Jumaat, 20 Januari 2012

Tips Bagi Mendapatkan Kelazatan Solat

Jom...kita kongsi...macammana nak dapat kemanisan solat...lazat selazat coklat!

1.   Sentiasa bersiapa sedia nak solat jemaah di tempat dilaungkan azan atau didengari suara azan.  Aku sangat beruntung kerana rumah bersebelahan dengan surau... Alhamdulillah...

2.   Hati sentiasa terpaut untuk melaksanakan solat jemaah ( pernah kedengaran...ada orang kata solat jemaah tak la perlu.. ermmmm... lu pikir la sendiri hehehhe)

3.   Perelokkan wuduk.  Jangan main nak cepat je sampai tak teliti amik wuduk.  Air kena jimat...Rasulullah pun pesan..sekali pun amik wuduk kat sungai yang airnya mengalir..tetap tak boleh membazir.  Pelajarilah bagaimana Rasulullah berwuduk kemudian berwuduklah cara baginda.

4.   Hayatilah dan fahamilah setiap bacaan dalam solat, zikir, doa dan tasbih.  Malang kalau tak mampu nak faham tapi rasanya lom terlambat... carilah buku dan mulalah menghafal.  dengan faham bacaan...pasti fikiran tidak melayang saat solat

5.   Sempurnakanlah segala rukun dan sunat2 dalam solat dengan sempurna.  Rukuk, sujud, qiyam dan semuanyalah.... laksanakan dengan sempurna...  jangan curi2 aaaa dalam solat!

6.   Luangkan sedikit masa dan waktu untuk berzikir sesudah solat... cubalah untuk faham maksud zikir yang dilafazkan agar dapat menyerap masuk ke hati dan bisa mengalirkan mutiara jernih...


Sabda Rasulullah:
Apabila seseorang hamba berwuduk dan dia mengelokkan wuduk tersebut, kemudian dia mendirikan solat dan menyempurnakan rukuknya dan sujudnya serta bacaan padanya, solat berkata, "Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau menjagaku," kemudian dibawa naik ke langit dan bagi solat itu sinaran dan cahaya dan dibukakan baginya pintu langit


jom....kita solat kerana cinta bukan kerana rutin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan