita rasa semua orang tak baik sedang kitalah manusia yang paling baik..  orang semua tak betul sedang kita sajalah yang betul semuanya!  Bila kita pandang orang yang pernah berbuat salah, kita pandang dengan pandangan 'senget' je... senyum pun sinis je..maklumlah pandang orang yang pernah berdosa!  Kita lupa bahawa orang yang pernah berdosa yang kita kata2kan itu sebenarnya mampu mengatasi kita dalam membuat kebaikan malah akan menjadi jauh lebih baik dari kita setelah mereka bertaubat dan memperoleh rahmat Allah.  Allah sering membolak balikkan hati kita...jadi usah rasakan diri kita hebat kerana yang punya kehebatan hanyalah Allah swt... tak usah sombong kerana yang berhak sombong itu hanyalah Dialah yang mempunyai nama2 yang hebat.  Usah memakai selendang kebesaran Allah kerana kelak kita akan dimurkai.

Aku mahu share 1 hadith yang secara tak sengaja aku jumpai ketika menyelak2 helaian terjemahan hadith shahih muslim.

Dari Abu Hurairah ra dari Rasulullah saw," Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan.  Tidak mustahil dia pernah melakukannya.  Dua mata, zinanya memandang.  Dua telinga, zinanya mendengar.  Lidah, zinanya berkata.  Tangan, zinanya memukul.  Kaki, zinanya melangkah.  Hati, zinanya ingin dan rindu sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."

ermmmm... macammana tu? Zina dan takdir.

Hari2 kita berzina,kan? Keluar je rumah, kita berzina cuma malang bagi mereka yang tidak mampu untuk mengawal syahwat telah mengizinkan faraj untuk mengikuti.  Hati anda tidak pernah berzina?  Pasti pernah.  Jangan pandang senget pada mereka yang pernah terlanjur.. berilah mereka sokongan kerana mereka berhak untuk hidup dengan iman.  Kalau kita tak bantu, siapa lagi.

Aku adalah antara guru yang paling tidak disukai kerana ketegasanku.  Jika aku terima aduan tentang murid2 bermaksiat tak kira di luar sekolah atau di dalam sekolah, jemari inilah yang akan pantas mendail no tel ibu bapa mereka.  Niat aku cuma 1, mahu membendung faraj mereka daripada menuruti kata hati.  Murid bertudung menampakkan dada yang segar, akulah cikgu yang paling bising mulutnya...akulah guru yang akan memakaikan mereka tudung hitam labuh..akulah yang akan menerima cemuhan tapi aku peduli apa.  Tidakkah mereka tahu, disekeliling mereka bukan lagi anak2 lelaki tahun 40-an yang masih boleh main pondok2 walaupun sudah sekolah menengah,  Anak2 sekarang semakin terdedah dengan cd lucah, gambar2 lucah yang sentiasa membangkitkan syahwat mereka.  Cd lucah ditemukan dalam beg murid lelaki t 1 sblm persek berakhir tempoh hari... sesape pun tak perlu terperanjat! darjah 5 pun sudah menonton apatah lagi ting 1.... bayangkan anak2 yang sudah melihat cd dan gambar lucah...melihat dada2 yang segar terpamer megah... bayangkan! tidakkah itu mengundang syahwat.  Tak hairan pun kalau aku sering menerima aduan murid di raba.... sedih!

Jadi...jom kita sama2 beri sokongan kepada mereka yang mula mempunyai bunga2 zina juga yang pernah berzina.. tak perlu kutuk2...tak perlu pinggirkan.  Semoga Allah memberikan mereka hidayah!

Juga kita...jom.. kita kurangkan kadar zina kita.  Manfaatkan segala pancaindera anugerah Allah... semoga mata kita digunakan untuk memandang yang baik2, telinga kita suka mendengar zikirullah dan bacaan al Quran juga suara2 ulama berpesan.

Lidah kita tidak lagi memaki2 kerana memaki sesama muslim itu fasik.... bagi yang asyik memaki2 dalam fb..bertaubat! Sabda Rasulullah, "mencaci maki sesama muslim itu fasik, membunuh hukumnya kafir"berapa ramai yang suka memaki2 dalam fb...enak sungguh tanpa sedar... mereka sudah fasik!  tangan kita biarlah hanya memegang dan mengambil yang baik2 manakala kaki tidak melangkah ke tempat maksiat.  Isikanlah hati kita dengan cinta akan Allah... semoga kita selamat dunia dan akhirat!

Jemari yang menari ini selari dengan hati yang sungguh insaf... semoga Allah menerima taubat aku..taubat kita... mengisi hati kita dengan mahabbah....

Cinta kepadamu melebihi segalanya...


Ku Tadahkan Tangan Mohon Keampunan, Ya Allah....

1 ulasan:

  1. bahay gol. fasik nie...beberapa hari nie asyik terbaca ttg gol fasik je....kdg2 wat hati nie seram sejuk..takut klo2 terjoin club 'fasik'....

    BalasPadam