Rabu, 25 Januari 2012

Wasiat Rasulullah Kepada Para Sahabat

Di beri izin akan aku oleh saudara Ir. Ahmad Jais Alias al-Syazili memuatkan tulisan beliau di sini bagi memberikan kebaikan dan memanjangkan jariah beliau dan guru2 beliau. Semua yang kulakukan demi cinta aku akan Rasulullah dan mahu menggamit semua orang untuk turut sama menikmati cinta ini...

Berkata Sheikh Dr. Mahmoud, diriwayatkan daripada guruku Syeikh Muhamad Yasin al-Fadani al-Jawi, daripada gurunya, daripada gurunya pula hinggalah sampai kepada sahabat yang mulia Sayidina Mu'az bin Jabal bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepadaku, maksudnya:

Wahai Mu'az, sesungguhnya aku mencintaimu, maka ucapkanlah:
"Ya Allah, tolonglah hamba untuk berzikir padaMu, mensyukuriMu dan baik beribadat padaMu." (Riwayat Abu Daud)

WASIAT RASULULLAH SAW KEPADA SAHABAT MULIA SAYIDINA ABU ZAR AL-GHIFFARI

"Aku berwasiat kepadamu untuk bertaqwa kepada Allah.  Sesungguhnya taqwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu.

'Hendaklah engkau membaca al Quran dan berzikir mengingati Allah.  Jika kamu berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi

"Dan hendaklah engkau wahai Abu Zar, panjang diamnya kecuali berkata yang baik.  Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu.

"Jangan sekali-kali kamu wahai Abu Zar banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu.

"Dan hendaklah engkau mujahadah melawan hawa nafsumu.  Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewalian umatku.

"Hendaklah engkau mencintai orang miskin, duduk bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok, mempunyai daulat yang besar.

"Wahai Abu Zar, pandanglah orang di bawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu maka yang demikian itu terlebih sayugia untukmu agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu

"Wahai Abu Zar, hendaklah engkau bersilaturahim dengan kerabatmu meskipun mereka memboikotmu

"Dan hendaklah kamu berkata yang hak walaupun kebenaran itu pahit.  Kebenaran itu ialah apa2 yang datang kepadamu daripada Allah swt dan janganlah kamu takut golongan yang mencerca dan mengkritikmu

"Wahai Abu Zar, janganlah kamu mengata orang lain apa2 yang ada pada dirimu sendiri.  Cukuplah seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada 3 sifat ini:
i   -   tahu apa yang ada pada semua orang lain tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya
ii  -   malu orang berbuat sesuatu sdangkan dia juga melakukannya
iii -   menyakiti makhluk

"Wahai Abu Zar, tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain. 

"Tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia.

MADAD YA RASULALLAH

Allah...hebat sungguh pesanan kekasih agung ini dan berkali2 kubaca...aku tidak pernah berasa puas!  Demi Allah yang menjadikan langit dan bumi... sungguh ingin aku laksanakan semua pesananmu wahai kekasih agung... semoga Allah memimpin hatiku dan sentiasa menyertakan kekuatan untukku. 

wahai sahabat...ayuh muhasabah...berapa m/s al Quran kita baca sehari? berapa kalikah khatamnya kita akan al Quran dalam setahun.  Sudah berhabukkah al Quran atau hanya sekadar perhiasan dalam almari berkaca....

Pesan Rasulullah untuk kita diam tetapi kita selalu ingin berkata2 meski kadangkala kita sudah kehabisan kata2.  Allah hu Robbi...kenapa begini jadinya kita...menjadi kita hamba kepada nafsu yang bermaharaja lela.

Sungguh asyik kita dengan kebahagian justeru ketawalah kita berdekah2 sehingga kita lupa untuk mensyukuri nikmat... patutlah kita tidak pernah rasa berdosa setiap kali kita alpa kerana hati kita sudah mati rupanya! Ampunkan kami ya Allah

selalu ketakutan yang amat untuk memperkatakan yang hak kerana kita bimbang disakiti,kita bimbang ditinggal sendiri.  perlukah takut pada semua itu sedangkan ketika dalam perut ibu, kita kesorangan, kita mati juga kesorangan, mau masuk syurga neraka juga sendirian.. Pantaskah takut untuk bersendirian sedangkan hakikatnya... kita tak pernah sendiri kerana kita ada Allah yang maha segala

Sungguh aku terkesan dengan kata2 saudara  Ir. Ahmad Jais Alias al-Syazili
Mari kita sibuk dengan diri kita sendiri
sebelum sibuk mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.
Jika rumah kita diperbuat dari kaca
Janganlah kita melempar orang lain dengan batu.

Allah hu robbi... dush..dush... terkena aku pada tumbukan kata2 yang sungguh menginsafkan... terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan orang yang mampu menyedarkan aku dengan tulisan beliau.. terima kasih juga solusi 40

ayuh...kita istigfar

barakallah

"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan