Sabtu, 12 November 2011

Perselisihan Faham

Pada suatu hari, salah seorang jiran sebelah rumahku datang menemuiku sambil bertanya, "Wahai Juha, malam semalam aku terdengar satu suara jeritan sambil mengaduh-ngaduh kesakitan.  KEmudian tidak lama selepas itu, aku terdengar pula sesuatu yang tergolek2 di dalam rumahmu.  Apakah yang sebenarnya berlaku di rumahmu malam tadi?"

Maka aku pun terus berkata kepadanya, " sebenarnya malam tadi telah berlaku satu perselisihan faham antara aku dengan isteriku.  Tiba2 dengan kemarahan yang membara terus isteriku menumbuk tangannya ke jubahku.  Maka jubahku pun jatuh dan bergolek2 di atas lantai maka oleh sebab itulah terkeluarnya suara yang engkau dengar itu."

Dia tidak berpuas hati lalu bertanya lagi,"adakah patut jubah kamu yang mengeluarkan suara dengan begitu kuat sekali?"

Aku pun memberi penjelasan kepadanya,"kenapa pula engkau ini memaksa2ku!  Macammana pula tak terkeluar suara tersebut dari jubah itu, sebab aku ada di dalamnya!"





itulah kita,kan...
tak pernah cuba mahu faham tanpa perlu memalukan org berkenaan

1 ulasan:

  1. kisah juha dgn pakaian buruk dan pakaian cantik pun menarik..

    BalasPadam