Selasa, 6 Disember 2011

Kenali Hati Kita...


Hati lagi... seronok menulis tentang hati ni...kerana kat hati ni macam2 ado....

Nak aku ceritakan tentang hati kerana ku juga punya hati :)
Ayuh kita nilai hati kita...di mana letak duduknya hati kita

Ada 4 golongan/jenis hati:

1.   Hati yang selalu dipancari cahaya... itulah hati MUKMIN

2.   Hati yang tertutup... itulah hati KAFIR

3.   Hati yang terbalik... itulah hati MUNAFIQ

4.   Hati yang ada 2 unsur
      a)   Cenderung pada iman
      b)   Cenderung pada nifaq
===>> Maknanya percampuran amal baik dan amal buruk

Macammana? Bole nampak tak hati kita kat mana???? Kalau yang no 1, ALhamdulillah... Kalau no 4 kira ok lah...kurang2 masih ada iman... tapi lebih baik kalau buang yang b tu..kan..kan...

Ramai dalam kalangan kita hari ni, munafiq...aku juga barangkali.  Depan lain, belakang lain. Lain di mulut lain di hati.  Kita justeru pandai bermuka2.. ergghhh.... talam 2 muka! dua2 boleh guna... :)  Itu istilah aku lah tapi kalau nak ikut syarak, munafiq ni ialah orang yang menyembunyikan kekufuran dalam hatinya dan menyatakan iman dengan lidahnya.

Leceh la,kan...kalau jadi munafiq ni...kalau ada penyakit nifaq ni... memang leceh!  Hati kita takkan tenang justeru kita punya penyakit rohani.

Jadi, Ku Azmiza...apa nak buat?  Macammana nak buat supaya tak terkena sifat buruk ni...
Cuba cegah nifaq ni dari terserap ke dalam jiwa dengan jalan muraqabah
pastu cuba awasi diri sendiri dan perlu punya sikap lawwamah... maknanya kena le berani tegur diri sendiri.  Buat salah je, marah kat diri sendiri..jangan dok ikut je apa kata nafsu!

Aduh...kalau dah ada macammana? Boleh buang ke? Pasti boleh....
ayuhlah bertaubat dan beristigfar
kita balik semula  kepada prinsip iman dan taqwa dan
kita isytiharkan perang pada semua sikap,sifat dan cabang2 nifaq...
Jom...kita bermujahadah sama2...

1 ulasan:

  1. muraqabah? boleh cikgu terangkan makna muraqabah mursyid? x fhm..

    BalasPadam