Khamis, 17 November 2011

Apa Nak Jadi?

Bila sesuatu tu tak menepati nafsu...kita selalu marah sedangkan perkara itu benar
bila sesuatu tu menepati nafsu..kita punya sengih sampai ke telinga...punyalah hepi sedangkan perkara tu salah...benar2 salah... kasihan kita!


Selalu tak berkenan di hati, orang yang menasihati kita untuk kebaikan.  kita pandang orang tu mcm iblis sedangkan orang berkenaan cuba sehabis baik untuk menjadi malaikat.  Kita marah orang nak tengok kita jadi baik...kita rasa nak maki berbakul2 bila orang tegur kita supaya kita jadi baik... dahsyatnya kita!


Kita tak pernah pandang orang yang suka nak tengok kita baik itu baik...kita rasakan dialah manusia paling jahat dalam dunia hanya kerana dia nak kita jadi baik.  Popular ke orang yang berpegang kepada amar ma'ruf nahi mungkar?  Tak..tak pernah akan popular tapi peduli ke mereka yang menegakkan apa yang Allah suka?  Ahh... apa hebatnya korang manusia kalau dibandingkan dengan pencipta aku yang maha mulia... bagus..desis hati inilah desis hati dari bisikan malaikat!


Memandang anak2 di sekolah... mereka yang mencintai agama pasti akan terluka.  Apa mahunya kamu anak2 muda?  "Ah...mcmlah dia baik sangat!"  satu je jawapan aku sebagai guru..."aku ni memanglah tak baik sebab tu aku  nak korang jadi baik...jangan jadi macam aku yang tak baik.  Kalau aku ahli neraka, biar aku sorang2 masuk neraka, biar neraka itu penuh hanya diri aku...aku tak mahu korang beserta aku...sebab tu aku menasihati korang untuk menjadi baik kerana aku mahu korang merasa syurga!"  itu jawapan aku sebagai guru.  Selama2nya guru, akan menjadi lilin meski aku selalu cakap, aku tak pernah mahu menjadi lilin... aku mahu menjadi mentol yang akan menerangi dan terus menerangi tanpa aku membakar diri aku.  Kerana aku tak mahu cair..bila aku cair...apa lagi khidmat aku pada korang semua!


Pernah suatu ketika di sebuah kedai makan...terdengar di telingaku "apalah bodohnya cikgu sekolah Alauddin tu...budak pakai tudung pendek pun salah!"  Menyirap rasa darah aku kerana tanpa mereka tahu akulah guru itu!  Guru yang akan menghukum murid2 bertudung pendek dengan memakaikan mereka tudung labuh hitam.  Nak saja aku bahasakan yang bercakap itu dengan bahasa aku yang paling indah tapi demi memandang saja pada orang berkenaan... aku hanya mampu tersenyum dengan diri aku... patutlah! yang bercakap pun pakai tudung sekadar berselendang dan menampakkan bukan saja rambut tapi juga buah dada....
begitulah yang aku katakan... mereka bercakap  untuk membenarkan nafsu mereka.  Lebih baik jangan aku berbalah kerana syaitan sedang memperindahkan apa yang nafsu mereka gemarkan.....


"Nah! cikgu tunjuk mana satu tudung yang cikgu nak!"  Wah....kakak ni... betul2 mencabar aku ni.  seorang ibu datang ke sekolah, melambakkan 5 tudung sekolah anak dia atas meja HEM sambil muka memerah menahan marah.  Aku dengan selambanya tunjukkan...ini satu tudung yang boleh digunakan, yang lain tak boleh!  Dia pandang aku dengan perasaan tak puas hati.. Aku hanya boleh kata pada dia.. "ada masalah ke bile sekolah buat peraturan pakai tudung menutup dada? anak akak tu badannya besar, akak suka ke tengok orang tengok dada anak akak? akak tak cemburu ke? sekarang ni, ramai budak2 sekolah termasuk budak darjah 5 dah pandai tengok video lucah... akak mahu ke, anak akan ditelanjangkan oleh mata  budak2 tu? akak tak tau ke berapa banyak kes raba di sekolah?  akak tak tahu ke ada budak yang mengandung? akak nak ke anak akak jadi mcm tu?"  itu yang kau mahu...nah..aku tolong bagi! dengan nada perlahan" itulah, akak dah cakap dah...tapi dia tak nak dengar!" ermmmm...tadi bukan main lagi melenting... itulah... ntahlah..aku pun tak tahu nak kata apa melainkan...aku tak pernah takut dengan makhluk...demi apa yang al Quran mahukan!  Kasihan...kalau mak bapak masih lagi memenangkan nafsu anak2....! kasihan!


Kalau aku pengetua... aku yang akan tampil ke hadapan bagi melahirkan anak2 yang faham agama...kalau tak faham pun, sekurang2nya menghormati agama.  Sebab tu aku tak jadi pengetua hahhahaha.... dalam aku bukan pengetua pun, budak2 termasuk mak bapak sawan kerana aku hahahha... apatah lagi bila aku jadi pengetua.  Teringat aku akan sorang pengetua yang sungguh hebat... ayat dia.."kalau tak suka dengan sekolah ni, silakan tuan cari sekolah lain yang boleh terima apa tuan nak!"  hah... amik sebuku...


Sedih melihat anak2 hari ni...yang meletakkan agama jauh dari hati masing!  Kasihan sungguh...

5 ulasan:

  1. wow....hebat, tp den nk tanya...den termasuk dlm list x? hehe....ya, plg tidak pun hormatlah agama....den teringat pd seseorang " kalo nk sgt, p la belajar kt sekolah pondok"...ermmm

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...sekurang2nya hamba Allah berkenaan tahu tentang wujudnya sekolah pondok yang bakal melahirkan alim agama...

    semoga Allah memberikan hidayah pada mereka..jua kita khususnya...

    BalasPadam
  3. mmg tau pun sebab terletak dekat dgn umah....cuma kt situ lelaki aje

    BalasPadam
  4. jangan dikisahkan apa orang mahu kata asalkan landasan kita benar... lainlah kalau kita tergelincir dan kita ditegur justeru kita harus merendah diri terima teguran...

    BalasPadam
  5. ayat nie wat sy tertunduk ketika menghadap SANG PENCIPTA

    BalasPadam