Jumaat, 25 November 2011

Kenapa Dengan Kita?

Azan subuh berkumandang di surau sebelah rumah.  Aku pandang puteriku.....
 aduhai.... tak bergerak2 kau wahai anak!  Aku menyeberangi ke bilik puteraku... kutolak pintu perlahan... bergenang air mataku...  Allah hu Akbar... bertakung air kencing syaitan di telinga kamu anak2.... Allah panggil tak kamu dengar? 


5 minit lagi waktu maghrib... puteriku sedang leka dengan sinetronnya.... puteraku sedang leka dengan kawan2 di depan pintu pagar... Aku sudah siap bertelekung... nakku jerit kedua2nya tapi aku sudah tak punya daya.  Aku berdehem...puteriku memandang...aku angkat kening dan dia faham....


Aku berlalu ke hadapan, puas aku renung tapi aku tidak dia pandang... dengan sinis aku katakan... nak tunggu Allah turun di hadapan??????  terkesima dia dan kawan2nya....
dan aku bersama puteriku berlalu ke surau demi terdengar panggilan Allah.....


Kenapa ya????  Kita berusaha bersungguh2 mengambil hati orang yang kita cintai... kita beli macam2 demi cinta kita.... kita akan pastikan dia senang dengan segala tingkah kita.  Saat berderingnya telefon kita, dengan pantas kita menjawab... Aduh..cinta hatiku telefon, mana mungkin aku biarkan dia tertunggu2...


Ada ketikanya, mesej diterima...
"Bi, sayang nak jumpa Bi sekarang juga... penting sangat ni!"
Aduh... buah cintaku memerlukan aku sekarang... tak tunggu seminit... terus kita dapatkan dia demi cinta kita.


Bayangkan ya....
Saat Allah membuat panggilan.... cepat2kah kita menjawab panggilan Allah?
Atau...
Arrgghhh.... tunggulah kejap... panjang lagi masa!


Kenapa begitu zalim kita ya???? Kenapa tidak berhati perut kita???  Dia yang menjadikan kita tapi kita tidak begitu memandangnya?  Dia panggil tapi tidak kita endahkan...  Dia tetapkan temujanji... mahu bertemu dengan kita tapi kita mungkiri..kita tak kuasa nak melayani.... teganya kita....


tapi kan....Allah rugi ke kita tak cintakan Dia?  Sape yang rugi ni???? OOOiiiiiii bangkitlah dari mimpi!  Dia tak rugi apa2pun....tak kisahpun.... YANG RUGI TU KITA??? Sampai bila nak sombong ni?


Setiap minit kita naikkan dosa kita ke langit... tapi Dia tak pernah berhenti turunkan rahmat.. tak malu ke kita?  Hari2 kita suapkan nasi ke mulut sampai kita kenyang tapi kita lupa pada Dia yang menyampaikan rezeki ke mulut kita... dahsyatnya kita!  ergghhh.... tak malu sungguh!


Salahkah... kita penuhi kehendakNya untuk bertemu kita 5 kali sehari?  Susah sangatkah kita hendak melayan kehendakNya?


Sukar sangatkah menyahut panggilannya? Bila Dia memanggil, tak bolehkah kita bergegas bertemuNya.  Kita tinggal semua yang sedang kita lakukan demi Dia.  Kalaulah kekasih memanggil....kita cepat2 pergi tanpa sedikitpun mengeluh...semua ok demi cinta. Tapi kalau Allah panggil??? Macam2 alasan yang kita berikan?  Wajarkah kita penuh dengan alasan dengan yang menjadikan kita??  tak kenang budi sungguh kita?


Ermmmm.... Perlu ke nak dihairankan?? Bukankah kita yang lakukan semua tu. Bukankah yang tak mengenang budi tu kita? Bukankah yang zalim itu kita? Bukankah yang dungu itu aku????? Allah hu Akbar...




Kita jadi begitu kita kerana kita sombong...lupa asal usul.  Lupa asal kejadian.  Kita sangka kita hebat.  Kita sangka langit boleh begitu kerana kita tongkatnya!.Kita tak pernah ada rasa cinta pada Allah.  Hati kita telah kita isi dengan makhluk justeru tak ada ruang lagi untuk Allah.  Patutlah kita tidak terasa apa2 bila Allah memanggil kita.  Kita seolah2 pekak dari mendengar panggilannya.  Ya..itu sahajalah jawapannya...dunia membutakan mata kita, memekakkan telinga kita, mematikan hati kita...


Saat Allah mengirimkan sms ngeri kepada kita... jangan sesekali kita nak salahkan Allah... Jangan sesekali kita nak kata Allah tak sayang kita, Allah tak de perhatian kat kita... Jangan kita berani2 nak cakap Allah zalim pada kita..... Jangan cuba2...  Allah panggil tak kita endahkan... bila Allah beri satu sms ngeri kita sudah menggelabah???? Baru nak ingat Allah... ???  Bila sms ngeri Allah kirimkan...ketahuilah itu tanda sayangnya Allah pada kita, cintanya Allah pada kita walaupun kita tak pandang Allah sebelah mata!  Dia nak kita kembali pada Dia, Dia masih senang untuk mendengar sms kita pada dia.  Kita lama tak jawab panggilan Dia, lama sangat tak beri Dia sms....jadi Dia kangen...Dia rindu...
Berilah cintamu....sukarkah...


Wahai Ku Azmiza... Dia mahu dicintai...Dia mahu dirindui... sahutlah panggilanNya...Titipkanlah dia sms cintamu pada setiap ruang yang kau ada....


Wahai Ku Azmiza.. cinta apa yang ada pada hatimu? Pada makhlukkah? Pada duniakah?
Dia tak mahu diduakan apatah lagi ditigakan.... Dia hanya mahu sendiri di hatimu... Pantaskah kau isikan 2 cinta di hatimu....


Wahai Ku Azmiza... pernahkan smsmu tidak berbalas? Tidak pernah,bukan?  Tiap kali sms kau kirimkan, dia pasti membalasnya meskipun tidak seperti mana yang kau mahukan...tapi balasannya sentiasa membuatkan hati kau senang lagi tenang. Nikmat apa lagi yang mahu kau dustakan, wahai Ku Azmiza.


Wahai diriku....jangan kau lafazkan cinta jika kau tak mengerti apa maknanya cinta...
jangan kau bisikkan rindu jika kau bukan perindu...
belajarlah untuk cinta kerana cinta itu indah...
belajarlah untuk merindu...kerana resah rindu yang payah semakin mematangkan cinta..


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Kau isikanlah hati kami dengan cinta kepadaMu, ya Allah ya Wadud... Hanya kepadaMu.
Jadikanlah hati kami sentiasa merindukanMu....

13 ulasan:

  1. Ya Allah, penuhilah hati-hati kami dgn Mahabbah kpd-Mu....

    BalasPadam
  2. sms ngeri dr Allah itu hnya untuk menyucikan diri kita dan mendekatkan kita kepada-Nya

    BalasPadam
  3. peringatan daripada ALlah yang mahu kita tahu...bahawa Dia ada... Dia tak pernah tidur...
    Dia sedang menanti sms cinta kita....

    BalasPadam
  4. Alahai....ramai yg lalai untuk sms kpd-Nya, termasuklah diri ini :(... lalai n lalim

    BalasPadam
  5. justeru kembali semula kepada Allah...
    sampai bila nak lalai..
    sampai bila nak zalim pada diri sendiri...

    Allah tak pernah rugi...
    Kita menanggung kerugian hingga ke yaumil mahsyar

    BalasPadam
  6. nak kembali spt sblm nie...kena biasakan diri dan ingat Allah dlm setiap apa yg dilakukan...x nak la lalai itu berterusan, nti makin kurang umur makin kurang plak saham akhirat..huhuhu

    x nak jg menzalimi diri, sdg berusaha kembali spt sblm nie...

    mmg manusia akan rugi...

    BalasPadam
  7. kekuatan itu hak Allah...mintalah sedikit ihsanNya...

    selamat bermujahadah....

    BalasPadam
  8. bru ku tau..nafsu mmg kuat pengaruhnya..dpt2 apabila insan itu mahu beramal n mendekatkan diri kpd Khaliq

    BalasPadam
  9. syaitan hnya indahkan apa yg nafsu hajatkn...
    bunuh nafsu...hancurlah syaitan

    BalasPadam
  10. nafsu terbesar skg...nk tido aje...n malas nk bgn mlm....huhu...

    BalasPadam
  11. badan penat bekerja...adatlah begitu.

    sebab tu, Salman al Farisi tidak membenarkan Abu Darda solat malam walaupun 2 kali Abu Darda bangun. Bila hampir subuh, barulah Salman al Farisi mengejutkan Abu Darda... solat tahajud bersama2..langsung solat sunat fajar dan solat subuh. Bukanlah zalim Salman al Farisi kepada Abu Darda tapi Salman mahu Abu Darda berikan hak tubuh untuk berehat dan sesungguhnya, Rasulullah kekasihku membenarkan perbuatan Salman al Farisi.

    Biar sedikit daripada tidak buat langsung.
    Biar sedikit asalkan istiqamah...

    BalasPadam
  12. tak juga kakak...klo penat keje, mesti tido mati..ini, sy sndri yg xnk bgn wlau dh jaga...slh sendiri... :( khilaf sy...

    maknanya kak....kita amik 1/6 la mcmtu klo nk tahjud....kira2 dlm pukul 5pg kena bangkit la buat yg sunat sementara tgu yg wajib....

    tidak buat langsung itu la....sy gagal beberapa mlm :(

    BalasPadam