Ahad, 22 April 2012

Mengumpat....Ghibah... Takut!

Mengumpat lebih keras dari zina....sebaris ayat dari hadith berkaitan dengan ghibah

Rasa terawang2 diri... sebak bertandang di dada tetiba... hadith yang bermula dengan AWAS KAMU (IYYA KUM).... buat dada semakin ketat.  Yang mengatakan sedemikian bukan ustaz2 biasa tapi kekasih Allah...yang sentiasa kasih akan umat...

Benarlah.. ghibah nilah segala punca penyakit hati.  Kita jadi sombong, lupa kekurangan diri sebab dok nampak silap orang saja, kita hanyut dengan khayalan, sentiasa rasakan diri lebih sokmo..

Kalau berzina, taubat nasuha, taubat bersunguh2...InsyaAllah...Allah tu maha pengampun...
Kalau mengumpat?  selagi tak diampunkan oleh orang yang kita umpat selagi itulah kita terbeban dengan dosa...kalau orang tu dah mati...bersedialah kita tersungkur di hadrat Allah dengan dosa2 mengumpat yang kita buat.. sanggup ke?

Malang sungguh orang yang suka mengumpat...
Orang sedang tido, dia bangun buat solat tahajud, mengaji Quran dengan tadabbur...bahagia sungguh...tapi bila menjelang siang... sibuk bercerita hal orang lain.. tercampaklah segala pahala2 yang diperoleh pagi tadi kepada orang yang diumpat! Rugi sungguh...
Sebab tu Sayidina Hassan...bila diberitahu ada orang mengumpat beliau, beliau hadiahkan orang tersebut sedulang anggur... :-D
orang berbudi kita berbahasa... orang beri kita nikmat pahala yang berpanjangan dengan umpatannya, kita beri dia makanan untuk penuhkan perut dia...nikmat sementara!

Rasanyakan... seronok juga diumpat, dapat pahala percuma.. silalah mengumpat saya hahahahha..... silakan

Kalau mengumpat tu haram...orang yang mendengar pun sama... jadi silalah buat sesuatu. nasihatkan..kalau tak jalan..awak je lah yang jalan..
jalan keluar dari mengumpat... asingkanlah diri dan kurangkanlah pergaulan.  sabar duduk sorang2 tu lebih mudah berbanding sabar dari mengumpat.

Seronoknya golongan abdal...dapt masuk syurga tanpa dihisab. Meninggalnya seorang abdal, digantikan abdal yang lain... bilalah kita nak masuk dalam golongan ni agaknya ya!

Jomlah...pakat2 bersih dan jernihkan hati kita... tak payahlah nak bermusuh2 pada orang beriman..buangkanlah segala hasad dan kebencian..jangan dok ngumpat2...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan