Sabtu, 25 Februari 2012

Istighfar

Keutamaan Istighfar

1. Merupakan manifestasi dari ketaatan kpd Allah Azza Wa Jalla.

2 Menjadi sebab di ampuninya dosa-dosa, Firman Allah Taala : Maka Aku katakan kpd mereka; mohonlah ampun kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun (QS Nuh:10)

3. Turunnya hujan Firman Allah: Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat( QS Nuh:11)

4. Memperbanyakkan harta dan anak. Firman Allah: Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu(QS Nuh:12)

5 Memasukkan ke syurga. Firman Allah: Dan mengadakan untukmu syurga-syurga (QS Nuh:12)

6. Menolak bala(musibah). Firman Allah: Dan tidaklah Allah menimpakan azab kepada mereka sdg mereka meminta ampunan

7. Beristighfar kerana kita telah melakukan dosa di siang hari mahupun di malam hari. Apabila mereka meminta ampun kepada Allah maka Allah akan memberikan ampunan  kepada mereka.

8 Istighfar asbab turunnya rahmat. Firman Allah:  Kalau ada saja mereka meminta ampunan kepada Allah, sehingga dengan itu kalian termasuk orang-orang yang mendapat rahmat.

9. Pelebur kesalahan saat bermajlis.

10. Istighfar merupakan bentuk perbuatan untuk mengikuti Nabi Muhammad saw. Beliau meminta ampun kepada Allah dalam sebuah majlis sebanyak 71x..


  • Mari sama2 beristighfar dan banyakkan istighfar...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan