Ahad, 23 Disember 2012

Indahnya Akhlak

Bersama2 anak2 ke Berjaya Times Square ditemani adik dan kakak, adalah moment yang indah.  Meskipun rasa penat yang teramat sangat, meskipun rasa semacam bermacam2, memandu di Kuala Lumpur yang penuh sesak...yang memang sangat asing bagi aku, hati rasa berbunga2 bila dapat penuhi keinginan anak2, Alhamdulillah.

Sementara menunggu anak2 bergembira dgn pelbagai permainan, aku, kak anita dan ku ina pergi belek2 apa yang patut.  Boring membelek...aku duduk di satu sudut menunggu ku ina dan encik suaminya memilih pakaian... tertancap bebola mataku pada sepasang suami isteri dari Timur Tengah dengan seorang anak kecil.  Sedang berjalan, keropok yang dipegang si anak tertumpah...boleh tahan banyaknya.  Dengan segera si ibu menundukkan badan dan mengutip keropok yang tertumpah tadi tanpa meninggalkan sedikit sisa dan memasukkan ke dalam tong sampah.  Aku tersenyum sendiri melihat begitu indahnya akhlak! Orangnya manis, akhlaknya juga manis....

Mereka akhirnya lewat di hadapanku.  Aku masih mengekori mereka dengan ekor mata.  Bertepatan dgn tempat aku berdiri, tiba2, air tin yang dipegang oleh si bapa terjatuh lalu air tertumpah.  Aku tidak mengalihkan pandangan pada mereka (kerana bimbang jika mereka malu) tetapi hanya melihat dari sisi. Cepat2 si ibu menolak anak ke hadapan dan si bapa mengambil tisu lalu dicampakkan pada air yang tertumpah tadi.  Mana mungkin tisu yang sekecil itu mampu menyerap air yang lebih banyak,  Dia berusaha keras untuk membersihkan... Aku terkesima melihat indahnya akhlak dan hanya mampu menghulurkan tisu sambil tersenyum.  Diambilnya tisu dengan ucapan Alhamdulillah...dan dibersihkan tempat tadi menggunakan kakinya.  ditundukkan badannya dan mengambil tisu yang kotor tadi lalu dibuang ke tong sampah.  Dia berlalu sambil mengerling padaku...malu barangkali ... hehehehe...

Aku cuba melihat dalam diri...kalau aku... akan kubersihkan atau tidak tempat yang telah aku kotorkan.  
Anda?????

4 ulasan:

  1. Cerita dulu-dulu buat hiburan hati...

    Seorang syeikh (mursyid) mempunyai ramai anak murid, dan ia pula lebih menyukai salah seorang dari muridnya malah memberi perhatian yang lebih kepada murid tersebut berbanding dari murid-muridnya yang lain.

    Ketika ditanyai kepadanya (mursyid tersebut) akan hal itu, maka ia menjawab, “Aku akan tunjukkan mengapa aku bersikap demikian terhadapnya.” Lalu ia mengumpulkan murid-muridnya dan diberikan kepada setiap orang dari muridnya itu seekor burung dan memerintahkan kepada mereka, “Sembelihlah burung-burung itu disuatu tempat dimana tiada sesiapapun yang dapat melihatnya!”.

    Maka sekalian murid-muridnya pun beredar untuk melaksanakan arahan syeikh tersebut. Dan kemudian masing-masing kembali kepada syeikh dengan burung sembelihannya kecuali murid kesayangan syeikh, dimana ia kembali dengan membawa burung dalam keadaan hidup. Maka syeikh pun bertanya padanya, “Mengapa engkau tidak menyembelihnya?”. Murid itu menjawab, “Tuan guru memerintahkan saya untuk menyembelih burung ini di tempat yang tidak dilihat oleh sesiapapun dan saya tidak menemui akan tempat seperti itu. (maksudnya: Murid itu tidak dapat mencari suatu tempat pun yang sunyi dari tilikan/pengelihatan Allah swt yang Maha Melihat).

    Mendengar akan jawaban dari muridnya itu, lalu syeikh pun berkata kepada murid-murid yang lain, “Inilah sebabnya mengapa aku memberi perhatian kepadanya”.

    MORAL OF THE STORY..
    Lain kali datang KL, habarq la kat kawan kawan. Nak berkenalan juga dgn Cikgu Lan.

    BalasPadam
  2. Andainya....
    Semua org sntiasa merasakan kehadiran Allah tiap saat n ketika...
    Sentiasa rasa d awasi
    Yentu xberlaku mcm2 kemungkaran....kan?

    Pssst...
    Cikgu lan tak pegi...

    BalasPadam
  3. 1) Mengenal Allah dengan Allah.
    2) Mengenal Allah dengan usaha sendiri..tak dapek den nak nolong
    3) Cik Lan bz bangat ke? Kalau cam tu..kami ke sana. Bley?

    BalasPadam
  4. Boleh nk tlg klu nk.... kan..kan..

    Biasalh hidup bermadu...mcm gini lh hahaha...
    Senangnya dlm hati...
    Sbb dmadu suami..
    Hehehe
    Astaghfirullah..

    BalasPadam