Rabu, 22 Oktober 2014

Jazakallahu Khairan Kathira

Bismillahirahmanirahim
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

Penyakit yang menimpaku semakin meruncing... lebih2 lagi setelah menerima rawatan di PPUKM.  Penyakit malas nak bercakap, nak berhubung dengan sesiapa, nak bersendirian terus terasa semakin menjadi bertambah tebal.  Allah hu Allah... terasa nikmat dan indah hidup bersendirian bersama Dia semakin terasa.  

Bukan aku menolak silaturahim, bukan aku menidakkan hablumminannas tapi sesungguhnya aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa dan aku sendiri tak faham apa yang sebenarnya sedang berlaku.  Apakah ini pengaruh pethidine ke atasku?  Mustahil..... inilah ketentuan Allah buatku.  

Sepanjang tempoh 'pertapaan', aku sering2 menerima pesanan ringkas, terima panggilan tetapi semua aku biarkan dahulu kerana mataku tak mampu untuk menatap patah2 tertulis, lisanku tak terdaya menuturkan patah2 kata menjawab bicara.... maafkanlah ambe..... Bertuahnya ambe dikelilingi orang yang menyayangi ambe, subhanAllah

Buat semua sahabat dan murid2 yang sering menitipkan kata2 semangat buat ambe.... ambe tak de bahasa nak cakap melainkan:
Semoga Allah memberkati kalian, harta kalian serta semoga Allah membalas kalian dengan yang baik.
Itulah sahaja yang terdaya ambe katakan... 
bersabda Rasulullah saw:
Sesiapa yang diperlakukan dengan sesuatu yang baik, lalu dia berkata kepada pelaku tadi jazakallahu khairan, maka dia telah menyampaikan terima kasihnya yang sempurna
Mencintai Rasulullah saw dengan sepenuh hati... demikian ambe ingin mengambil titipannya....

ambe memang teruk sangat sekarang ni....semua malas huhuhuhuhu... Maafkanlah.  Bila dah hilang penyakit malas, ambe akan kembali ya....
Mengetuk papan kekunci ini jua aku malas.... tapi kutolak malasku demi hilangkan sedikit rindu pada kalian....

************************
aku yang masih berkeinginan kuat pada Dia
masih bersemangat untuk berlari ke dakapanNya
meski langkahku kian lemah
nafasku tersekat2 sudah
tetap jua aku mahu berlari gagah
kencang bak kuda perang
hinggalah aku tersungkur
bersama reda Tuhan
yang aku sembah siang dan malam
tiap detik rasa berTuhan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan