Isnin, 16 Januari 2012

Aku...Guru...Fitnah Dan Umpat...

Sedikit masa dahulu....aku pernah dituduh sesat...pernah dituduh gila...malah pernah dituduh macam2.. ermmmm.... sebagaimana ayat tidak memberi bekas, begitu juga kata2 makhluk, tidak berbekas sedikit pun di hati. Hati senang, jiwa tenang...nafsu ammarah mula menghilang... :)

Ingatkan telah berakhir kata fitnah... tapi belum lagi rupanya tapi tak kisahlah...ujian Allah belaka.  Bila diuji, itu tanda kasihnya ALlah, itu makna kita sedang ditilik Allah...Alhamdulillah...Allah tidak melupakan kita...dgn demikian akan bertambah kasihlah kita adanya,InsyaAllah. Kalau dulu, mendengar kata fitnah, mendengar pelbagai jenis umpatan... rasa mcm nak aku baling je orang berkenaan hahahhaha... tapi bila ku ingat kata guru sepanjang hayatku... buat apa nak marah2... tenang2 ja... takkan tak mau jadi orang kaya kat akhirat kot! ermmmm...kaya kat akhirat... sape tak mau. bukan senang nak amik 700 rakaat sunat orang lain, bukan senang nak buat pertukaran suka sama suka....dia amik dosa kita, kita amik kebaikan dia... wow! kaya raya kita... sahabat dok kata2 kat aku, dok fitnah2 aku tak memasai... dok zikir sana sini, cari ilmu sana sini..rasakan diri sangat kaya kat dunia ni...akhirnya muflis juga di akhirat.  ermmmm... maha kaya kan, Allah...

Aku ni dah tak berguru... aku bukanlah jenis wala' membabi buta. Aku tahu peranan aku sebagai salik...aku tahu adab aku dengan guru tapi aku seiringkan antara ilmu dengan aqal. aqal aku tidak menerima kalau sesuatu dilakukan bercanggah dengan agama.  Aku pernah berguru mencari ilmu perubatan tradisional... guruku kutalakkan... kerana banyak yang bercanggah dengan pendirian aku yang berpegang pada al Quran dan sunnah.  Aku pernah bertareqat.. tp malu rasanya untuk mengaku ahli tareqat... aku tak seaktif dulu menziarahi surau masjid setiap malam, aku tak lagi galak seperti dulu menghadiri zikir mingguan dan bulanan... kerana aku sudah punya tanggungjawab yang lebih besar hari ni. tapi syukurlah...aku masih mampu lagi menghadiri majlis2 ilmu meski tak segalak dulu.  Hatiku tidak boleh menerima pada orang yang ilmu yang disampaikan bercanggah dengan peribadi.  Ilmu tinggi...selalu bercakap tentang nafsu ammarah yang harus ditentang tapi bila diri sendiri tidak mampu menentangnya, masih lagi memaki hamun, masih lagi sombong tidak mahu mengaku salah, masih lagi tidak boleh ditegur, masih lagi bermaksiat sedangkan telah rasakan diri sudah cukup bagus...aku tak mampu menunggu... biarlah aku pergi...aku lebih rela bersendiri bertemankan Allah dari bertemankan makhluk meski dia guru pada mata orang lain.  Aku tak mahu cederakan hati aku...  jadi...aku memang dah tak dak guru!

Orang yang mengenalkan aku dgn zikir Allah..Allah.. zikir kalimah tauhid di mana permulaan dan akhirnya...dah meninggal dunia bersempena dengan hari lahir ke-12 puteriku...30/7/2011. Itulah guru rohaniku...yang sering memantau perjalanan rohaniku.  Aku akan dikhabarkan pada setiap perkembangan diri aku...mana kedudukan aku.. masih berjubah hitamkah aku atau apa...  tapi semua dah tak ada hari ni... Dia sudah pergi menghadap Ilahi cuma sesekali mampir dalam mimpi saat aku terleka dari bersedekah.. itulah bapa mertuaku yang sangat terkesan dengan perpisahan aku dengan suamiku satu saat dulu. Dialah guruku yang bergurukan Sidi Ahmad Idris.. Jangan sesekali fitnah guruku...kerana itulah guruku 1 yang tak pernah tahu bercakap tentang perihal orang lain, yang tak akan kedengaran sedikitpun suaranya kalau tidak ada yang perlu diucapkan. Itulah guru aku yang tak pernah dengki pada orang lain... dunianya hanya ladang getah..majlis2 zikir, masjid... Allah hu Akbar..siapakah yang mahu memfitnah aku dengan guruku ini... 

