Isnin, 18 Jun 2012

Jom Kita Cakap Serupa Bikin


Selepas membaca dan menjawab soalan daripada seorang pembaca blog aku yang tak semengah ni, aku tak henti2 berfikir tentang diri aku sendiri.  Begitukah aku dalam kalangan teman2 dan anak muridku.  Adakah aku ini jenis yang cakap tak serupa bikin.  Sungguh aku jadi tak enak badan hahahahha.....

Setiap apa aku lalui, setiap apa aku dengari...aku pasti akan mengaitkan dengan barangkali Allah menegurku...Risau, resah semua bersatu tetapi aku sangat berterima kasih pada orang yang melontarkan soalan tersebut kepadaku kerana dengan demikian, aku dapat muhasabah diri aku.  Pasti itu cara didikan Allah yang sungguh baik untukku.

Sungguh aku takut cakap tak serupa bikin. 
Adakah aku menyuruh orang beristigfar tetapi aku tidak melakukan... Adakah aku menyuruh orang berbuat segala kebaikan tetapi aku melakukan kejahatan.
Adakah aku sering bercakap tentang perlunya khatam quran sekurang2 dua kali setahun, mesti baca sekurang2nya 100 ayat al quran sehari, mesti ke majlis ilmu, mesti istiqamah beramal meskipun sedikit amalannya, mesti tahajud..dan macam2 mesti lagi.. tapi aku  engkar semuanya...Allah hu Akbar.
Semoga Allah memelihara aku...menjaga aku.. dari tidak melakukan perbuatan sesuai dengan perkataan.  Aku terkenangkan amaran Allah tentang orang sebegini...
Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri.  padahal kamu membaca Kitab (Taurat)?  Tidakkah kamu mengerti
- Al Baqarah : 44

Malang sungguh kita...kalau kita berkata apa yang tidak kita lakukan kerana Allah sangat murka akan orang sebegini.
Wahai orang yang beriman!  mengapa kamu mengatakan apa-apab yang tidak kamu kerjakan
-As Saff : 2

Untuk apa kita menyuruh orang berbuat baik?  Untuk apa kita menasihati orang lain melakukan segala apa yang Allah suka dan melarang mereka berbuat apa yang Allah larang?  Hanya kita yang tahu...kenapa dan mengapa.  Kalau kerana Allah, InsyaAllah merdekalah kita dari azab neraka... Kalau kerana minta dipuji tujuan kita, tunggulah azab Allah yang pedih.  Ingatlah akan amaran Allah dalam kitabNya
Jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang yang gembira dengan apa yang mereka kerjakan dan mereka suka dipuji atas perbuatan yang tidak mereka lakukan, jangan sekali-kali kamu mengira bahawa mereka akan lolos dari azab.  Mereka akan mendapat azab yang pedih
-Ali Imran : 188

Berbahagialah mereka yang faham amaran2 Allah dalam KitabNya. 

Kalau kita faham apa mahunya Allah, pasti kita tidak akan melakukan perkara yang tak patut kita lakukan tapi malangnya kita keberatan untuk memahami mesej Allah.  Kita tak pernah rasa jemu berulangkali membaca mesej teman2, tapi kita rasa malas untuk membaca mesej tuan kita. Baru beberapa baris kita membaca, kita sudah berasa jemu...

Jomlah...kita mulakan hari kita dengan tilawah dan tadabbur...kita cuba faham mesej yang ALlah nak sampaikan agar kita menjadi orang yang lebih baik dari hari ini. 

9 ulasan:

  1. orang2 beriman saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang (Al-balad,17).

    * akak sayang sy x ? (^_*)

    BalasPadam
  2. ada yg akan salah faham klo x tahu maksud uhibbuki fillah...love u la sis... (^__^)

    BalasPadam
  3. takkan nak tulis uhibbukafillah....

    BalasPadam
  4. huhuhuhu...la ni, ramai couple akan ckp " sayang kamu kerana Allah "..tp maksiat tetap jua dilakukan...mcmne tu?

    * seorang pembaca blog nie tlh bertanya pd sy "siapakah yg bertanya soalan pd tuan blog nie?..sbb sy nk tau apa yg ditanya"....

    BalasPadam
  5. Rasulullah brckp kat sahabat je... Xpernah ckp kat pompuan2 halal nikah dgn baginda... Tak memasal lak tidak kenakan sunnah pd tempatnya.. Suka beno nak halalkan cara...

    Hamba yang di utus utk sy tu ada komen kat post sy sblm ni...

    BalasPadam
  6. untung ada sahabat..bole ckp uhibbuki fillah... x termasuk perkataan 'hidup la krn Allah'..sy tnye jg apa maksudnya 'hidup krn Allah' n kaitannya dgn bf....huhuuhu...

    * no idea la sis...stuck sudah otak...nti esok, sy suh dia tgk sendiri...

    BalasPadam