Jumaat, 20 April 2012

Janganlah Sesekali....

Janganlah sesekali apabila tetamu datang... kita duduk menjauh dan biarkan tetamu kita dilayani orang lain atau dibiarkan melangut sendirian kerana tetamu pasti  rasa tidak dihargai.

Janganlah sesekali biarkan huluran buah tangan itu tidak bersambut... malulah tetamu yang datang membawakan kita rezeki ( bukankah tetamu tu datang membawa rezeki dan membawa keluar dosa kita ketika mereka pulang?)  huluran tidak bersambut bukan menunjukkan kita tawadhuk...tetapi tanda tidak sudi... ambillah dengan senyuman tanda kita menghargai rezeki yang Allah hantar...

Janganlah sesekali memalingkan pandangan ketika kita ditegur.. atau menolak dengan kasar.. atau bercakap sesuatu yang menyakitkan hati orang yang menegur...
tawadhuklah...
ingatlah bahawa kita sebenarnya sedang ditegur Allah...
Hampirlah kepada orang yang menegur dan halusilah tegurannya...mintalah dijelaskan..
Kita bukan  sahaja perlu beradab hanya kepada Allah...tetapi pada makhluk jua tidak terkecuali...

Janganlah sesekali menolak hidangan...andai tidak suka, makanlah sedikit, andai sedap pada selera... makanlah lebih sket.  Janganlah sesekali biarkan tuan rumah terpaksa mempelawa kita berkali2 untuk makan... tetapi kita masih jua tidak menyentuh makanan..
Cakap banyak pun penat juga sebenarnya hahahhahah.....
Hargailah tuan rumah.. dipersilakan makan, jamahlah walau sedikit...
perlu dipelawa berkali2 bukanlah menunjukkan kita rendah hatinya...

Janganlah sesekali....
Jangan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan