Rabu, 2 Disember 2015

Tuan @ Hamba Kita Ni.....

HAMBA >> taat sepenuhnya akan tuan... tak de nak tolak-tolak
Tuan bagi makan, makan
Tak bagi makan, tahan lapar!
Tuan suruh buat kerja, buat kerja
Tuan tak bagi rehat, ikut je sebab nanti tuan tak suka tuan marah!

Itulah kekdahnya hama
Tak ada nak bentak-bentak marah-marah tak setuju
Kita sebut diri kita HAMBA ALLAH
Agak-agaknya dalam tempoh 24 jam
Ada tak kita komen Allah?

Berapa banyak kita komen Allah hari ini
Itu tak kena ini tak betul
Hati tak setuju bila satu-satu Allah dah tentukan
Hati marah tak menentu
Makan itu tak sedap
Minuman ini manis sangat
Layak ke nak digelar HAMBA ALLAH kita ni?


Kita tuan @ Dia tuan?
Ooohhh lupa.... kita ni kan lebih bijaksana daripada Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan