Isnin, 5 Disember 2011

Berpenyakitkah Rohani Kita???


"Dalam hati2 mereka ada penyakit maka Allah tambahkan penyakit kepada mereka dan adalah bagi mereka seksaan pedih sebab mereka berdusta" - al Baqarah :10

"Adapun orang-orang yang dalam hatinya ada penyakit maka bertambahlah kotoran atas kotoran mereka yang telah ada, dan mereka mati dalam keadaan kafir" - at Taubah : 125

Tu dia...tentang penyakit hati...panyakit rohani... agak2 kita ni..ada penyakit tak hati kita.  Jom..ikut saya muhasabah diri :)

Cuba tengok diri kita sendiri...

Kita ni ada ke kemampuan yang tinggi untuk beramal, kita sentiasa ghairah tak untuk menyara kehidupan dan sentiasa bersemangat untuk maju dalam kebaikan atau
kita selalu tak bersemangat, kita malas semanjang, kerja pun kita tak mahu, semua tak mahu

Kita suka dengan kebenaran, hati kita selalu terpancar dengan nur kebenaran atau
kita selalu lemah dalam berfikir, kita suka sangat dengan benda2 syirik, bomoh sana bomoh sini, susah sangat kita nak tangkap kebenaran, tak nampak kebesaran Allah, ada telinga tak mau dengar, ada mata tak mau tengok...ala2 bodoh sombong gitu...

Apa saja nikmat Allah kita bersyukur, kita diuji pun kita bersyukur, dapat nikmat lagi la bersyukur sebab kita selalu nampak Allah atau
yang kena dengan nafsu, kita suka meski pun tak betul tapi kalau bersalahan dengan nafsu sedangkan perkara tu benar, kita marah...
Kalau dapat apa kita nak...Allah sayang kat aku tapi kalau sebaliknya.. kita marah Allah... (tak memasal nak salahkan Allah...istigfar!)

Air muka kita tenang je. Orang tengok pun lega je... atau
nampak gelisah semanjang, muka keruh je... sering berkeluh kesah

Kita sentiasa mencari kebenaran, akan terima kebenaran meski tak bertepatan dengan nafsu, mana2 yang bathil kita akan tolak...tak peduli apa orang kata atau
kita liar dari kebenaran, paling tak suka orang cakap tentang agama (macam baeeekkk je ko nak cakap2 pasal agama walhal ko bukan ustaz ustazah..ko pun macam aku gak dulu!), mutiara2 hikmah ni memang tak gemar nak dengar

Kita sentiasa bersangka baik dengan orang lain...(kalau dengan orang sentiasa bersangka baik, dengan Allah apatah lagi...) atau
berprasangka semanjang, orang nak tolong pun disangkakan mau mengaut keuntungan, orang nak tolong disangka nak tunjuk alim,
(Ingat Rasulullah pernah bersabda " Awaslah kamu daripada bersangka2 kerana sangka itu seburuk2 berita")

Kita selalu rindu akan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman atau
kita suka menghasut dan timbulkan pergaduhan. kita tak suka orang lain senang, kita amat suka tengok orang lain susah (padan muka ko!) (jangan dok padan2kan muka orang sebab bimbang Allah bagi kita rasa apa yang orang tu rasa...Allah tu maha segala... Jangan sesekali dok cakap padan muka ko..padan muka dia!)

Cuba tengok dalam diri kita, yang warna merah banyak atau warna purple tu banyak. Kalau warna  purple tu banyak, ALhamdulillah...InsyaAllah rohani kita sihat dan teruslah suntik dengan vitamin...makan vitamin berterusan.  Kalau warna merah tu banyak pada diri kita, jangan runsing2..ayuh kita cari vitamin yang baik2 untuk sihatkan kembali rohani kita, hati kita sedang sakit, jadi mari kita cari ubat supaya hati kita tak terus sakit langsung mati! Kasihan hati... berilah dia peluang untuk menjadi raja yang berkaliber..yang mampu memimpin.... Banyak ubat yang boleh kita ambil untuk kita rawat semula hati kita...
Kita ni manusia yang banyak khilaf...hanya ALlah dan kita yang tahu, kita ni bagaimana,kan?  Adakalanya kita terpaksa jadi munafik demi mencari kawan dan bermasyarakat tapi tak ke mana munafik ni...ke neraka jua tempatnya! Jadi ayuh...kita buang segala sifat munafik kita, kita masuk alam baru yang lebih baik...

Mari Ku Azmiza...rawat hatimu...jernihkan rohanimu...

JOM...KITA BERDOA SEMOGA KITA DIANUGERAHI HATI YANG SIHAT, ROHANI YANG BERSIH..... KITA TAK PUNYA DAYA DAN KEKUATAN PUN JIKA TIDAK DENGAN PERTOLONGAN ALLAH SWT

3 ulasan:

  1. padan muka den...smua ada kt dlm diri nie....dpt2 hati gelisah.... :)

    BalasPadam
  2. Kekadang itu, hati ini mudah benar jadi terasa... Tiada angin apatah lagi taufan melanda, namun sekilas ia datang dalam ingatan, umpama gangguan...mengikis rasa keyakinan yang dibina selama ini. Bak kata Ustaz Pahrol dalam Mukmin Profesional, rasa sebegitu, akan sering datang, kenalah setiap kali ia datang, kita lawan ia dengan Istighfar dan kembali pada Allah...kerana ujian dan musibah yang Allah kurniakan itu, diperuntukkan buat hamba-hambaNya yang disayangi....

    BalasPadam
  3. saat nafsu mendesak,panggillah aqal untuk membentengi...InsyaAllah...selamat

    BalasPadam