Ahad, 4 Disember 2011

Jom...Kita dekatkan Diri Kita Dengan Allah swt

Tengok sekeliling...Allah jadikan kita manusia ni semua berbeza2..tak sama. Rupa pun tak sama. Hebat betul Allah swt... siapalah yang mahu mengingkari ketaajuban ni.. Allah hu Akbar. Aku lihat sekeliling, aku lihat ikan berenang2, aku lihat burung2 berkicau, aku lihat segala tingkahlaku  manusia...semakin aku kagum akan Allah.  Nikmat mana yang nak aku dustakan? tak dak...memang tak dak satu pun yang boleh aku dustakan!

Kenapa masih ramai tak mau bersyukur agaknya.  Ya, hidayah tu milik Allah..semua dalam genggaman Allah tapi bukankah kita mempunyai kuasa doa dengan harap?

Kita yang hidup kat dunia ni masing2 punya kemampuan yang berbeza.  begitu juga watak, bakat dan kelebihan masing2...  Kalau kita kenangkan betapa Allah itu patut kita sembah, kita pasti akan bertaqarrub dengan kelebihan,bakat dan kemampuan yang kita ada,kan?

Bukankah ALlah telah berfirman: "Katakanlah! Hendaklah setiap orang beramal menurut keadaannya masing2.  Tetapi Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang lebih terpimpin perjalannnya." - Al Isra' :84

Kalau kita, ahli ibadah, haruslah kita bertaqarrub dengan membanyakkan zikir dan ibdah,
hartawan pula dengan infakkan kekayaannya ke jalan ALlah
seniman dengan bakatnya
Guru pula dengan amalan keguruannya.

Biar siapapun kita, kita pasti ada kelebihan, punya kemampuan jadi ayuhlah... kita bertaqarrub dengan kelebihan yang kita ada.  Kita laksanakan amanah kepimpinan itu sebagai alat menegakkan kebajikan dan mencegah kemungkaran.  Ada yang menghalang kita dari bertaqarrub kepada Allah?  Jom...kita mujahadah..untuk singkirkan semua halangan itu.

Cara paling mudah untuk bertaqarrub ada...kalau ini pun tak nak buat...ntahlah... semoga Allah turunkan hidayah..
lihatkan sabda Rasulullah
"Hendaklah engkau membanyakkan sujud, sungguh tiada engkau bersujud satu kali melainkan Allah meningkatkan engkau satu darjat dan dihapuskan daripadamu satu kesalahan."

Mudah,kan? 
Jom...kita solat,sayang!

8 ulasan:

  1. ahli ibadah tidak
    hartawan tidak
    seniman tidak
    guru pun tidak....tp den tetap ada jalan lain untuk bertaqqarub kpd-Nya...den ingat 1 sabda Rasulullah yg buat hati den senang bila memikirkan keadaan diri den di dunia ini...

    BalasPadam
  2. masing2 punya kelebihan d sisi Allah...
    semua di atas hanyalah contoh yang mudah di sekeliling kita...

    Kita tahu di mana letak duduknya kita dan kita semua diberi peluang oleh ALlah untuk bertaqarrub...sama ada kita mahu atau tidak sahaja. tepuk dada tanyalah iman...kerana di situ ada jawapan pada apa jua persoalan

    BalasPadam
  3. Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
    Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri juga sedekah. "
    Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga ? "
    Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala. "

    BalasPadam
  4. Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.

    BalasPadam
  5. jomlah kita cari jalan bagaimana cara untuk mendekatkan diri pada Allah tapi jangan lupa bermujahadah untuk atasi segala halangan...

    halangan yang paling kuat ialah kawan2... :)
    jgn lupa bahawa...kita ni atas perjalanan dan agama kawan2 kita... pilihlah baik2...semoga Allah berikan pertolongan

    BalasPadam
  6. (^_^) masalah sy skg "Nak TIDO" huhu...hampeh je diri nie...hahaha

    sebab itu den selitkan doa "jika kakak aku baik bg aku dan aku baik bg kakak aku dlm khdpn kami, jalan hidup kami, perjalanan kami menuju kepada-Mu Ya Allah, aku mohon, rapatkanlah hbgn persaudaraan kami dgn rahmat-Mu"...

    BalasPadam
  7. tido tu pun nikmat... itu hak badan yang perlukan rehat. sy juga suka tido

    BalasPadam
  8. hehehe...itulah...tido time subuh lg nikmat..hahaha.....(hbs la klo syok tido waktu subuh...syaitan plg suka)

    BalasPadam