Ahad, 15 April 2012

Syaitan Musuh Yang Lemah...Lawan Je!

Kat sekolah akhir2 ni, ramai murid yang ditangkap berkhalwat.. Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya... dunia hampir ke penghujungnya.  Sedih rasanya fenomena mcm ni tapi apa daya kita... hanyalah cuba untuk banteras, berikan hukuman (walaupun hukuman tu buat aku semakin sakit jiwa!) dan berdoa semoga Allah pandu mereka ke arah jalan yang diredai...

Ketika berbual dengan teman yang juga guru disiplin... aku terkesima! Aku terdiam tanpa berkata buat beberapa ketika.  Tahu tentang kewujudan syaitan tapi masih mahu menjadikan syaitan itu penolong. Kata temanku, "si polan kena tangkap berkhalwat,kak".  Rasa macam tak hairan, pelik bin ajaib kerana si polan ni memang ada masalah akhlak pun lalu aku pun tanyalah, siapakah gerangan pasangannya. Setelah dimaklumkan, aku katakan "eh,budak lelaki ni ada girl friendlah, kelas akak ngajar. Deme tengah buat apa waktu kena tangkap?"  terujalah pula nak tahu.  "Tengah berpeluk,kak!" erkkk... melampau...melampau! Tempat cari ilmu nak berpeluk2.

"Akak tahu apa yang pompuan tu cakap bila cikgu Rashdan tanya kenapa dia buat macam tu?"  Aku diam dan menunggu jawapan. "budak tu kata, Ntahlah,cikgu... setan yang hasut saya masa tu agaknya!" Setan yang kau salahkan...sedangkan kau sendiri yang membenarkan nafsu kau!?  Rasa macam nak pegi ketuk2 kepala budak tu tapi... tak payah..tak payah... pasti ku ketuk dengan kata2ku... yang pasti bisa berbisa!

Bukan kita tak tau bahawa syaitan tu musuh kita yang paling besar, setan tu sendiri dah bersumpah untuk sesatkan kita.  Syaitan tu hebat ke? kuat ke?  Tak pun....syaitan tu lemah, tak de kekuasaan pun atas manusia.  Dia hanya susun tipu daya je agar dunia ni nampak memikat dan mempersonakan.  Kita yang kalah dengan tipu daya dia... lemah sungguh kita!

Sudah Allah khabarkan melalui surah Saba' dan sungguh, iblis telah dapat meyakinkan terhadap mereka kebenaran sangkaannya mereka, lalu mereka mengikutinya KECUALI SEBAHAGIAN DARI ORANG2 MUKMIN.  Dan TIDAK ADA KEKUASAAN (IBLIS) terhadap mereka melainkan hanya, agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya akhirat dari siapa yang masih ragu2 tentang (akhirat) itu.  Dan Tuhanmu maha memelihara segala sesuatu.

Pokok pangkalnya imanlah,kan? Syaitan ni lemah jadi orang2 beriman takkan alami apapun kesulitan dalam hidup kerana mereka mengamalkan agama.  Tapi harus diingat... iman yang dimiliki haruslah ikhlas.  Orang2 beriman yang ikhlas takkan terpengaruh oleh tipu daya syaitan.  Jadilah kita orang yang beriman penuh ikhlas hendaknya agar kita menjadi hamba2 yang terpilih yang takkan terpengaruh dengan tipu daya syaitan laknatullah.
Syaitan berkata :Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa INDAH bagi mereka di bumi dan aku akan menyesatkan mereka semuanya KECUALI HAMBA2MU YANGTERPILIH DI ANTARA MEREKA. - Al Hijr 39-40

Syaitan dah cakap macam tu... jadi takkan pula kita nak jadi hamba dia seumur hidup.  Berhijrahlah!  Kalau hari ni kita jahil, takkan kita nak jadi jahil sampai kita kena bungkus.  Azab Allah tu pedih... 

Sungguh,syaitan itu TIDAK AKAN BERPENGARUH TERHADAP ORANG YANG BERIMAN dan BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.  Pengaruhnya hanyalah terhadap orang yang menjadikannya pemimpin dan terhadap orang yang menyekutukannya dengan Allah.
An-nahl 99-100

jomlah...kita beramal.. buatlah yang wajib jangan ditinggal...
buatlah yang sunat sekadar mampu asalkan kita tak pernah akan jemu...
amal sedikit tu tak mengapa asalkan istiqamah...
Allah tak pernah jemu untuk memberi kita pahala tapi bimbang kita pula yang jemu untuk beramal...
jadi... tak payahlah pulun sampai tak tido malam... tapi amalan kita hanya seminggu dan bakal kita tinggalkan bertahun2... rugi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan