Isnin, 19 Disember 2011

Sekadar Ingin Berkongsi

Ramai orang berusaha cari ketenangan. Duit banyak, kete banyak, aweks banyak, bini pun banyak tapi hati selalu susah. Seolah2 ada yang tak kena dengan diri.  Bosan sepanjang masa...pegi pub...enjoy sekejap je. Lepak2 dengan kawan, hilanglah bosan sementara...mcmmana agaknya nak ubati rasa boring ek...mcmmana nak tenang.

aku tak pernah nampak cara lain untuk tenang selain dari mengaji al Quran. Kesian al Quran...dah berhabuk atas almari.  Rehal punya le cantik berukir2 tapi sayang... banyak sarang labah2 dah... Quran lak dah tukar warna..

"Ala..sy bukan tak nak baca tapi sy tak punya banyak masa."
"Sy ni, nak mengaji, tapi malangnya sy baca merangkak2 (orang suruh baca sambil duduk, nak merangkak buat apa hehehehhehe)
"Sy takut nak baca quran ni...bukan apa..tajwid pun tak berapa nak faham...nanti buat quran laknat je (Wah! tahu tentang laknat rupanya huhuhu)
dan...
pelbagai lagi alasan mereka yang tak mahu membaca mesej2 Allah...

Aku selalu dipesan agar membaca Quran paling tidak 100 ayat sehari.  Kalau dah pemalas nak mampos (elok mampos dari dimamposkan! kata guruku kepadaku) baca le 5 ayat. Mesti khatam sekurang2nya 2 kali setahun. Aku cukup pegang ayat2 keramat ini....InsyaALlah..semoga Allah memberikan aku kelapangan.

Awak semua tahu tak, betapa Quran ni punya mukjizat, Quran ni syifa', Quran ini segalanya. Dulu ketika aku menempuh saat getir diuji...penyembuhnya al Quran lah dengan izin Allah taala. Hilang semua masalah, aku kembali menjadi aku, aku berjaya tewaskan orang yang konon2nya handal hanya dengan membaca al Quran hari2 tanpa putus (kecuali time uzur) Alhamdulillah... sehingga hari ini aku semakin meyakini al Quran...sayang rasanya kalau tak dibaca...mcm kehilangan sesuatu pada hari berkenaan...ada yang tak lengkap dalam hidup.  Bukan nak riak sombong takabbur...tapi demi ALlah yang menjadikan langit dan bumi...itulah hakikatnya. Awak semua tak tau...mcmmana tenatnya aku selama 3 tahun...tak mampu aku toleh belakang rasanya.  Bila diingat kembali... eh...ye ke aku boleh lalui semua tu...

Beginilah...aku yakin, dalam yang membaca tulisan aku ni, ada yang tak begitu fasih/lancar mengaji.  Nasihatku, carilah guru yang boleh mengajar. tak usahlah malu2...dah tua baru nak belajar, Kita belajar ni sampai mati pun tak habis.  Bukan apa, kita nak bekeluarga...kita bimbang kalau anak nanti mewarisi kita yang tidak mencintai al Quran...apa nak jadi dengan keturunan kita?  Sape yang kita nak harapkan untuk sedekahkan kita fatihah bila kita mati nanti atau paling sedih...time kita sakit...anak2 tak mampu pun nak baca yaasin...kerana mereka buta sama seperti kita atau....mereka tahu membaca sama seperti kita tapi mereka malas nak baca kerana kita pun sama seperti mereka...

Aku juga nak cadangkan sahabat2 beli Quran readpen ni...aku bukan jual ea...cuma nak berkongsi...sangat bermanfaat. kalau ada ayat yang kita tak yakin (ingat no....kita suka2 main baca...Quran balik laknat kita...), kita tekan je pen tu kat ayat yang kita nak, qari akan bacakan untuk kita.  Kalau kita nak baca sama2 dengan qari pilihan kita (boleh pilih qari mana kita nak...), kita tekan je pada nama surah...akan berkumandanglah suara qari tersebut dan bacalah bersama2. Pendek kata, bestlah!

Aku sendiri, time bersendirian tengah2 malam...dengar Al Qhamidi baca....subhanallah...tak tido pun tak pa.... baca sama2 dia...Allah hu Akbar..indah sungguh.... Beli la kalau belum ada...sangat bermanfaat. tak mahal sangatpun... perfume kita pun beratus2... habis akhirnya tapi benda ni tak habis. bateri habis, cas balik... aku tak jual tau...ni bukan nak promosi barang jualan hehehhe tapi nak berkongsi yang baik yang aku amalkan selama ini

eh..dah membebel2 lupa lak...kalau tak faham tajwid... ada bukunya bersama...
kalau malas nak baca tafsir..dengar je tafsir yang dibacakan... pendek kata...mudahlah!
sekian hehehhe...

NI LA... KALAU DAH ADA,ALHAMDULILLAH...
KALAU TAK DE...CARI EK.. RM350 JE...
SANGAT BERBALOI




SELAMAT BERAMAL SAUDARA2KU.....

1 ulasan: