Isnin, 25 Jun 2012

Aku Sedang di Amuk Rindu..Kerana Allah!


"Seseorang itu dikenali berdasarkan sahabatnya maka berwaspadalah / bersikap bijaksanalah dalam memilih sahabat."

Sungguh.. aku sangat rindu akan seorang teman..seorang kawan..seorang sahabat.. yang kini jauh dari sisi kerana mengikut suami ke Pahang.  Aku tak suka merindu, aku tak suka memasukkan sesiapa jua ke dalam hati aku... tapi ada ketikanya, ingatan pada seorang teman ini kuat mencengkam jiwaku.  Seringkali saat aku terlajak dalam berbicara, dia akan mengingatkan, "kak, mana tasawufnya?"  Allah...dan aku pasti tersipu2 dan dalam diam melafazkan istigfar sebanyak mungkin dan berlalu dari situ...

Kita tak pernah lupa untuk saling menghulurkan tangan setiap kali kita bertemu atau terserempak... ketika berjumpa pada waktu pagi, ketika hendak ke kelas, ketika di bilik guru...dan sungguh...genggaman itu sungguh kemas sekali menandakan begitu kuatnya ukhuwwah...
“Setiap dua orang muslim bertemu dan berjabat tangan nescaya diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah”
Dalam keberuntungan kita wahai teman... seumur kita bersama di bawah satu bumbung!


Bila tiba hari Ahad, dia pasti mengirimkan pesanan ringkas, "jangan lupa,kak... 10 pagi ni!" atau "jadi tak?"  Allah hu Rabbi, hari ni tak ada berbunyi lagi...kosong!  Kalau dulu, aku memandu berteman, kena saman juga berteman..  Sungguh Baitul Quro' memanggil2 hingga rasa ingin terbang ke sana... tali pinggang keselamatan terlupa dikenakan!  Dan kami masih mampu tersenyum sambil memandang..betapa indahnya Allah mendidik.  Pelan2 aku katakan pada dia, "ALlah nak didik kita bersyukur, kita hanya kena saman tak pakai tali pinggang tapi kereta tak kena tarik sebab road tax dah meninggal! Kalau tak, kita tak boleh p sana. Hebat kan Allah mendidik kita untuk bersyukur dan bersabar?"  Kami sama2 melihat besarnya kuasa Allah yang mengikat langkah polis daripada melihat road tax kereta kerana ALlah mahu kami hadir ke pengajian.  Kena saman?  Tak mengapa...itu tanda Allah mahu membersihkan hartaku... dan aku akur betapa aku semakin kurang bersedekah!

"Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api).  Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang2nya anda mendapat juga baunya.  Manakala tukang besi pula sama ada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak.

Demi sesungguhnya...itulah dia sahabat yang umpama penjual minyak wangi yang Allah anugerahkan untuk aku meski hanya sebentar cuma.  Bila kami punya waktu senggang, kami akan duduk berbincang, membuka kitab2 lama sambil berenang2 dalam lautan ilmu, meneguk manisnya ilmu bersama2.  Aku rindu akan doa sebelum dan sesudah mentelaah ilmu.  Aku rindu saat tangan diraup kemas dan saling bersentuhan pipi.  Semuanya mampu menghadirkan rasa sendu di jiwa!  Betapa kosong lagi sepi masa luangku, Jumaatku...


"Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah."
Sesungguhnya ... segala apa yang kita lalui ada kerana Allah untuk Allah bagi ALlah.  Dan hari ini aku merinduimu juga kerana Allah...tiada kerana selain Allah melainkan kerana Allah jua....

“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” Maka ingin aku katakan setulus hatiku.... Uhibbuki fillah.... Rabiatul Adawiyah

1 ulasan: