Sabtu, 10 November 2012

Musibah Berserta Kasih Sayang


oiitt...kenapa durja
sambil kutepuk dia berbaju biru
eh....mana ada
tuduh melulu
Hahaha......
sekilas kupandang raut wajahmu
sudah aku tau
kau lagi menerima tetamu
yang bikin resah tak menentu

Sambil tersenyum aku berlalu
sempat berpaling aku menyeru
nanti kita pergi minum!
sambil aku menganyam senyum
dia mengangguk lesu
tanda setuju

Bayu laut
mengelus lembut di pipi
terasa damai sekali
kupejamkan mata
menikmati elusannya
bibir bertasbih memujiNya
mengirimkan bayu
bagi aku merasakan cinta
Allah hu Rabbi
betapa luas lautanMu
betapa jualah
lebih luas rahmatMu
kupandang ke langit yang mendung
kulihat pada wajah yang sendu
menghirup air tanpa rasa
lalu ku alihkan wajah ke bumi
ke tempat di mana aku bakal disemadi

Diam
sepi
tanpa suara
tiada bicara
kedengaran cuma dengusan hampa

Ku capai tangannya
ku genggam erat
tanpa suara
sedangkan mataku masih terpaku di bumi
kueratkan genggaman
kularikan pandangan
kelihatan olehku
air mata bercucuran

Aku diam tiada berkata
hanya genggaman aku eratkan
tanda aku begitu kasih
begitu sayang
Lalu berlalu dicuping telingaku
helaan nafas
menenangkan diri
mengumpul bicara
"sungguh aku cemburu padamu
sentiasa dilingkungi kebahagiaan
sedangkan aku tak seminitpun bahagia
melainkan aku diuji sepanjang masa"
"Kau punya kehidupan
sebagaimana aku impikan
aku ingin sebagaimana engkau lalui
punyai kebahagiaan
sentiasa menguntumkan senyuman
tak pernah sekali kau dihantar duka
melainkan hari2mu penuh suka
tapi aku
diulit derita
bertimpa-timpa!"


Aduhai teman
mata kasarmu sering menipu
tanpa kau tahu
aku pelakon hebat
dipentas dunia
Cuma aku
mahu menjadi hamba bersyukur
menerima seadanya
apa yang dikirim Dia
Seharusnya
diberi aku bersyukur
ditolak aku reda
dijauhi aku berlari
demi mendapatkan Dia

Lupakah kau kalam Allah
dijadikan mati dan hidup untuk menguji?
Tak teringatkan kau pujukan Allah
Orang yang beriman ialah orang yang sentiasa diuji?
Aduhaiii.. hamba Allah
aku jua diulit derita
dipalit sengsara
dihurungi duka
tapi aku tak melihat apa
hanya melihat Dia
disebalik yang ada
Hatiku sendu diserbu pilu
hatiku duka jiwaku merana
tapi aku dipujuk Dia
tatkala membaca pesanan2nya
Aku meraung tatkala berduka
tapi air mata hanya bertakung di dada
Aku menjerit lantaran derita
tapi cuma terpenuh dalam jiwa

Kenapa lihat masalah itu masalah
bukankah itu ujian yang memerlukan kita berjuang?
setiap kali masalah bertandang
aku tetap mengumpul senyuman
kutaburkan dimana jua aku berada
agar semua orang berasa senang
meski hati sarat derita
Kusebarkan salam tak pernah lupa
meski hanya pada mereka murid2 kita
Ku ayunkan langkah perkasa
ku gerakkan minda berbicara
ku longgarkan sendi untuk berbahasa
biar mereka melihat aku bahagia
agar mereka turut terasa gembira

Ayuhlah kawan
Allah sedang menilikmu jua
kenapa gusar kenapa leka
hamparkan sejadah
bersujudlah
angkat tangan dengan tawadhuk
berdoalah
Dia dekat...sangat dekat
kenapa mahu menjauh...

Mari sini
dekatkan wajahmu kepadaku
hampirkan tubuhmu ke sisiku
hingga kau rasa hangat aliran darahku
sehangat kasih sayangku

Saat diuji
sedarkanlah diri siapa kita yang diuji
Ayuh kita kenal Tuhan yang menguji
Mari cari tujuan di sebalik ujian
Jom kita melihat hikmah pada apa yang bertandang

Tatkala kita sedar
kita hanya hamba
yang miskin hina jahil tiada upaya
sedang ditadbir maha perkasa
mahukah lagi kita bertanya
kenapa aku yang diuji ya Allah....

Bilamana kita sedar
Allah jua yang maha pengasih lagi penyayang
Mencuit kita dengan musibah
perlukah marah
perlukah melatah
Itu hanya cubitan kasih
mahu memberitahu Dia pengasih
Dia hanya mahu memanggil hati kita
yang semakin leka
semakin alpa
Laksana ikan mati tanpa air
begitu juga hati mati tanpa ingatan
pada Dia yang menjadikan
Bukan hati dibuka oleh ibadah
tapi hati dibuka oleh musibah

Jangan resah
usah gelisah
selagi bernafas kita redah
Saat hati bergolak
ingatlah Allah
nescaya tiada lagi gundah

Dan aku
mahu bahagia
meski derita jiwa
Aku  mahu melihat Dia
pada setiap tingkah makhluk
pada setiap detik kejadian
pada setiap dihimpit kehampaan

Teman
musibah itu tidak pernah terpisah dari kasih sayang
Pandanglah aku tanpa cemburu
kerana aku jua sepertimu
cuma setakat ini aku dibantu
oleh kawan, sahabat dan guru
yang semuanya dihantar Allah
bagi meninggikan rasa mahabbah....



INILAH UBAT PALING MUJARAB......







2 ulasan:

  1. Sungguh aku kehilangan kata..
    Suci hatimu mengembirakan dia
    Saat berduka, kau ceria
    Mengungkap cerita membuang derita

    Interlok derita dimana jua,
    Kisah terluka atau sengsara
    Meniti dibibir setiap masa
    Melayan pedih duka melara

    Ayuhai adik aduhai jelita
    Hidup dirimu bagai pelita
    Menghijab cerita pedih mu jua
    Berpura pura menutupnya semua.

    Apa dihirau rasanya arak
    Apa dipeduli baunya tuak
    Dihati tidak terasa nak tungak
    Difikiran jua tak mahu teragak
    Biar beribu botol di rak

    Begitulah jua kisahnya derita
    Jangan diagak,
    Jangan dipikiarq,
    Datang derita, datang cerita
    Biar berlalu, perasan pun tidak.

    Jika derita disebab jejaka,
    Pastinya dia matilah jua,
    Kepada Allah tempat bermanja
    Duka gembira tidak terasa.

    Jika Allah menjadi kekasih,
    Pasti makhlukNya berhati bersih
    Kepada sahabatmu jangan bersedih
    Kuota diriku, 3 lah masih...
    HaHaHa...(Dia Dia Dia)

    BalasPadam
  2. Sebabnya tiada lain
    jejakalah jua
    penyebab pada derita
    merana jiwa

    Aduhai guruku
    kelu lidahku untuk bicara
    kerana aku sebenarnya sama
    cuma diuji cara berbeza
    Temanku diuji sirnanya cinta
    pria yang diterima seadanya
    lantaran berpaling kasih pada yang lain
    Sedang aku
    lain cerita
    terhalang tersekat jalanku
    lantaran makhluk pria perkasa
    ha ha ha

    temanku dicuit
    temanku dicubit
    dia terasa sakit
    dia menangis
    dia menjerit
    Pantaskah aku hanya memandang
    kupeluk minta bertenang
    kuusap hatinya yang walang
    kuungkapkan kata sayang
    kupautkan hatinya pada yang menjadikan

    sayangnya aku dikira tidak mengerti
    lantaran aku tidak merasa
    dia melihat aku bahagia
    ketawa tersenyum setiap masa
    Pantaskah aku tunjukkan duka
    menggamit kasihan setiap insan
    apa yang boleh mereka lakukan
    hanya sekadar menyebut kasihan!

    Dilihat aku tiada sendu
    dikira aku tidak tahu
    bagaimana rasa diulit derita..
    aduhaiii hamba Allah
    tidak mahu melihat dengan pandangan dalam
    hanya melayan mata nan cemerlang

    Hanya diri teruji
    mahu diberi rakan oleh suami
    dia larut dalam derita
    berenang dalam lautan air mata
    Kupinta bertenang
    solat dan doa itu kekuatan
    tapi alangkah malang
    mahu keputusan segera datang

    kuhantar permohonan bertahun
    masih tiada jawapan
    malah direkrut memanjang
    bagi menguji kekuatan iman
    tiadalah hatiku walang
    kerana jawapan hakNya jua
    tapi temanku
    membuat permohonan tergesa-gesa
    mahu jawapan dengan segera
    aduhaiii...
    aku sudah kehilangan kata
    cuma hanya mampu berdoa
    Allah semakin dekat pada hatinya
    agar dia tidak hilang
    semua cinta dirasa...
    terutamanya cintanya DIA

    BalasPadam