Sabtu, 21 April 2012

Rasa-Rasa...Mahukah Diri Didakwa di Sana Nanti?

Nikmat rasanya hidup ketika 3 tahun bercuti..tak perlu buat apa2 melainkan duduk2 melayan tetamu..hidup sungguh tenang tanpa perlu berperang dengan murid2 di sekolah. Tetamuku silih berganti...
Rasa lapar,makan. Rasa ngantuk, tido. Rasa bosan, baca buku. Tak pernah nak susah2 sehingga akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Meskipun ayah tak pernah bersetuju aku nekad untuk medical board.. tak de pencen pun tak kisahlah.. janji aku dapat hidup dengan nikmat.. Malang sungguh.. dr membantah dengan alasan aku terlalu muda untuk berhenti keje lagipula penyakit aku masih boleh diubati.  Berhenti keje bukan penyelesaian, kata dr.

Allah... setiap yang Dia jadikan tidak pernah sia2...rasa agak hampa tapi aku tak boleh kecewa. Aku takut jadi orang yang berputus harap dari rahmat Allah... aku tak mahu sesat, aku tak mahu jadi kafir.  Aku istigfar dan aku tarik nafas panjang2 lalu perlahan aku lafazkan..."saya harus kembali ke sekolah?" dr mengangguk dan berkata,"yes!"

Kembali ke rumah, aku merenung diri... Allah menolak hajatku kali ini setelah Dia menerima hajatku sebelum ini untuk bercuti panjang... Aku harus kembali ke sekolah. Perlu mengasah parangku tajam2 sebelum bertempur. Masih mampukah aku? Nafsu membujuk, tak dapat medical board...berhenti je! haah.. berhenti je lah, apasal tak boleh nak fikir dari tadi, buat apa nak pening2???? aqalku cepat2 mencelah.. tidak Allah jadikan sesuatu tu tanpa sebab...fikir..fikir..

Akhirnya...aku kembali ke sekolah..bulan 10. 2009. Kerana aku yakin, Allah ingin aku mendapatkan sesuatu di situ.  Aku kembali dengan ikhlas, kerana Allah, untuk Allah, bagi Allah.  Dari sehari ke sehari...aku semakin yakin bahawa sesungguhnya perancang yang . terhebat itu Allah, pelaksana terhebat jua Allah. Dialah maha segala Aku tak punya apa2 melainkan aku memang sangat lemah, tidak punya daya juga kekuatan. Berada di sekolah, baru aku tahu....Banyak rupanya yang perlu aku lakukan di sini, bersama murid2 bagi menambah bekalan untuk ke destinasi terakhir aku.

Tsunami cikgu Ku melanda Alauddin.. sana sini memperkatakan tentang cikgu Ku. Masing2 menikus.. seluar ketat, tudung pendek, pakai celak, sanggul tinggi, ponteng kelas, lawan guru semua menjadi sasaran cikgu Ku. Seluar ketat ditetas, tudung pendek diganti, pakai celak muka diconteng, sanggul tinggi cikgu ku tarik, ponteng kelas dirotan, lawan guru ditempeleng dan cikgu Ku tak pernah jemu lakukan semua itu kerana melangkah sahaja kaki masuk ke perkarangan sekolah bulan 10.2009..aku telah berjanji kepada Allah untuk melakukan tugas seikhlas hati aku dan cuba membawa murid2ku kepada Allah meski sedikit cuma hati terpaut..itu sudah memadai! Kasar? Ya.. kasar yang tanpa emosi, kasar dengan kasih sayang! Keras pada permulaan, memujuk pada akhiran...nampak kekesanannya, Alhamdulillah.

Tak ramai mahu susah2 apatah lagi bimbang kalau diserang mak bapak.  Aku berpegang pada 1, Allah itu tak pernah menzalimi.. InsyaAllah, Allah beserta mereka yang tulus.  Aku lebih takut Allah dari takutkan makhluk.  Allah sudah peringatkan mereka yang diazab di neraka sentiasa mencari2 orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab Allah - Al-Ma'arij

Aku takut kalau nanti semua murid2ku menuding jari kepadaku sambil berkata, "Tu ya Allah, cikgu Ku selalu nampak kami buka aurat tapi dia tak pernah nak tegur. Kalau dia tegur, mesti kami tak jadi macam ni"

"Tu ya Allah, cikgu Ku senyum je bila nampak kami lawan cikgu. Dia tak marah pun.  Dia yang salah, bukan kami. Hukumlah dia."

dan pasti macam2 dakwa dakwi lagi nanti di akhirat sana... lalu aku mahu berlepas diri dari dakwaan mereka..justeru aku perlu berani untuk dibenci...
Aku tak mahu menjadi zalim membiarkan orang lain hidup dengan dosa, teraba2 mencari cahaya sedang aku mampu untuk mengubah meski sedikit.

Itu secebis kisah aku dengan murid2ku... kalian?
Kalian pasti punya ramai rakan taulan terutama di facebook, twitter dan sebagainya.  Kalau membisu melihat kemungkaran, bersediakah kalian didakwa mereka yang sentiasa mencari2 orang lain untuk menggantikan diri mereka sehingga mereka terlepas dari azab? Mahukah kalau mereka katakan," budak ni ya Allah, ada dalam friendlist facebook aku tapi tak pernah mahu ingat2kan aku.  Dia tengok saja gambar aku yang tak tutup aurat, dia tengok saja tanpa menegur aku memaki2 di facebook. Dia tak de nak tegur aku. Kalau tegur, aku mesti berubah. Azab dia juga..."
takutkan... justeru aku sendiri tak punya facebook.  Aku deactivate lama dulu justeru aku tak mahu dipertanggungjawabkan

Kita selalu takut menegur kawan2 yang buat silap kerana kita bimbang hilang kawan.. kita hanya mampu menegur di hati meski itu selemah2 iman... tegurlah demi kerana Allah, untuk Allah, bagi Allah.  Tak kesiankah biarkan mereka terus menerus dalam kesilapan. Kita tak boleh baik sendiri2.. perlu ajak orang lain bersama2.  Mereka mahu marah kerana ditegur? Serahkanlah saja mereka kepada Allah dengan doa semoga beroleh kefahaman dan memperoleh hidayah Allah.

 Aku menegur dengan harapan aku juga akan ditegur.  Saat ditegur, akulah insan yang paling berbahagia..aku senang ditegur malah aku akan berterima kasih... kerana dengan teguran makhluk...aku yakin Allah sedang menilik aku dan mahu aku membaiki diri aku..

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata, "Sesungguhnya aku adalah dari orang2 Islam (yang berserah bulat2 kepada Allah)! - Fussilat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan