Ahad, 13 November 2011

Tidak Ada Faedah Dari Berkata-kata

Pada suatu hari Jumaat sampai giliran aku untuk menyampaikan khutbah Jumaat.  Akan tetapi aku langsung tidak membuat apa2 persediaan.  AKu tidak tahu apa yang hendak disampaikan.  Maka aku pun naiklah ke atas mimbar dan berkata, " wahai sekalian orang2 yang beriman, adakah kamu tahu apa yang hendak aku perkatakan kepada kamu semua?"

Jawab mereka, :tidak, kami tidak tahu.

Mak aku berkata, "Jika kamu semua tidak tahu yang hendak aku perkatakan maka tidak ada faedahlah untuk aku berkata2 di hadapan kamu semua." lantas aku turun dari mimbar.

Pada giliran yang kemudiannya pula, aku perkatakan soalan yang sama.  Kali ini mereka menjawab, "ya, kami mengetahui apa yang akan kamu perkatakan." Maka aku pun terus menjawab,"kalaulah kamu sudah tahu bermakna tidak ada faedahnya aku berkata2 di hadapan kamu.  Dan perkara yang sama jua aku lakukan kepada mereka iaitu aku turun dari mimbar.

Sampai giliran yang ketiga pula dan kali ini aku agak terperangkap sedikit.  Sebab apa?  Setelah aku ulang pertanyaan yang sama, mereka menjawab, ya, kami mengetahui." dan sebahagian lagi berkata, "tidak, kami tidak mengetahui."  Secara spontan aku terfikir untuk mengatakan, "Ini amat bagus sekali.  Jadi bagi sesiapa yang telah mengetahui bolehlah dia terangkan kepada mereka yang tidak mengetahui."  dan perkara yang sama jua aku kenakan kepada mereka semua.  Aku turun dari mimbar dan pergi meninggalkan mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan