Sabtu, 12 November 2011

Muhasabah Diri tahap 1

AYUH, MARI MUHASABAH DIRI KITA....


1.     Adakah anda menghadirkan niat secara sedar setiap kali melakukan satu2 ketaatan?

2.     Adakah anda benar2 merujuk kepada sunnah sebelum memulakan satu2 ibadah?

3.     Adakah anda memuliakan syiar agama Allah dengan bersegera menyahut segala perintahNya?

4.    Adakah anda menghormati larangan2 Allah dengan bersegera menghindari segala laranganNya itu?

5.    Adakah anda telah melawan hawa nafsu anda untuk bersegera menunaikan solat secara berjemaah di masjid?

6.    Adakah anda telah bangun tidur sebelum fajar untuk bertahajjud kepada ALlah dan kemudian duduk beristigfar sehingga azan Subuh?

7.   Adakah urusan dunia tetap memenuhi hati dan fikiran anda sewaktu solat sehingga keadaan anda sesudah menunaikannya masih sama sepertimana sebelum anda menunaikannya?

8.    Adakah anda memelihara solat2 sunat rawatib bagi setiap solat fardhu?

9.    Adakah anda membuka rahsia anda sendiri dengan menyebut2 amalan dan ketaatan anda di depan orang lain?

10.   Adakah terlintas di fikiran anda rasa 'ujub terhadap amalan anda sendiri?  Adakah anda melawan perasaan ini ataupun anda kalah di tanggannya?



berapa agak2nya yang perlu kita betulkan?????
tak pe...semoga esok kita lebih baik daripada semalam dan hari ni...
tu pun kalau tak innalillah....

6 ulasan:

  1. banyak yg kena perbaiki lg nie...

    BalasPadam
  2. selagi Allah pinjamkan nafas... selagi itu kita kena perbaik diri...
    sapa2 pun... waima ahli ibadah

    BalasPadam
  3. insyaAllah.....kdg2 etan ni pujukan die..fuuhh, mengancam....

    BalasPadam
  4. heheheheh... setan ni lemah lembut... tak pernah berkasar..sebab tu kita jadi lemah dengan kehalusan dia

    BalasPadam
  5. ahhh..tu la pasal...depa ni mmg terbaik la...pandai pujuk rayu...cair hati,jiwa raga dibuatnya...

    BalasPadam
  6. KING lemah sgt....kubu x kuat....

    BalasPadam