Rabu, 13 Februari 2013

Untungnya Bernama Suami, Ayah

Enak jadi orang lelaki eh... hehehhe...
Bila dok kenang2...untung orang lelaki yang ada isteri bekerja, simple, tak reti nak minta itu ini, rasa malu nak minta meski suami sendiri.  Untung kena kat depa hehehe...  Kata UAI, bodo isteri macam ni .. erkkkk.... 

Mana tidaknya.. tak payah pikir nak beli pakaian isteri sebab isteri beli sendiri.  Cuma sediakan barangan dapur n bayar bil api air.  Kalau isteri pegi shoping sorang2..haruslah kena bayar sendiri meskipun barang dapur bahagian suami.  Takkan nak balik umah, tuntut pulak...macam segan je nak buat macam tu ekkk

Bila pegi shoping dengan anak2... ayah duduk jauh je dari cashier..tak ke untung tu.  Sapa nak bayar ni...emak jugak! heheh.. namanya pun mak..hatinya penuh kelembutan bak jelly.. memang emak le selalu terkena dalam hal2 gini.  Allah hu Rabbi

Tak payahlah cerita bab tanggungjawab dulu, tak payah kuatkan hujah dengan hadith dulu cuma aku merasa sedikit kerugian pada pihak suami.  Kalaulah suami belikan isteri tudung, isteri pakai dengan cantiknya menutup segala aurat...bukankah di situ ada pahala buat suami. Pakainya pulak bukan sekali malah sampai tudung tu lusuh.  Dah buruk pun masih pakai, ketika nak kuar dari rumah untuk sidai kain atau sapu sampah.  Kalau tudung mungkin mahal... rm25 (harga tudung aku le... ada member aku rm210 sehelai..ada hampir 200 helai..masyaAllah... )... beli je yang murah.  Contohnya stoking atau cover hand,  aku nyer stoking beli kat Mydin 3 pasang baru  rm10 dan cover hand baru rm2.90 satu hehehhe... Lama lak tu pakai.  Stoking tu memang jarang sket jadi aku biasanya tambah dengan kasut tawaf...  comel je nampak kaki hahahhaha.... Senang kan nak dapat pahala...tapi kenapa lelaki tak nampak eh.... isteri hari2 pakai pegi keje dengan pakaian yang kita belikan, bayangkanlah kaya rayanya di akhirat sana.. masyaAllah.. masyaAllah...

Kalaulah aku ni lelaki, aku akan rebut sebanyak mungkin pahala mudah.  Aku akan belikan jubah2 longgar, tudung, stoking, cover hand, n yang paling penting, aku akan belikan telekung banyak2...biar hari2 tukar telekung hehehehhe....  Banyaknya raih pahala... Allah hu Akbar.
Dengan modal yang tak banyak pun... tu baru isteri... untuk anak-anak? Kalau anak 10 orang..mak aih...bayangkan pahalanya. Untuk mak ngan mak mertua lagi... perghhhhh... berkoyan2 pahala... fuuhhh...

Baru boleh cerita pasal hadith...kalau tak nanti ada suami yang marah hehehhe

Baginda bersabda :
Apabila seseorang menafkahkan harta untuk KEPERLUAN KELUARGA dan hanya berharap dapat memperoleh pahala maka hal itu akan dicatat sedekah baginya (HR Bukhari dan Muslim)

Itulah pesanan kekasih agung... 

Rm habis di dunia akan datang lagi RM malah mungkin lebih banyak sebab gaji makin naik.  Kat SANA, korek2 pahala tak dak satu...( yang ada dah bagi orang lain sebab kat dunia asyik dok mengumpat mengata memaki), mana lagi nak korek pahala... kedekut di dunia, parah di akhirat...aduhaiiiii
Malangnya si tangkai jering!

JOM...KITA  JANGAN LOKEK BERSEDEKAH UNTUK ANAK ISTERI!!! KAYA DI DUNIA, MEWAH KITA DI AKHIRAT, IN SHAA ALLAH


***********
rasa macam nak sambung lagi episod seterusnya... :)



12 ulasan:

  1. untung klo suami isteri sama2 ke syurga....Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”
    (Muslim)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Na'am
      lagi nak masuk neraka... sedangkan syurga yang disediakan lebih indah.

      Banyak ruang untuk suami buat pahala mudah begitu juga kita wanita...sayangnya semuanya dilepaskan begitu sahaja.

      Kasihan suami andai neraka tempat dia kerana kita isteri...kerana anak2 yang tidak kita bimbing! kasihan....

      Padam
    2. org x waras je nk msk neraka......klo tnye org kafir, depa pn nk ke syurga..hehe

      kiranye kena pandai amik kesempatan untuk buat kebajikan la mcmni....

      kerana anak2 yg tak dibimbing? Allah.....teringat lagu 'keluarga bahagia'...adeyh!

      Padam
    3. banyak cara untuk melakukan kebaikan yang kita lepaskan...sebenarnya! banyak sungguh pahala mudah tp tak kita segerakan. Lemah sungguh kita ni...

      kena ada belas kasihan....
      kasihan ayah...kasihan suami
      dibimbing atau tidak...jadilah orang yang berbahagia
      at least...kita boleh doakan hidayah untuk mereka.

      Padam
  2. pendek kata, smua perkara adalah +ve jika melihatnya dr sisi Allah....

    akak, smuanye berkaitan dgn hati...jika hati x mampu mendoakan kebaikan pd mereka, maknanye ada masalah la dgn hati kita....kan?

    BalasPadam
  3. na'am ya ukhti

    hati yang bening saja mampu untuk memberikan maaf dan melupakan....

    BalasPadam
  4. jd...amat penting untuk beningkan hati.....perlukan latihan mcmni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. na'am...
      perlukan latihan
      bukan seminit bukan sehari tidak seminggu
      tapi perlukan masa
      perlukan mujahadah
      jangan mengalah
      alihkan pandangan pada af'alnya Allah
      kamu pasti akan reda

      Padam
  5. akak..latihan itu, hanya kita akan tau samada kita berjaya @ tak kan....mujahadah berserta memerlukan masa dan jgn mengalah....insyaAllah, Allah mudahkan untuk sy jalani latihan nie...

    BalasPadam
  6. na'am
    kita je yang tahu hati kita
    orang lain tak nampak.
    Kalau sket2 nak marah, sket2 nak ngamuk... pastikan terus berdoa... :)

    aamiin..

    BalasPadam
  7. Kalau awak lelaki..? Ohh..banyak benda yang orang perempuan kata nak buat kalau di takdirkan menjadi lelaki ya. Amboiiii....

    Perkataan "kalau" tu tabooo dlm golongan yang awak nak tuju tu, sebab nya menafikan perancangan dan ketentuan Ilahi.

    Tapi post ini cukup cantik sebab sekurangnya stress orang perempuan boleh mellow down. Uhuuuuu...

    BalasPadam
  8. hahahaha... KALAU... maka bergembiralh segala syaitan hehe...

    sy sekadar melahirkn rasa dr pengamatan sy... sayang sungguh..bnyk yg d sia2kn dlm rumah tangga! KALAU lh mereka mengerti....

    BalasPadam