Jumaat, 25 Mei 2012

Nasihat-nasihat Dari Kitab Taurat

Saya nak kongsi dengan anda apa pesanan dari Kitab Taurat.  Semoga dengannya bertambahlah ilmu kita...semakin kuatlah pegangan kita...semakin cintalah kita akan Allah dan Rasul...

Wahab bin Munabbih semoga Allah merahmatinya berkata :  Tertulis dalam Kitab Taurat 27 nasihat sepertimana berikut

1.   Barangsiapa MEMBUAT PERSEDIAAN BEKALAN AKHIRAT DI DUNIA maka pada hari kiamat dia akan menjadi kekasih Allah swt

2.   Barangsiapa yang MENINGGALKAN MARAH maka ia menjadi jiran tetangga Allah

3.   Barangsiapa MENINGGALKAN CINTA KEHIDUPAN DUNIA maka pada hari kiamat dia menjadi orang yang aman (selamat)

4.   Barangsiapa MENINGGALKAN SIFAT DENGKI HATI maka pada hari kiamat dia menjadi orang terpuji di hadapan para pemimpin makhluk

5.   Barangsiapa yang TIDAK MENYUKAI JAWATAN maka pada hari kiamat dia menjadi orang yang mulia di sisi Maha Raja lagi Maha Perkasa

6.   Barangsiapa yang MENINGGALKAN SIKAP BERLEBIHAN maka dia menjadi orang yang senang beserta orang yang berbuat kebaikan

7.   Barangsiapa yang MENINGGALKAN PERMUSUHAN DI DUNIA maka pada hari kiamat termasuk golongan orang2 yang beruntung

8.   Barangsiapa yang MENINGGALKAN SIFAT KEDEKUT DI DUNIA, maka dia menjadi terkenal di depam para pemimpin makhluk

9.   Barangsiapa yang MENINGGALKAN KESENANGAN DI DUNIA maka pada hari kiamat dia menjadi orang yang berbahagia

10. Barangsiapa MENINGGALKAN YANG HARAM maka pada hari kiamat dia menjadi jiran tetangga para nabi

11. Barangsiapa yang TIDAK MELIHAT PADA YANG HARAM DI DUNIA maka pada hari kiamat Allah menggembirakan matanya di syurga.  Meninggalkan kekayaan di dunia dan memilih kefakiran maka pada hari kiamat Allah membangkitkan dia berserta para wali dan para nabi

12. Barangsiapa MEMENUHI KEPERLUAN HAJAT  ORANG LAIN di dunia maka Allah memenuhi hajatnya di dunia dan di akhirat

13. Barangsiapa yang INGIN MENDAPAT HIBURAN DI KUBURNYA maka hendaklah bangun pada malam hari yang gelap dan hendaklah solat sunat walaupun hanya 1 rakaat

14. Barangsiapa yang INGIN BERADA DALAM NAUNGAN ALLAH maka jadilah orang yang zuhud

15. Barangsiapa yang INGIN DIHISAB DENGAN MUDAH maka jadilah orang yang menasihati diri sendiri dan saudara maranya

16. Barangsiapa yang INGIN DILAWAT MALAIKAT maka jadilah orang yang wara'

17. Barangsiapa yang INGIN TNGGAL DALAM KELUASAN SYURGA maka jadilah orang berzikir kepad Allah pada waktu malam dan siang

18. Barangsiapa yang INGIN MASUK SYURGA TANPA HISAB maka hendaklah bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha

19. Barangsiapa yang INGIN KAYA maka jadilah orang yang reda terhadap pemberian Allah kepadanya dan kepada orang lain yang berupa harta, kedudukan dan sebagainya

20. Barangsiapa yang INGIN MENJADI FAQIH (faham tentang agama) maka jadilah orang yang khusyu'

21. Barangsiapa yang INGIN MENJADI BIJAKSANA maka jadilah orang yang alim

22. Barangsiapa yang INGIN MENJADI ORANG YANG SELAMAT DARI MANUSIA, maka janganlah memperkatakan seseorang di antara mereka kecuali pembicaraan yang baik dan ambil iktibar dari apa dan untuk apa dirinya diciptakan

23. Barangsiapa yang INGIN MULIA DI DUNIA DAN AKHIRAT maka hendaklah memilih akhirat berbanding dunia

24. Barangsiapa yang MENGHARAPKAN SYURGA FIRDAUS DAN SYURGA NA'IM YANG TIDAK ROSAK maka janganlah menyia2kan usia dengan membuat kerosakan di dunia

25. Barangsiapa yang INGIN SYURGA DUNIA DAN AKHIRAT maka hendaklah menjadi orang yang murah hati kerana sesungguhnya orang yang murah hati dekat ke syurga dan jauh dari neraka

26. Barangsiapa yang INGIN DITERANGI HATINYA OLEH ALLAH DENGAN CAHAYA YANG SEMPURNA maka hendaknya dia bertafakur dan mengambil iktibar

27. Barangsiapa yang INGIN MEMPUNYAI BADAN YANG SABAR, LISAN YANG BERZIKIR, HATI YANG KHUSYU' maka hendaklah ia banyak beristigfar bagi orang mukmin baik lelaki mahupun perempuan dan muslim lelaki mahupun perempuan.

Demikian adanya... silalah nilai diri kita masing2... yang tak ada kita adakan demi kebaikan kita di dunia mahupun di akhirat. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan