Sabtu, 5 Disember 2015

Sombong Mewarisi Iblis

"(Iblis) berkata : 'aku LEBIH BAIK DARIPADANYA kerana Engkau menciptakan aku daripada api sedangkan dia Engkau cipta dari tanah' "
QS Sad : 76

Demikian sombong Iblis...
Dan kita?
AKU LEBIH BAIK DARIPADANYA KERANA:
Aku banyak ilmu
Aku punya pukulan padu
Aku pantas mematahkan lawanku
Aku mampu memiliki kehidupan yang baik
Aku punya anak-anak yang berjaya semuanya
Aku kaya...
Aku...aku dan aku....
Apa bezanya kita dengan iblis? 
Sama je!!
Bezanya mungkin cuma lafaz dan bunyi di dalam....
Meski terdetik dalam hati.. angkuh itu dah tersemi dalam jiwa
Wa'iyazubillah 

"(Allah) berfirman, 'keluarlah kamu dari SYURGA! Sesungguhnya kamu makhluk yang trkutuk.' " 
QS Sad : 77

Allah....
Tak terasa apa-apa ke dengan sepotong ayat ini?
Dihalau dari tempat yang penuh nikmat sedang itu kediaman asal. DI HALAU!!!
Dan kita....
Meski ada sebesar zarah sombong..takabbur.. jangan mimpi nak masuk syurga.. jangan mimpi.
Kitalah makhluk terusir di dunia.. TERUSIR DARI RAHMAT ALLAH...
Terusir di akhirat..
TERUSIR DARI MERASA NIKMAT MEMANDANG WAJAH ALLAH DI DALAM SYURGA
Perlu apa nak sombong...
Tak tembus kita ke dalam perut bumi
Tak menjulang tinggi kita setinggi gunung.
Istighfarlah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan