Sabtu, 3 Ogos 2019

SOLAT SUNAT AWWABIN

Bismillahirahmanirahim
Segala puji bagi Allah yang menjadikan alam alam semesta
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw

Ada satu hari tu, saya ada menulis tentang amalan sepanjang hari di dinding fb☺ Ada terselit SOLAT SUNAT AWWABIN  di situ. Ada beberapa orang rakan saya yang personal message ingin tahu tentang solat tersebut lebih lanjut.  Saya bukan reti pun nak bercerita dan minta mereka rujuk buku atau tanya pak cik google je ✌


Saya kenal dengan solat sunat ini pun setelah dengar kuliah online.  Saya tertarik dengan 'ajakan' tuan guru, Ustaz Ahmad Rizam dan  mula mengambil tahu tentang solat ini.  Bagaikan Allah ingin menjodohkan dengan solat sunat ini hehehe... Telinga dan hati saya menangkap pula 'ajakan' tuan guru, Syeikh Nuruddin ketika talaqi kitab bersama beliau di Baitul Qurro'.  Bertambah bersemangat untuk melakukannya.  Ketika ini, benar-benar mohon taufiq Allah kerana untuk melakukan 8 rakaat(2 rakaat ba'diah maghrib + 6 rakaat sunat awwabin) selepas solat maghrib adalah kelihatan seperti 'memenatkan' untuk orang yang lemah imannya seperti saya. Fuhhhh....
Pulak tu, tak boleh bercakap-cakap usai solat maghrib.  Ujian time ini ialah anak dan almarhum suami suka ajak makan atau keluar makan.... hadooooiiii ☹️
Saya mengambil masa bukan sehari @ sebulan untuk melakukan solat ini hehehehe.... Bertangguh-tangguh!! 
Orang lemah iman memang gini kekdahnya huurmmmm☹️
Betapa teruknya kita melayan Allah kan, sedangkan Allah yang Maha Baik sentiasa melayan kita dengan baik dan kurniakan bermacam-macam nikmat sehingga ada nikmat yang tak sempat nak disyukuri

Saya sering memujuk diri:
SOLAT TARAWIH AKU BOLEH LAKUKAN 8+3 RAKAAT, KENAPA TIDAK AKU LAKUKAN SOLAT SUNAT AWWABIN NI!

Tewas.... Pujuk lagi hati yang keras macam batu ni:
TANDA RAHMAT DITARIK APABILA KETAATAN DALAM DIRI KITA DICABUT SATU PERSATU!
Time ni, baru rasa seperti sangat bimbang.  Mana tidaknya, ketika dalam bulan Ramadhan macam-macam ibadat boleh dilakukan tapi bila masuk je Syawal, macam-macam alasan untuk beribadat diberikan. Huh! Hamba jenis apa aku ni!? Bimbang rahmat ditarik sebenarnya adalah MOTIVASI untuk dirikan solat sunat awwabin ini. 


Perlahan-lahan, saya mencapai buku HIMPUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT DAN FADHILATNYA. Mata saya meliar mencari tentang solat sunat awwabin.  Nak belajar bagaimana cara untuk mendirikannya. Saya baca satu persatu tanpa tertinggal walau satu huruf.  Tiba-tiba jantung saya berdegup dengan kencang tatkala membaca DOA SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT SUNAT AWWABIN INI





Hati saya sangat terkesan dengan doa ini.  Time ni, berazam sungguh untuk melakukannya. Minta sungguh-sungguh pertolongan Allah.  Memang di sinilah segalanya bermula.
Berat? Ibadah apa yang tak berat... Semua ibadah itu berat tetapi sungguh semuanya akan menjadi ringan sekiranya Allah kurniakan pertolongan.  Kalau Allah tak tolong, 2 rakaat yang dilakukan umpama memikul balak yang menyebabkan kita boleh tersungkur kelelahan hehehe...

Saya tidak berhajat untuk menulis tentang cara mendirikan solat sunat ini kerana banyak blog yang menulis tentangnya.  Tuan-tuan boleh saja ke link ini :

SOLAT SUNAT AWWABIN INI MEMANG MENARIK  RUGI KALAU TAK BUAT
Sungguh!
Apa tak menariknya:
Solat sunat ni dapat MENJAGA dan MEMELIHARA KETEGUHAN IMAN kita di samping MENGHAPUSKAN DOSA DAN MENDAPAT BANYAK PAHALA (Nanti ada yang cakap : buat ibadat jangan harap pahala! Jangan begitu..... Setiap apa yang kita buat awal niat tentu redho Allah, bro)

Lebih menarik jika halusi SABDA NABI:
"Sesiapa solat selepas solat Maghrib 6 rakaat sebelum berkata-kata, nescaya diampunkan baginya segala dosanya selama 50 tahun"

Apa natijah daripada ibadat ini, tanya seorang kawan:
SubhanAllah, natijahnya hanya dirasa oleh orang yang melakukannya dan tentu sukar untuk dijelaskan.  Saya yakin, setiap orang akan menikmati natijah yang berbeza tetapi yakinlah:
Awak tak akan menyesal apabila istiqomah dengan solat sunat ini. TIDAK AKAN MENYESAL!!! Insya Allah

Tuan-tuan boleh dengar penjelasan tuan guru Ustaz Ahmad Rizam tentang kelebihan solat sunat awwabin ni:

Saya menulis ni hanya sekadar beri semangat pada kawan-kawan yang ingin menambah amal.  Tidaklah ada sekelumit pun rasa untuk pamer ibadah.. Na'uzubillah
Hanya ingin mengajak kepada kebaikan yang mudah-mudahan Allah terima sebagai amal soleh.
Saya sekadar menyantuni hadith:
"Barangsiapa mengajak (manusia) kepada PETUNJUK, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.  
Dan barangsiapa mengajak (manusia) kepada KESESATAN maka ia mendapatkan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun"

Semoga Allah kurniakan saya istiqomah. Demikian juga doa saya pada semua orang agar istiqomah dalam amal hingga nanti menjadi tetamu yang istimewa di jannah Allah swt
Bersabda Nabi:
"Amalan yang paling disukai oleh Allah swt adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit"

SELAMAT BERAMAL SEMUA. SEMOGA ALLAH KURNIAKAN PERTOLONGAN DAN KEMUDAHAN INSYA ALLAH
♥️











Tiada ulasan:

Catat Ulasan