Sabtu, 12 November 2011

Muhasabah Tahap 2

1.     Adakah amalan ketaatan anda menyebabkan anda merasai bahawa amalan tersebut menyebabkan anda memperoleh tempat dan kedudukan yang istimewa di sisi Allah?

2.     Adakah anda memandang orang lain dengan pandangan yang sinis sambil memandang tinggi terhadap diri sendiri kerana anda melakukan sesuatu yang tidak mereka lakukan?

3.     Adakah anda bercita2 untuk menjadi ketua, pemimpin agar orang lain mengangkat anda ke barisan hadapan?

4.     Adakah anda berasa sempit dada apabila orang lain tidak kedepankan anda?

5.     Adakah anda menggantung harapan kepada seseorang atau menanti2 sesuatu daripadanya (seperti khidmat atau hartanya) dan hati anda terpaut kepadanya?

6.     Adakah anda mendahului kesenangan orang lain melebihi diri anda sendiri ataupun anda tidak terfikir melainkan tentang diri anda dan kesenangan anda sahaja?

7.     Adakah anda mampu menahan marah ataupun anda seorang yang sangat mudah melenting?

8.     Adakah anda berharap agar orang yang berdebat dengan anda itu salah bagi membuktikan kebenaran pendapat anda?

9.     Adakah anda cuba menahan seseorang daripada mendapat sesuatu kebaikan?

10.   Adakah anda ada memperkecil seseorang di dalam hati?

11 ulasan:

  1. sy suka jd org bawahan...selagi org atasan benar dijalan Allah, sy ok aje wlau perlu jd kuli sekalipun...(hakikatnya den ni mmg hamba abdi kpd Al-Khaliq)

    BalasPadam
  2. sy menanti seseorang sbb nk berkongsi ilmu dengannya...itu penting bg diri sy...

    BalasPadam
  3. saya tak suka bergantung harap pada orang...pada sesiapa pun sbb sy tahu kebergantungan kadangkala berakhir dgn kekecewaan...

    saya teringin nak jadi orang kaya... :)
    sy nak sangat jadi orang kaya bertaqwa. ekin doakan sy ya :D

    BalasPadam
  4. hehehe.....

    bercita-cita menjadi org kaya x salah....nak jadi orang kaya mudah, yg sulitnya jd orang kaya yg soleh...

    dan mcmne nk harta kita miliki bernilai thayyiban dan berkah...

    BalasPadam
  5. dan org kaya nie byk godaan dan ujian...insyaAllah, tp rasanya dh mencukupi kan apa yg Allah dah beri pada akak? (^_^)

    BalasPadam
  6. sy perlu mulakan dengan kaya jiwa...
    InsyaAllah...akan menjadi kaya bertaqwa..

    :)

    BalasPadam
  7. yg nie mmg kena minta dan tolong submit form pd DIA

    BalasPadam
  8. bila hantar borang...bersedialah untuk di rekrut!

    BalasPadam
  9. hehehe...sy tolong submit aje...bukan sy di rekrut nti... :)

    BalasPadam
  10. orang yang direktut ialah orang yang paling bertuah

    BalasPadam
  11. really? ermmm... i'll...hahaha

    BalasPadam