Aku punya guru sepanjang hayatku...tareqat d bawa berbeza dengan aku tapi dia selalu enggan campurtangan dalam perjalanan rohaniku... tapi tak kisahlah hahahha... mana bole paksa2 cuma sesekali bersuara...itu kena amik ingat. itu cara guru sepanjang hayatku mendidik... itulah ayahku...kesayanganku!

dah jadi blog luahan perasaan pula... Allah hu Akbar... sedikit ilmu di sini...

jangan fitnah dan mengumpat...kelak kita muflis di akhirat...

jangan terlalu percaya kepada kononnya penglihatan bathin kita kerana benarkah penglihatan bathin kita sudah bercahaya sedangkan nafsu ammarah masih bersarang dalam diri

jangan ingat dengan pandai kita menghamparkan kata2...ilmu kita sudah penuh didada... ilmu tanpa amal tidak akan bawa kita ke mana pun...

tawadhuklah... kerana Rasulullah sangat tawadhuk meski baginda kekasih Allah

tawadhuklah...kerana Allah tidak suka orang yang sombong... jgan pakai pakaian kebesaran Allah...nanti Allah murka,sayang....

janganlah baling batu sembunyikan tangan kerana itu amalan orang munafik... andai tak kena pada hati, tak tenteram pada jiwa... bersemukalah kerana itu yang lebih baik... kita harus belajar untuk menjadi orang yang rendah diri...
harus belajar menghormati orang lain...
harus pandai menjaga aib orang supaya aib kita terpelihara saat kita tersungkur di hadrat Allah

ayuh sahabatku...kita beristigfar... Astaqfirullahal'azim.....

9 ulasan:

  1. Adakah digelar sahabat bila dok mengata, dok memfitnah tak memasai? sahabat ka spt itu? sungguh, sehingga hari ini aku x pnh pcy pd sahabat!

    bagaimana seseorang blh memfitnah kamu dgn gurumu jika kamu x saling mengenali....syukurlah mata batin terhijab sbb at least, dpt kurangkan dosa.. :)

    susah nk tawadhuk bagi mereka yg merasakan diri mereka saja yg betui dan perjalanan rohani org lain byk salah....

    BalasPadam
  2. dia tetap sahabat...manalah tahu...time tu dia fana'.. dia tak sedar apa dia tulis.. :)

    orang yang rasakan dirinya banyak ilmu...selalu begitu, selalu rasakan diri dia betul sebab tu dalam Islam kena ada sifat rendah diri, sentiasa rasakan diri faqir supaya kita lebih tawadhuk...lebih bersyukur

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah jika demikian...alangkah bagusnya jika dia alami mati seblum mati....mesti hidup lebih happy...

    bukankah apa yg kita ada skg hnya titipan dr Allah...hak Dia belaka...smuanya hnya ujian pd kita?

    BalasPadam
  4. Allah kirimkan dia kepada saya untuk sy menilai sy...
    Alhamdulillah... Allah yang berkehendakkan segala sesuatu.
    sy dah serahkan diri saya, jiwa saya, raga saya kepada Allah...justeru setakat kata2 fitnah..InsyaAllah...tak memberi bekas...

    kata saya yang sinonim dengan diri say...WALANTAQQO....hahhahaha....

    BalasPadam
  5. akak wat sy ingat bahawa Allah menghantar dia kpd sy untuk membuka jalan kpd sy mendekati-Nya n meletakkan hnya DIA di hati ni yg dpt menenangkan jiwa dikala dilanda pelbagai musibah......

    ayat sy untuk diri "Allah ada,biarkan jela hal tu.."

    BalasPadam
  6. tahu tak pe... tak Allah jadikan sesuatu itu sia2...
    rugi kalau tak nampak apa yang Allah nak tunjukkan..

    BalasPadam
  7. mcm x pcy dr 2008 dan skg dh 2012...mcm bru smlm je....huhuhu

    Alhamdulillah, Allah buka hijab dikala itu..klo x, mmg sy dh terpesong jauh lg agaknyer....

    BalasPadam
  8. mensyukuri nikmat...rajin2 bersujud...

    BalasPadam
  9. insyaAllah..dan bertambah nikmat sbb Allah izinkan sy jumpa akak kt fb 2011.....setelah 3thn bersendirian mencari DIA....

    BalasPadam