Jumaat, 20 Januari 2012

10 Tips Raih Kebahagiaan

Semua orang nak bahagia...tak nak derita2..tapi semua merasa ke bahagia tu mcmmana...
meh...kita cuba tips ni... terima kasih pada Anis 158

1.   Bangun menjelang fajar menyinsing untuk beristigfar
Dan orang2 yang beristigfar (memohon ampun) pada waktu sahur (Ali Imran :17)

2.   Menyendiri untuk bertafakur
Dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (Ali Imran : 191)

3.  Menjalin hubungan dengan orang soleh
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang2 yg beribadat kepada Tuhan Mereka (Al-Kahfi : 28)

4.   Berzikir
Wahai orang2 yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah), ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak2nya (al_Ahzab : 41)

5.   Solat 2 rakaat dengan khusyuk
Iaitu mereka yg khusyuk dalam solatnya (al_Mukminun : 2)

6.   Membaca al Quran dengan penuh penghayatan
Patutkah mereka (bersikap demikian) tidak mahu memikirkan isi al Quran? (an-Nisa" : 82)

7.   Berpuasa pada hari yang sangat panas
Meninggalkan makanan, minuman dan syahwatnya kerana Aku?" (Hadis Nabi)

8.   Bersedekah secara sembunyi
Hingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diinfakkan tangan kanannya. (Hadis Nabi)

9.   Meringankan beban seorang Islam
sesiapa meringankan kesusahan yang dialami seorang Islam di dunia maka Allah akan melepaskannya daripada kesusahan pada hari Kiamat (Hadis Nabi)
...teringat pada seorang sahabat....andai aku mampu...pasti aku membantu...

10.  Berlaku zuhud terhadap sesuatu yang sifatnya fana'
Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal (al-A'la : 17)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan