Sabtu, 7 Januari 2012

Mahukah Terus Menjadi Pendosa????

Hati yang gelap dengan dosa, sukar mendapat hidayah.  hati yang bersalut dosa mudah dihinggapi mazmumah yang Allah murkai.  Kita akan jadi sombong, hasad dengki, pemarah, bakhil, buruk sangka, tidak bersyukur malah tidak reda pada apa jua ketentuan Allah. Dengan demikian, kita pasti terdorong untuk melakukan perkara2 yang keji.... keji!

banyak kesan buruk dosa dalam kehidupan...banyak sangat. Mahu ke Allah murka pada kita? Mahukah semua malaikat melaknat kita? dengan kemurkaan Allah, dengan laknat para malaikat, kehidupan kita pasti porak peranda... mahukah? Sanggupkah untuk hidup tidak tenang sepanjang hidup.  Kita punya kemewahan tapi kita tak punya ketenangan.

Punya duit bertimbun2 tapi akhirnya mati bunuh diri...atau mati dalam kemurungan... mahu ke?  Mahukah kita sentiasa hidup berkeluh kesah.  Bukan saja kita yang tanggung semua musibah itu... kita akan melibatkan orang sekeliling kita jua...

Janganlah dibiarkan titik hitam yang sedikit itu bertambah besar dan besar... marilah kita sama2 hilangkan titik hitam tersebut dengan banyakkan istigfar....

Ingat sayang...bila melakukan dosa...tidaklah memadai dengan taubat dan berjanji untuk tidak ulangi lagi...sebaliknya banyakkan istigfar di samping banyakkan solat taubat...

Jom...kita bertaubat bersama2 demi keampunan Allah justeru mendapatkan keredaan Allah....

10 ulasan:

  1. kembara berjalan bersendirian mencari jalan pulang...kami semua senasib dgnmu wahai kembara ditanah gersang...mencari kebahagiaan dlm hidup, merempuh pelbagai rintangan yg ada, namun bahagia hnya impian.....( nasib den sama dgn si kembara nie agaknyer!)

    BalasPadam
  2. Kita tak berjalan bersendirian...kalau kita bersendirian..kita akan tersasar..kita akan hancur...
    Kita sentiasa bersama Allah..tak kelihatan tapi Dia sentiasa ada untuk kita...

    bahagia pasti jadi kenyataan jika berpegang teguh dengan al quran dan sunnah...

    BalasPadam
  3. hehehe...Dia sentiasa dekat dgn kita kan...

    BalasPadam
  4. aku kembara...tapi aku tak pernah bersendirian meski di mata makhluk...aku tak punya sesiapa...

    aku berbicara sendirian tidak bermakna aku gila tapi bicara aku ada yang mendengarnya...

    BalasPadam
  5. kembara yg x punya sesiapa...maknanya bersendirian jg dan hnya Allah bersamanya...

    aku tetap kembara di tanah gersang yg masih mencari jalan pulang...

    BalasPadam
  6. Allah maha mengatur hidup setiap hambaNya....la tahzan....Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui setiap apa di fikiran hambaNya walaupon tidak diucapkan dan walaupon hanya sepintas lalu di fikiran setiap hambanya~

    BalasPadam
  7. yeah...
    Allah sebaik2 perencana, perancang, pelaksana...
    serahkan diri kepadaNya...semua InsyaAllah...bakal sempurna :-D

    BalasPadam
  8. Mengembara ekk. Nak ke mana tu anda berdua? Utara Selatan Barat Timur ? Arahnya? Jalannya? Kenderaannya? Temannya? Penunjuknya arahnya? Bekalannya? Pakaiannya? Minumannya? Banyak nak tanya nih.... Semoga Dia bantu. Semoga sampai dan tenggelam ! Amin !

    BalasPadam