Selasa, 15 November 2011

Maha Suci Allah

"faaiz tak kunci sliding tau! kunci grill je" alamak ai faaiz ni... belum sempat nak cakap apa2 dia dah tambah..."cari kunci tak jumpa"


aku pun malas nak pikir, malas nak bising... jalan je lah ke sekolah.  kul 2..semua orang dah berpusu2 nak balik. aku relax jap kat bilik guru sementara tunggu tenang... Bila semua dah tenang..dah bersedia nak balik...tengok2 kunci tak dak.. alamak... mana hilang kunci. cari punya cari..tak jumpa dan aku pun malas nak pikir cuma dok pikir..mcmmana nak balik, mcmmana nak masuk umah.


tengah dok menung kat kantin, cg Azmi lalu. "jomlah nak balik, sy hantarkan, Kebetulan anak sy tak datang sekolah".  Alhamdulillah, Allah hantar pertolongan.  Selesai masalah nak balik. Aku memang berat mulut nak minta tolong... mcm seganlah pulak.  Syukur, Allah maha mengerti... Aku sayang Allah..


Tiba2 teringat... eh.. 2 hari lepas, buka pagar belakang sbb nak amik kucing. kunci letak kat beranda je sbb lupa nak bawa masuk.  Subhanallah... hebat perancangan ALlah...syukurlah, kunci mangga pagar belakang juga digunakan untuk mangga depan. Selesai masalah nak masuk umah!


Aku gembira sbb aku bole bagitau sesuatu pada anak2... cuba tengok anak2...ibu bukanlah orang yang sangat alim tapi ibu sentiasa cuba jaga Allah... dan tengoklah apa Allah tunjukkan hari ni. Penyebab kunci hilang, ada orang nak hantar balik, kunci mangga grill letak kat luar pulak sbb lupa, faaiz pulak tak kunci sliding sbb cari kunci umah tak jumpa...


Allah hu Akbar...kalau masih tak nampak lagi kebesaran Allah...entahlah!  semua jadi mudah anak2...tak rasa sukar sket pun.  sliding yang hari2 kunci, hari ni tak terkunci...(kalau kunci, tak le boleh masuk)
Hati pun tak resah sangat bila kunci hilang sebab yakin tak siapa curi cuma mungkin ada yang tersalah ambil..


Masuk umah, dapat panggilan telefon dari pejabat, kak zaharah terambil kunci dan dah hantar ke pejabat. kan dah kata...tak hilang, cuma orang terambil,.. Alhamdulillah, tak payah panggil tukang kunci untuk buat sesuatu kat kete untuk amik kunci spare yang ada dalam kete. 


"ibu tak marah ke kat cg zaharah?" "Buat apa nak marah.... Allah nak tunjukkan kebesaran dia melalui cg zaharah, ibu patut peluk cg zaharah n  ucapkan terima kasih banyak2..."


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim... tidak akan berpaling lagi aku dariMu dengan rahmatMu... kerana sesungguhnya Kau yang satu... yang sentiasa memberi pertolongan dan memudahkan.....


Aku semakin meyakini... Rabbi yassir.. Wala tu'assir...Ya Karim....


HEBAT KAN, ALLAH...


Terima kasih, ya Allah...

3 ulasan:

  1. paling hebat..semuanya berkaitrapat antara satu sama lain....tgk cara ibu pandang terhadap sesuatu mslh tu...semuanya +ve...hebatkan Allah mendidik hamba-hambaNya...

    BalasPadam
  2. Hari2 Allah memperlihatkan kebesaran dan keagungan Dia...
    Sy tak pernah dapat berpaling daripada melihat apa yang sedang Dia perlihatkan... Subhanallah... hari2 ada cara baru sy di tarbiyah...

    BalasPadam