Ahad, 13 November 2011

Juha dan Semangkuk Bubur

Isteriku telah memasak sejenis bubur lalu di hidangkannya... kemudian kami pun duduk bersama untuk menjamu selera.  Lalu isteriku terlebih dahulu mengambil sudu lalu menghirup bubur yang dimasaknya itu.  Tiba2 mukanya berubah menjadi merah dan tak semena2 matanya mengeluarkan air mata.

Maka aku bertanya kepadanya, apa sudah jadi dengan kamu ni?  tiba2 pula keluar air mata dari mata kamu?"

Isteriku menjawab, " aku teringat akan emakku yang sudah tua lalu aku menangis kerana berpisah dengannya!"

Aku pun faham akan perasaannya itu.  Lalu aku pun mencapai sudu dan menghirup bubur.  Rupa2nya aku dapati bahawa bubur itu terlalu panas sehingga melecurkan langit2 mulutku dibuatnya dan tidak semena2 mata aku juga mengeluarkan air mata.  Jadi isteriku yang melihat terus bertanya, "dan kamu pula mengapa mata kamu juga mengeluarkan air mata?"

Aku pun menjawab dengan hati yang marah, " sesungguhnya aku menangis mengenangkan emakku kerana mengapakah dia mengahwinkan aku denganmu!"

5 ulasan:

  1. hanya kerana bubur, blh wujudkan 2 jenis emosi yg bertentangan...ia mengajar kita, bagaimana cara pandangan kita terhadap sesuatu +ve atau -ve...Allahu Akhbar

    BalasPadam
  2. kita jarang mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku kepada orang lain sedangkan berlaku di depan mata kita....
    kita sering tertipu, ditipu dan menipu!

    BalasPadam
  3. dunia tak salah...yang salah kita!
    jadi pengikut setia heheheh

    dunia hanya menjalankan tugas...dengan memakai dan bersolek cantik2... kita yang terpedaya dgn kecantikan palsu tuh!

    BalasPadam
  4. klo dah pakai cantik2..sapa x jatuh hati...smua org nak yg indah belaka...jdnya wujud bais

    BalasPadam