Ahad, 24 Mac 2013

Jom Lihat Betapa Zalimnya Kita Pada Diri Sendiri

Kemampuan individu memang berbeza...tak sama antara satu sama lain.  Bukan saja dalam hal menjana idea tetapi juga kemampuan dari segi kewangan.  Tak semua dilahirkan senang untuk mendapatkan sesuatu yang diminati, dihajati lantaran kekangan kewangan.  Ada dalam kalangan kita, minat untuk membaca tapi sayangnya punya keterbatasan modal... jadi aku hadirkan di sini sedikit daripada kandungan Solusi 53 untuk perkongsian bersama.  In syaa Allah...sangat bermanfaat.

Ada dalam kalangan rakan2.. tidak mahu membeli bukan kerana kekangan kewangan tetapi isu dalam majalah ini katanya berat dan aku tidak nafikan...aku sendiri, dalam satu masa hanya  boleh menghabiskan 2@3 artikel sahaja.. kadang2 hingga hampir dapat keluaran terbaru, majalah ini masih belum mampu aku khatamkan.  Betapa tidak pandai aku menguruskan masa.. kasihan!!!
Jadi buat rakan2 yang minat nak baca tapi tak suka nak beli, buat kakak Anita yang tercinta yang rajin membaca... ini kuhadirkan satu artikel yang baik untuk muhasabah diri kita...

Isu kali ni tentang ZALIM PADA DIRI SENDIRI.  Kalau menurut para Ulama', zalim terbahagi kepada 3:
1.   Zalim kepada Allah
2.   Zalim terhadap makhlukNya seperti manusia, alam dan haiwan
3.   Zalim terhadap diri sendiri

Banyak yang menarik tapi 1 artikel ini memang sungguh aku tertarik.  Ayuh kita muhasabah:

CONTOH KEZALIMAN TERHADAP DIRI SENDIRI

SPRITUAL

  • Mensyirikkan Allah
  • Tidak mengikut sunnah Rasulullah
  • Meninggal dan melengah2kan ibadah wajib
  • Melakukan tegahan agama dan ketagih terhadap perkara haram
MINDA

  • Tidak berusaha menambah ilmu
  • Menghidangkan 'sajian' yang merosakkan daya berfikir
  • Minum arak kerana menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik
  • Malas menggunakan akal untuk berfikir
EMOSI

  • Memilih untuk berfikir secara negatif berbanding positif
  • Sentiasa berkeluh kesah memikirkan hal keduniaan berbanding akhirat
  • membiarkan diri diselubungi perasaan yang boleh menjadikan diri lemah semangat
  • Sengaja tidak melawan sifat mazmumah yang ada pada diri
FIZIKAL

  • Makan makanan yang memudaratkan kesihatan
  • Berkira-kira untuk melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal
  • Tidak menjaga lidah daripada mengucapkan sesuatu yang boleh membawa mudarat
  • Membunuh diri

Mengkoreksi diri itu indah...kita tahu sejauh mana zalimnya kita ni pada diri sendiri.  Secara tak langsung...kita juga zalim terhadap Allah swt.  Berapa ramai dari kita yang tidak menyembah berhala tetapi menyembah wang...kerana wang sanggup berbunuhan, kerana wang hilang saudara... bayangkanlah!!

Berapa banyak sunnah Rasulullah mampu kita bawa dalam hidup kita, yang kita fikirkan hanya kawin lebih daripada 1 sedangkan banyak sunnah lain yang malu2 kita nak bawa.  Kita berjanggut di sekolah, dengan alasan sunnah Rasulullah tapi waktu amali, ponteng dan duduk lepak2 di belakang bangunan atau di dalam tandas hisap rokok.  Tak malu sungguh membawa nama sunnah meniti di bibir.  

Kalaupun tak tinggal solat, berapa ramai daripada kita tidak mampu bersolat pada awal waktu dengan alasan sibuk.  Paling malang, kalau tak bersolat langsung, baru tadi Ustaz Zul menyatakan bahawa STATISTIK ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT PENUH 5 WAKTU HANYA 17%..  Bayangkan!

Pengajian hari ni di mana2 tetapi berapa kerat saja yang hadir.  Kalau taman ada 300 orang, dalam 1 surau hanya ada kurang lebih 15 orang...mana selebihnya?  Betapa memandang enteng akan ilmu.... kerana masing2 dalam kesibukan yang nyata...  Sayang sungguh kita kerana tidak terpilih bertamu di taman syurga... bernaung di bawah sayap para malaikat.  Harus hantuk kepala kat dinding kerana memikirkan apa dosa kita sehingga kita tidak terpilih... 

Aku tidak berniat untuk muhasabah orang lain kerana terlalu banyak kekurangan diri yang masih perlu dibaiki.  Aku tak sempat nak pandang orang lain, kerana nak pandang pada diri sendiri pun tak cukup masa. Semoga Allah ampunkan dosa kita semuanya dan pautkan hati kita hanya kepada Dia.  Sungguh bertuah kita kerana diberi nikmat iman dan Islam tapi malang sungguh kita kerana kufur terhadap segala nikmat yang Allah beri....

SIFAT ZALIM HANYA DAPAT DITANGANI DENGAN MENYUBURKAN RASA TAUHID YANG KUKUH, BERPEGANG DENGAN SYARIAT DALAM APA-APA JUA KEADAAN DAN MENJUNJUNG PRINSIP ADAB SERTA AKHLAK ISLAM DALAM MUAMALAT SESAMA MANUSIA

psstt... tak de masalah pun jadi orang syariat ;)


2 ulasan:

  1. Ibadatku tlalu sdikit.nmun kumohon dgn RahmatMU agar mnerima amalanku ini.puas kubina keikhlasan ini.tnyata amat payah.hawa nsfsu mronta2

    BalasPadam
  2. Kita masuk syurga bkn krn amalan kita yg kononnya bnyk....tp kita masuk syurga krn rahmat Allah

    BalasPadam