Jumaat, 8 Februari 2013

Kalaulah Mampu....

ALANGKAH INDAHNYA
ALANGKAH BAHAGIANYA
ALANGKAH.. ALANGKAH...ALANGKAH....

Andai mampu istiqamah amal
Andai mampu bangun sepertiga malam bagi memulakan munajat
Andai mampu khusyuk dalam solatnya
Andai mampu menyelak helaian al Quran hingga membawa kepada beberapa juzuk
Andai mampu tadabbur demi mendapatkan faham
Andai mampu menunaikan hak al Quran
Andai mampu menghafal hadith sekurang2nya 1 sehari semalam
Andai mampu melarikan zikirullah di lidah
Andai mampu memenuhkan qalbi dengan hanya Allah
Andai mampu memulakan pagi dengan bersedekah
Andai mampu hanya berkata2 yang baik
Andai mampu memaniskan muka saat dicerca
Andai mampu mengelak berkata nista
Andai mampu memandang baik semua perkara
Andai mampu melihat Allah pada setiap keadaan
Andai mampu mengamal segala sunnah baginda Rasulullah

Untuk apa hanya bisa berbicara indah
Untuk apa andai hanya tahu tapi tidak terdaya
meski hanya untuk melunaskan solatnya.....
Terlebih malang andai solat tapi hanya pada hujung waktunya....!

Untuk apa kalau sekadar tahu
tentang mulki, malakut, jabarut, lahut
andai tidur ternganga tanpa qiamnya!
andai berjaga..hanya dengan laghonya..

Untuk apa kalau sekadar faham
al Quran itu terkandung arahan
andai diri masih tertahan
untuk menyelak helaian demi perubahan

Bertareqat itu indah
berhakikat itu tak salah
tiada mengapa miliki keduanya
andai mengikut quran dan sunnah

*****
segala rasa itu milik Allah jua......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan