Selasa, 29 Mei 2012

Kuat Syariat Ko Eden Ni?

Aku tersenyum,tersengih,tergelak.....bila dengar kenyataan aku ni kuat syariat.  ermmmm... lepas tu aku temenung..tilik2 diri..ye ke aku ni kuat syariat? pastu rasa mcm bangga pulak hahahahaha.... maunya tak bangga..aku sedang dinilai. 'ujub? tak kot.. semoga Allah bebaskan aku dari semua sifat2 yang buruk lagi hodoh serta terkutuk ni....


Untuk mencapai kualiti taqwa yang tinggi n terhindar dari perangkap nafsu jahat maka kenalah hadapi semua cabaran2nya, amalkan ajaran Ilahi menerusi syariat,tareqat dan hakikat.  Mana bole terpisah ketiga2nya. kalau relaks2 kat syariat je tanpa hakikat pun tak best juga... kalau berhakikat tanpa syariat lagi parah...bole sesat! erghhh... jgn dok cari pasal.


Rasulullah pernah bersabda:
adapun yg dikatakan SYARIAT ialah himpunan larangan dan suruhan yg dtg drp Allah swt
TAREQAT  ialah perlaksaan setiap larangan dan suruhan tersebut
HAKIKAT  pula penghayatan setiap perbuatan sebagai satu ubudiyah semata2 kpd Allah
(jangan tanya ni hadith daif atau apa ya...)

 
 Hakikat tu ibaratnya mutiara di dasar lautan manakala tareqat itu samudera yang maha luas.  Sebelum merentas samudera haruslah dipersiapkan bahtera kita...pastikan benar2 kuat..teguh agar tidak musnah dihempas badai sebelum sampai ke matlamat.  bahtera yang tidak teguh memungkinkan kita lemas di tengah samudera hingga akhir sekali kita tewas lantaran ketidaksabaran kita mempersiapkan bahtera seteguh mungkin.  Jangan main2 dengan mempersiapkan bahtera ni..kot karam tak dapat dibantu. Kalau tak pandai berenang, kena belajar berenang dulu.. kalau tak de pelampong, sediakan pelampung jua.. Penafasan pun kena buat latihan heheheh... bukan senang nak belayar di samudera yang luas...banyak persediaan nak kena buat. 


Justeru itu itulah aku yang sangat mencintai Pembuat Syariat.  Semoga aku terus teguh.
Aku tak pandai sangat bab2 tareqat ni..hakikat lagilah jauh..
Aku zikir apa adanya..berusaha untuk jauhkan larangan Allah dan membuat apa yang disuruhnya tanpa bantah..meskipun sedikit (manusia ni kan suka berbantah2....)

Sebagaimana kata ahli sufi,
tareqat itu perilaku yang baik, selalu waspada dan hati2 dalam gerak geri dan tidak mengerjakan sesuatu secara membuta tuli atau tanpa fikir dan zikir.

Maknanya, tak akan sampai orang kepada tareqat sebelum lebih dulu kita meluruskan akhlak dan perilaku kita.  Apo ko bondo yang boleh luruskan perangai kita ni hehehhehe... tak lain tak bukan... syariatlah, sayang... 

InsyaAllah...kita semua akan wasil kepada Allah
dengan apa cara jalan kita... pandai2lah kita berjalan dengan terbimbing....
bukan apa..takut2 kalau jalan yang kita lalu tu bawa ke gaung.. punah kalau jatuh hehehhe

jom...mantapkan syariat..kita rentas samudera dan terjun ke dasar lautan demi mendapatkan sebutir mutiara..

ayohlah hehhehe.....

3 ulasan:

  1. bole la dikatakan kuat syariat... minta2 termasuk dlm gol ulul albab n ittiba..

    BalasPadam
  2. salam.. kepada penulis blog ini... sy adalah salah seorang pembaca entry-entry anda.... Alhamdulillah coretan2 anda ada yang mengusik hati kecil dan rohani saya.... terus terang sy katakan iman didada sy belum cukup kukuh lagi masih bnyak lopak2 yang perlu sy tampal dan masih bergoyang belum sy kukuhkan....

    jadi sy ingin meminta pendapat penulis terhadap situasi ini... sy mempunyai seorang kenalan dia boleh dketegorikan sebagai seorang muslim yang berjaya... seseorang yg amar makruf nahi mungkar.. dia sentiasa menyebut hukum2 Allah s.w.t utk mengingatkan sy bagaimana hendak menjadi seorang muslim yang sejati tetapi pada masa yang sama apa yg di amalkan oleh beliau tidak seperti nasihat2 beliau kepada org sekeliling beliau... contonhya... katanya tidak baik mengata hal2 orang lian.walaupun org itu tidak kita suka tapi pada masa yang sama beliau sendiri melakukan bnda2 yang sedemikian rupa... katanya lagi tidak elok utk melakukan perkara yan sia2 .. kan elok melakukan sesuatu seperti zikir tetapi dr ucapanya tidak terlepas menceritakan kesalahan orang yang tidak disukainya.... pada awalnya sy menghormati sikap dia yg memberikan bnyak ilmu2 yang berguna tetapi setelah sy melihat sikap & gayanya saya menjadi keliru tetapi sy tidak menyalahkan dia... sy cuba untuk mengikut bnda yang baik yang dia tunjukan dan menjauhi bnda2 yg saya rasa salah... saya juga faham andai pertanyaan sy ini di anggap berat sebelah kerana penulis hnya mendengar kisah dr pihak sy.... tetapi sehingga kini sy masih mencari2 kenapa dia sebegitu rupa sewenag-wenangnya menggunakan sabda Rasulullah untuk menghukum seseorang.... tanpa mengetahui kisah cerita yang sebenar..... oleh yg demikian bersalahkah sy andai sy tidak menghormati sikapnya tetapi sy menghormati dia sebagai seorang yg bnyak memberi ilmu kepada sy....

    Akhir sekali sy berterima kasih ke atas segala teguran anda semoga anda dilindungi Illahi selalu..amin....

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...
    Tkasih krn sudi utk mengunjungi blog sy ni n komen si sini...sy hargai sgt.
    Sy bukanlah org yg pantas utk memberi nasihat krn sy jua masih merangkak2 dlm prjlnn mencari cinta Ilahi. Tapi kita boleh berkongsi pnglaman n pengetahuan demu memantapkan diri kita.

    Sahabat sebenarnya saling melengkapi...dia menegur kala kita salah n dia dtegur saat kita silap.sahabat itu perlu untuk saling memberi n menerima...dgn demikian prsahabatan itu pasti terjalin tiada krn lain melainkan krn Allah.

    Andai kita sedar bhw terlalu bnyk yg perlu kita lakukan utk memperbaik diri kita..itu petanda yg cukup baik n itulah petanda rahmat Allah utk kita.dgn demikian, kita pasti akan berusaha utk menjadikan diri kita lebih baik dari yg sedia ada hari ini.

    Beruntung Allah hadirkan seorang hamba Dia utk menegur kita saat kita lalai lagi alpa.tak semuanorg mndapat rezeki yg sedemikian. Sy selalu terapkn pada diri sy... JANGAN MEMANDANG SIAPA YG BERKATA TAPI FAHAMILAH APA YG SEDANG DIA PERKATAKAN? Dgn demikian sy sntiasa brsedia utk menerima nasihat dr siapa jua waima seorang tua yang kelihatan spt tidak waras :-)

    Teringat jua sy kt ilmuan islam :AMBILLAH NASIHAT BAIK DR ORG YG MENGUCAPKANNYA MESKIPUN DIA TIDAK MENGAMALKANNYA.
    Dalam hal ini sy rasa, tak salah saudari mengambil nasihat yang baik drpnya. Bagus Allah hadirkan dia utk saudari krn sekrg2nya ada org yg menegur saat kita silap n menasihati saat kita lagho. Itu nikmat Allah yang tak terhingga buat saudari sbnrnya.

    Tentang sikapnya yg brtentangan dgn nasihatnya.... Apa kata saudari membantunya dgn doa semoga dia mndapat taufik (insyaAllah,Allah perkenankan sbb dia pun sntiasa brusaha menegakkan hukum Allah) dan cara y kedua ialah dgn membantunya... Bantu dgn cara mengingatkan dia kembali...bhw tak baik mengatakan ttg org lain. (klu sy, sy selalu berseloroh dgn org yg mcm tu dgn kata... Eh..istigfar...istigfar.. Yang brtanduk dah dtg...kemudian sy akan ketawa n org brkenaan akan faham). Jika sy pula yg meluahkan ras kesal,tak puas hati yang boleh bwa kpd mengumpat, sy pula akan diingatkan.

    Kita dilahirkan tidak sempurna, kita sama spt moyang kita nabi Adam, yg d keluarkan dr syurga kerana sifat lupa justeru terimalah keadaan rakan itu seadanya dan pada mas yg sama saling menasihati...tentu semua akan menjadi lebih baik. Sama2lah saling menasihati n hormat menghormati.

    Sy tak pandai nak berkata2 tapi sy harap...mesej sy sampai. Sama2 kita berubah demi kebaikan akhirat kita. Semoga saudari berbahgia n sntias mndapat reda Allah.

    BalasPadam