Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala isi di langit dan dibumi
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw
Kali ni nak tulis santai2... nama blog pun santai maka bersantailah kita, kalau nama blog bergarang maka bergaranglah kita hahahahha... aku tak boleh tahan dengan perkataan bergarang bergarangan tulisan seorang sahabat ni. Aku nak menulis tentang KENTUT hari ni hehehehe... tetiba teringat tentang kentut pulak setelah pagi tadi kepala macam runsing sampai tercetus entri doa. Tadi menangis kini mahu gelak pulak. Allah hu Rabbi.. benarlah bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis - QS 53 : 43
Al kisah suatu hari tu, kena relief kelas Ustazah Aizam. Ajar tajuk apa dah lupa lah samada tentang wuduk atau solat ( aku ni memang cepat lupa, apa orang ceritakan pun kadangkala tak boleh nak ingat). Seronok dapat mengajar budak tingkatan 1 kelas hujung. Depa memang takut dengan aku. Bila masuk kelas, masing2 menikus. Selepas berbasa basi, aku mula mengajar ( macam le pandai ). Alih2 ada sorang budak angkat tangan dan bertanya, "Ustazah (aku ni cikgu ya), nak tanya. Kenapa kalau kita kentut, kita tak perlu basuh ustazah eh...kadang2 busuk!) hahahahahahaha (aku gelak dalam hati tapi aku memandangnya serius) Budak2 lain semua gelak tapi demi memandang aku tak gelak, semua diam.
"Kamu, kalau pasal gelakkan orang, no 1 eh... kurang2 dia ada soalan nak tanya. Kamu yang lain, ada?" Dalam mulut aku membebel otak aku ligat dok fikir, apa aku nak jawab ni, apa aku nak jawab ni.... Jawapan tak tahu itu juga ilmu tak aku tak nak jawab tak tahu, aku tetap juga nak jawab maka bermulalah monolog aku dengan Tuhanku.
Aku dok riuh minta tolong dengan Allah di dalam, mulut aku pula riuh di luar dok tanya budak " sapa pandai nak jawab, cuba jawab. Kalau betul, saya bagi duit" Tu je lah idea aku hehhehheh... Masing2 membatu "saya bagi masa 5 minit, fikir!"
Wahai Allah, ilhamkanlah aku. Tolonglah aku beri kefahaman pada mereka. Aku ni tak dak ilmu, tolong ya Allah, tolong. Rabbi yassir, wala tu 'assir... permudahkan ya Allah, jgn dipersulitkan. Allah...Allah...bantu ya Allah... hati berdoa otak ligat berfikir. Demi Dia yangmenjadikan langit dan bumi seisinya, aku pada saat ini memang berpaut pada Dia sepenuhnya....
Tiba-tiba....
"Kentut tak perlu basuh tapi bila kita buat apa yang kita kena basuh?"
Ada yang menjawab, bila buang air besar dan air kecil (depa jawab bila berak dan kencing), bila muntah, bila pegang benda kotor bla bla bla......
"Bila buang air besar, ada isi yang nampak tak keluar?"
Masing2 jawab, ya.
"Air kecil pun sama, muntah pun sama tak gitu? Tapi bila kamu kentut, kamu nampak tak apa yang keluar?"
Masing2 jawab, takkkkkkk
"Haaaaa... kalau kamu kentut sampai terkeluar najis, kena la basuh. Ni kentut mana ada keluar benda yang nampak, tak yah lah basuh. Macam kamu sendawa pun, mana kena p basuh."
OOOooooooooooooo... depa jawab.
OOOooooooooooooo... depa jawab.
Aku tidak menjawab tapi Allah yang memberikan ilham pada jawapan. Bole terima akal tak jawapan aku hahahahahah... Mencabar jugak jadi ustazah ni rupanya eh... mudah2an tak sesatlah ilmu yang aku bagi. Aku jawab ikut logik je lah sebab apa hukum aku nak bawa. Kalau tanya tentang sentuh anjing, lain pula ceritanya tak gitu....
Errmmmm... mereka perlu diperkenalkan kepada Allah. Hanya saja kejahilan kita yang membataskan.
Astaghifirullah alazeem li wali waa lidaiya wali jami il muslima wal muslimat wal mukmina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan