Jumaat, 20 April 2012

Seru Hanya Untuk Kebaikan...

Serulah manusia kepada Tuhanmu dengan HIKMAH dan PENGAJARAN YANG BAIK dan BERDEBATLAH DENGAN CARA YANG BAIK...

Bukanlah kataku jua...tapi itulah pesanan Yang maha segala...
Sudah Allah katakan... secara berhikmah...
maknanya Allah mahu kita gunakan perkataan yang tegas dan benar
yang dapat membezakan antara yang hak dan batil...

Mungkin perit untuk terima teguran tapi jika teguran itu membawa kebaikan...
bermuhasabahlah...semoga kita mendapat petunjuk.

Yang manis yang sungguh kita cintai... mungkin menjadi racun dan merosakkan diri.
Yang pahit jangan langsung dibuang kerana itu mungkin ubat yang mujarab...

Pandanglah kepada apa yang orang perkatakan...
bukan orang yang memperkatakan...
ingatlah bahawa lidah hamba tidak pernah bergerak sendiri tanpa izin dan kekuatan daripada Allah... justeru ALlah mengkehendaki lidah itu bergerak dan kata2 dari lisan itu tertuju kepada anda...itu sudah pasti teguran Allah untuk anda melalui hamba yang dipilihNya....

Tawadhuklah...kerana itulah sebaik2 pakaian bagi hamba yang bertaqwa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan