Memperluaskan diri dalam ilmu agama yang berguna dan menambah pengetahuan lebih daripada kadar yang perlu, maka itu adalah sebaik-baik jalan menuju kepada Allah S.W.T dan seutama-utama amalan di sisiNya. Tulus ikhlas mencari ilmu, kerahkan diri beramal, ajarkan kepada orang lain......



Apakah saya menghamburkan mutiara
dihadapan pengembala domba?

Lalu jadilah dia tersimpan
dalam gudang penternak haiwan

Mereka itu tidak tahu
akan harga mutiara
Dari itu saya tak mahu
Menggantungkannya pada leher mereka

Kalau kiranya Tuhan
Mencurahkan belas kasihan
Lalu kedapatan
ahli ilmu pengetahuan

Saya akan siarkan ilmu berfaedah
Saya akan memperoleh mahabbah
kalau tidak begitu........
Biarlah tersimpan dan tersembunyi dalam dadaku!


Memberikan ilmu kepada orang menolak
Hal itu ialah menyia-nyiakan
Tak mahu memberikannya kepada orang yang berhak
adalah menganiayakan


Jumaat, 25 Mei 2012

Sila Pilih...Kekasih Iblis atau Musuhnya.....

Nak hidupkan rasa cinta akan Rasulullah...sirah dibaca berulang kali.  Nak hidupkan rasa benci pada iblis...aku memang suka baca tentang jin, syaitan, iblis dan yang sewaktu dengannya. Dengan demikian, InsyaAllah hati akan sentiasa hidup untuk digerakkan bagi melawan segala hasutan yang bersifat lemah sebenarnya.  Ketika mengulangkaji, aku tertarik dengan 10 golongan KEKASIH IBLIS dan 20 yang menjadi MUSUHNYA.  Nak juga aku kongsikan di sini, sekurang2nya kalau sebelum ini 10 orang yang tahu, selepas ni mungkin akan jadi 20 malah lebih.  Semoga bermanfaat...

Kata Ibn Abas:
"Nabi Muhammad saw pada suatu hari bertanya kepada iblis yang direjam: 'berapa golongan kekasihmu dari umatku?" Iblis menjawab:'sepuluh golongan'
1.  Imam (pemimpin) yang melencong(zalim)
2.  Orang yang sombong
3.  Orang kaya yang tidak pernah peduli dari mana diperoleh kekayaannya dan ke mana ia akan membelanjakan hartanya
4.  Orang alim yang menyokong (menyatakan benar) terhadap penyelewengan penguasa
5.  pedagang yang curang
6.  Penimbun makanan asas
7.  Orang yang berbuat zina
8.  Pemakan riba
9.  Orang kedekut (bakhil) yang tidak peguli dari mana ia peroleh hartanya
10.Peminum khamar yang mabuk kerananya

Kemudian Nabi Muhammad saw bertanya lagi;" lalu ada berapa musuhmu dalam umatku?'  Iblis menjawab : ada 20 golongan iaitu :
1.   Engkau sendiri wahai Muhammad kerana aku sangat benci kepadamu
2.   Orang alim yang mengamalkan ilmunya
3.   Orang hafal al Quran yang mengamalkan isinya
4.   Orang azan dengan lillahi Ta'ala dalam solat fardhu yang lima
5.   Orang yang menyayangi fakir miskin dan anak yatim
6.   Pemuda yang hidup penuh taat akan Allah
7.   Orang yang halal makanannya
8.   2 orang pemuda yang saling mencintai dalam jalan Allah
9.   Orang yang bersemangat dalam solat berjemaah
10. Orang yang melakukan solat pada malam hari saat orang2 sedang tidur
11. Orang yang menahan dirinya dari berbuat haram
12. Orang yang menasihati teman2nya secara ikhlas
13. Orang yang sentiasa dalam keadaan berwudhuk
14. Orang yang dermawan
15. Orang yang bagus perangainya
16. Orang yang membenarkan Allah dalam bahagian rezeki yang dianugerahkan kepadanya (berzakat dan berinfak)
17. Orang yang memberikan khidmat baiknya untuk para janda yang susah menderita
18. Orang yang menyiapkan diri untuk menghadapi kematian
(AKU MASIH MENCARI 2 PERKARA YANG TERCICIR)

Nah... jadi mana pilihan anda? Mahu menjadi kekasih iblis atau mahu menjadi musuhnya? Kalau mahu menjadi musuhnya, berusahalah untuk menjadi sebagaimana yang telah diberitahu.  Tak susah sangat kot kalau kita memang berkehendak.  Kita usahalah sama2...mana tahu, dengan demikian kita mampu jadi wali Allah bukan wali syaitan.  Niat nak jadi baik pun dah ada pahala, bila laksanakan bertambah2 pahalanya.

Kalaulah hati anda gelisah, anda tidak tenang, anda gundah gulana... cuba praktikkan 3 perkara ini sebagaimana yang diberitahu oleh Ibnu Mas'ud, semoga anda akan beroleh ketenangan dan syaitan iblis tak mampu mempengaruhi anda untuk terus tidak tenang.

1. Pergi ke tempat orang membaca al Quran dengan memperhatikan dan mendengarkan baik2 atau anda sendiri  membacanya dengan baik

2. Pergi ke majlis ilmu atau tazkirah yang mengingatkan hati kepada Allah

3. Pergi ke tempat sunyi dan tenang dan di sana anda beribadah dan bertafakur kepada Allah.

Jomlah...kita sama2 perbaiki diri kita...menjadi hamba yang lebih baik...hamba bertaqwa.  Semoga ALlah bukakan pintu rahmatnya dan mengizinkan kita masuk ke dalamnya...

3 ulasan:

  1. kalo x silap..musuh iblis lg 2 gol tu adalah

    19) orang yang tetap dan cepat bertaubat.
    20) imam n pemimpin yg adil..pedagang yg jujur dan amanah...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...terima kasih

    BalasPadam