Khamis, 12 Januari 2012

Angin Keluar Dari Faraj

Yakin seyakin2nya...ramai yang bermasalah macam ni tapi malu nak utarakan... Aku...memang muka tak malu...apa nak buat... demi menyelesaikan permasalahan orang2 pemalu aku paparkan di sini apa ulasan seorang ustazah tentang hal ini... Terima kasih Ustazah Maznah Daud... Semoga Allah merahmati anda..

Rasulullah bersabda, "Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya, maka dia berasa ragu adakah telah keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah dia keluar (iaitu keluar untuk mengambil wuduk) sehingga dia mendengar suara atau terhidu bau"

Berdasarkan hadith ni, fuqaha Mazhab Syafi'i dan Hambali berpendapat angin yang keluar daripada salah satu daripada dua jalan iaitu qubul dan dubur membatalkan wuduk.
Manakala Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat tidak batal kerana angin daripada qubul bukannya perkara yang biasa dan tidak ada dalil jelas menunjukkan ia membatalkan wuduk.

CUBA TENGOK KENYATAAN INI PULA:
Kalau mengikut doktor perubatan mengenai angin daripada faraj dan angin daripada dubur, jelas kedua2nya ada perbezaan.  Angin daripada faraj ialah udara yang berlegar di sekitarnya sedangkan angin dari dubur keluar daripada dalam usus.  dan hadith ada merujuk kepada angin yang keluar daripada dalam usus di mana Rasulullah menyebut "Apabila seseorang kamu mendapati sesuatu di dalam perutnya......."

ermmmmm..... jadi ustazah maznah punya pendapat peribadi...beliau cenderung kepada pendapat fuqaha Mazhab Hanafi dan Maliki...

inilah masalah orang yang dah kawin dan beranak pinak hehehhe....
yang belum kawin...mungkin tak de masalah tapi rasanya ada yang bermasalah cuma tak ramai!

dan aku? Allah tidak pernah memberatkan sesuatu... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan