Jumaat, 8 Mac 2013

Mencari Ilmu di Baitul Qura'

Bila orang bertanya...aku tak risau ke sebagai kakitangan kerajaan pergi belajar di Baitul Qura' aku jadi hairan. Kenapa?  OOhhh... pondok tu rupanya dikatakan dipunyai oleh orang PAS.  Aku dengan rasa tak bersalahnya cuma cakap....kalau UMNO atau PKR  atau sesiapa saja yang sediakan pengajian agama yang bagus...yang 1 hadith boleh dikupas berminggu2... 3 ayat al Quran dikupas tidak selesai dalam masa 1 jam setengah, aku tak pernah akan lepaskan peluang. Aku akan pergi biar siapapun penganjurnya... aku tak kisah itu ustaz PAS atau UMNO...tak peduli!!!

Ya, aku bekerja dengan kerajaan...tetapi adakah dengan demikian aku tak boleh menuntut ilmu dengan orang yang tidak memihak kepada kerajaan?  Apalah dosanya ilmu?  Aneh lagi pelik bertambah ajaib semua ni... ni semua POYO hahahahhahah... POYO tu apa eh... ehhehehehhe....

Di Baitul Qura' aku dapat bertemu mata dengan Syeikh Nuruddin Marbu al Banjari...belajar hadith 40 aku bisa bertemu dengan Baba Li dari Thailand..belajar tauhid. Maknanya berguru dengan mereka...MasyaAllah Tabarakallah.... bukankah itu suatu nikmat... Bukan itu saja... Baitul Qura' juga yang hadirkan Habib Umar, Habib Abdur rahman yang semuanya ahlul bait.... hadirkan juga melaut manusia dengan membawa Ustaz Azhar Idrus...  semuanya dengan izin Allah bersama keikhlasan pemilik Baitul Qura', Ustaz Zul.
Aku bersyukur sangat kerana Allah hadirkan Rabiatul Adawiyah untuk mempelawa aku bersamanya bagi menimba ilmu di sana dalam saat aku tercari2 tempat mengaji terutamanya tafsir dan hadith. 

Kalau orang tak bagitau bahawa pemilik Baitul Qura' orang PAS... aku tetap meyakini yang Ustaz Zul memang orang PAS hehehe... dari penampilannya sendiri aku tahu.. pasti Islam yang dimahukan beliau. Tetapi seperkara...setelah lama di sana...baru minggu lepas aku tahu Ustaz Zul ialah Ketua Majlis Ulama... ermmmm...patutlah ada orang tak suka aku belajar di Baitul Qura'

Tapi seperkara ya.... aku sangat menghormat beliau...beliau tak pernah sekali menghina mencaci memaki mengeji pihak lawan...tak pernah!!! malah beliau sempat memuji2 Ketua Menteri Melaka yang turut bersama2 dengan Habib Umar di Masjid al Azim, Melaka.  Beliau juga memuji Ketua Menteri dan beberapa orang lagi  belajar ilmu agama dari sorang ustaz...addduuhh...lupa la pulak...Ustaz Nooh Gadot kalau tak salah.  Kalau tak salah, betul in shaa Allah tapi mesej di sini aku nak beritahu bahawa...segala yang baik semua ustaz Zul cakap dalam kuliah malah Ustaz Zul marah2 pada anak buahnya yang masih enggan datang untuk belajar sedangkan mereka semua itu akan diangkat jadi pemimpin nanti... Jadi...apa penilaian yang boleh dilakukan pada Ulama Pas ini...yang mengajar di Baitul Qura' penuh keikhlasan.  Beliau tak pernah mengeji pihak lawan tetapi pegangan beliau tetap al Quran dan hadith.  Bukankah itu cara berdakwah yang benar.  

Aku hadirkan catatan ini hanya sekadar mahu membuang prasangka pada hati sebahagian manusia.  Pergi ke majlis ilmu orang PAS tidak bermakna aku ini PAS.. boleh jadi aku ni BEBAS, sape tahu! heheheh... Aku ni kerja dengan kerajaan, terima rezeki yang diberikan Allah... janganlah dok prasangka beb... Aku pergi Kelantan, cari juga Tuan Guru Nik Aziz sebab aku memang suka berjumpa ulama.  Rumah aku pernah juga Dr Mahathir datang.... rumah ayah kat kampung la... Jadi, aku ni PAS atau UMNO... suka hati aku lah hahahahaha.... 

Jomlah cari ilmu....usah difikirkan ilmu orang PAS atau orang UMNO atau orang PKR atau orang BEBAS... yang penting ilmu diberi untuk kita manfaatkan di dunia sebagai bekalan untuk akhirat.  Pergi je belajar... jangan belajar ilmu memaki mengeji dah le..  Luasnya ilmu Allah... kalau ambil air laut untuk jadikan ink... kering air laut belum habis ditulis segala ilmu Allah...

JOM MENGAJI!!!










9 ulasan:

  1. cari ilmu untuk memutuskan diri dr kehidupan dunia n menjaga diri kita agar selalu sibuk dlm hati & fikiran kita dgn mengingat
    Allah dr smua tindakan n perilaku....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fakerien> Cari pengetahuan untuk meraih ilmu atau cari ilmu untuk meraih pengetahuan ?

      Ku > Zaman berzaman kalau nak dapatkan redha manusia..sampai kiamat pun tak buleh.

      Padam
  2. sy ? cari ilmu untuk meraih pengetahuan...dan cari pengetahuan untuk meraih ilmu pon bole gak kot..tp pengetahuan itu apa ? ilmu tu apa? terangkan....

    BalasPadam
  3. sy dh ikrar pd setiap kali genap zikir 100....jd sy xnk langgar ikrar sy... :-D

    cari ilmu utk tahu
    cri tahu utk ilmu...
    ooohhhh.... hehehe...

    BalasPadam
  4. pengetahuan ada ditangan guru atau buku. ilmu ditangan Allah.
    Allahualam...

    BalasPadam
  5. maknanye ilmu dtg dr Allah bukan dr belajar....klo Allah kehendaki dgn belajar Allah bg ilmu n klo Allah kehendaki dgn belajar tapi Allah tidak berikan ilmu...

    BalasPadam
  6. Mcmaner kalu seorang ustaz yg selalu mberi ceramah tpi suka mgeji n mgatakan org tu kafir...bole ka? Sdgkan 1malaysia dok tgk .mcmaner tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap hadith ini boleh membantu:

      Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur KATA2 YANG KEJI, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian (HR al-Hakim dan Ibnu Hibban)

      Bukanlah mukmin (yang baik) itu: Pencela, pelaknat, PENUTUR KATA2 YANG KEJI dan orang yang lucah percakapannya" (HR al-Hakim dan al-Darqutni)

      Apalah hak kita untuk mengkafirkan orang yang telah melafazkan kalimah tauhid... Bukankah Rasulullah berpesan...
      Seseorang apabila mengkafirkan saudaranya, maka kembalilah kekufuran itu kepada salah seorang dari keduanya (HR Muslim)

      Barangkali ustaz tu tak perasan agaknya.. :)
      doa sama2 mudah2an Allah memberikannya hidayah n taufik dan dapat berceramah dengan lebih berkesan tanpa kejian... biiznillah

      Padam