Isnin, 22 Oktober 2012

Hanyalah Seorang Wanita Yang Merindu

Tatkala dahi mencecah sejadah
Air mata menghambur sudah
Terima kasih Allah
Pada setiap anugerah...
Kau anugerahkan aku kekuatan akhirnya
Bagi membina ikatan
Yang bisa membuatkan 2 ulas bibir
menguntum senyuman
Sedang dalam hatiku lara bertamu...
Kenapa begini tidak kutahu..

Kucapai baju, kusarungkan ke tubuh
kucolekkan sedikit pemerah pada bibir
Kutaburkan sedikit bedak pada wajah
Kuwarnakan sedikit mata yang kukira indah
Kucapai alas kepala
Kubelek2 wajahku di cermin
Elokkanlah akhlakku ya ALlah
Sebagaimana Kau memperelokkan kejadianku
Setitis air mata tumpah...
Inikah hari bahagiaku?
Tiada yang mengandam
Hanya aku sendiri bergurindam
Meski dalam hati cuma
Terasa air mata terendam
Kujengah ke luar jendela
Ramai tetamu berpesta
Riuh rendah dengan suara
Sedang aku kesunyian dan ntah kenapa

Laungan ayah dari bawah bergema
Membuat aku terkesima
Perlahan pipi kuusap
Pergilah air mata
Hari ini hari bahagia
Kenapa hati begini rasa
Perlahan langkah kuatur
Menuju ayah tanda kuakur..

Wahai ayah,
Mahu ke mana kenderaan ini ayah...
Mahu ke mana aku dibawa ayah....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan