Sabtu, 12 November 2011

Bertudung Mengikut Mazhab Shafie

SOALAN:
Apakah dalil yang menyokong kewajipan menutup aurat atau memakai tudung bagi wanita muslim?

JAWAPAN:
"dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta daripada isteri2 nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir.  Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dari hati mereka" -al Ahzab 33:53

"dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang2 Jahlliyah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya" - al Ahzab 33:33

"Wahai nabi, suruhlah isteri2mu dan anak2 perempuanmu serta anak2 perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar).  cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik2) maka dengan itu mereka tidak diganggu.  Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani" - al Ahzab 33:59

"dan katakanlah kepada perempuan2 yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)
 dan memelihara kehormatan mereka dan
 janganlah mereka memperlihatkan kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
hendaklah mereka menutup bahagian leher bajunya denan tudung kepala mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka" -  an Nur 24:31

Tiada ulasan:

Catat Ulasan