Isnin, 26 Disember 2011

Sukarkah Mencari Cinta Allah?

Sabda Rasulullah:
"Sesungguhnya Allah MEMBERIKAN KESENANGAN DUNIA kepada orang yang dicintaiNya dan tidak dicintaiNya.  Allah tidak akan menganugerahkan keimanan KECUALI hanya kepada hamba yang dicintaiNya"

Ermmm...tu hadith! jangan dipersoalkan sohih atau dhaif... tapi hadith ini sudah cukup boleh membuatkan kita berfikir, bermuhasabah diri kita....

 Jangan hairan kalau Allah berikan kesenangan, kekayaan kepada orang2 kafir dan orang2 yang derhaka pada Allah kerana memang sifatnya yang Rahman dan Rahim... Tak pelik kalau kita lihat orang kaya tapi kufur pada nikmat Allah.  Tak juga janggal melihat orang2 kafir yang kaya raya...penuh kemewahan...

Bukankah dalam kalangan kita orang Islam ni ada yang solat dan ada yang tidak.  Ada yang melewati surau masjid ketika azan tanpa kisah pun.  Berlalu tanpa singgah sebentar sahut panggilan Allah.  Keluar rumah, shoping, tngok wayang, dating... tak hairan pun waktu solat dah masuk atau belum.  Ada aku kesah! itulah barangkali kata mereka.

Tapi tak lah perlu dihairankan sangat,kan... mereka ni belum lagi dapat taufik...mereka ni masih belum dicintai Allah...memang wajar kerana mereka sendiri tidak pernah mahu mengenali apatah lagi mencintai Allah...Allah tak hairan pun kalau Dia tidak mahu dikenali dicintai.  Dia tak rugi sedikitpun melainkan yang rugi tu kita yang bodoh dungu ni!

Kalau kita berminat pada sesorang baik lelaki mahupun perempuan...kita pasti akan cuba mengambil hatinya dengan pelbagai cara,kan?  Kita pasti akan buat apa yang dia suka, tinggalkan apa yang dia benci.  Kita akan cuba pelbagai cara untuk mengambil hatinya.  Kita akan berikan sepenuh hati dan tumpuan kepada dia sehinggalah dia menyukai terus mencintai kita.  Kalau dia berikan kita mesej, kita akan baca berkali2 meskipun mesej tersebut hanya sekadar hi!  Kita sanggup tunggu setiap minit pada tempat laluannya, kalau di fb...kita akan tunggu tanpa jemu dia online dan terus menyapa mesra... itulah yang akan kita perbuat pada orang yang kita suka kerana kita mahu kita dicintai...Kita sanggup berhabis ringgit untuk belikan hadiah kesukaannya, belanja makan, tengok wayang,jalan2... ergghhh...sanggup!

Nah! kalau begitulah sikap kita kepada makhluk....kenapa tidak kita lakukan pada Allah?  Kita cuba buat apa yang Allah suka, tinggal apa yang Allah larang...berikan sepenuh perhatian kepada Allah, terus datang saat Dia memanggil, baca mesej2 yang Dia kirimkan dan fahamkan...pasti Dia akan mencintai kita...tidak syak lagi... Rasanya lebih mudah mendekati ALlah dari mendekati makhluk kerana kalau kita datang berjalan...Dia akan berlari... Nak ambil hati manusia kena sediakan duit ringgit yang banyak nak belikan hadiah bagai tapi nak gamit kecintaan Allah, tak memerlukan duit ringgit pun, tenaga juga!

TAPI...KENAPA KITA SUKAR SANGAT NAK LAKUKAN EK....?????
KENAPA MASIH KITA DAMBAKAN KASIH MAKHLUK YANG BELUM JELAS???
KENAPA HARUS KITA KESAL KALAU CINTA KITA DITOLAK???

ALLAH TAKKAN PERNAH MENOLAK KITA MESKI DOSA KITA SEBANYAK BUIH DILAUTAN TAPI KALAU MAKHLUK....DIA AKAN UNGKIT KISAH2 SILAM KITA SAMPAI MATI!!!!!!!!!

4 ulasan:

  1. Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
    [10]
    Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
    [11]
    Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
    [12]
    Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
    [13]
    Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
    [14]
    Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
    [15]
    Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
    [16]
    (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
    [17]
    Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. [surah Al'ala]

    BalasPadam
  2. adakah diri nie tergolong dlm gol. yg 'utamakan khdpn dunia'? aduhai.....mengeluh panjang mcmni..

    BalasPadam
  3. Jika segala perlakuan lebihkan dunia
    Jika segala tumpuan lebih kepada dunia
    Jika hati banyak tumpunya pada dunia...
    Maka dunialah arah kita!

    BalasPadam