Jumaat, 18 Mei 2012

Lima Buah Positif Bertafakur

Berfikir satu jam, lebih baik daripada ibadah enam puluh tahun...

Daripada kita asyik termenung kosong, adalah lebih baik bertafakur,kan?  Panjang angan2 ni tak bagus..jadi jom kita bertafakur.  Lebih bermakna dan Insya-Allah dapat le hidupkan hati kita yang ntah makin keras, ntah hampir mati, na'uzubillah


Sayidina Ali bin ABi Thalib r.a berkata :
Tidak ada ibadah (yang lebih sempurna) seperti berfikir (tafakur)

Nak bertafakur tentang apa ni? Nak buat macammana ek.... best ke tafakur ni? Ada hasil ke? eh..eh..
Jom kita baca apa kata jumhur ulama:
Sesungguhnya pemikiran itu pada lima sasaran:

Berfikir tentang bukti2 kebesaran Allah
~dapat menimbulkan tauhid dan yakin

Berfikir tentang anugerah2 Allah
~menimbulkan mahabbah dan syukur

Berfikir tentang janji2 Allah
~menimbulkan kecintaan hari akhirat

Berfikir tentang ancaman Allah
~menimbulkan rasa gementar (takut) berbuat maksiat

Berfikir tentang kekurangan diri dalam mengabdi padahal Allah telah beri banyak kebaikan
~membuahkan rasa malu terhadap Allah

Tak susah pun kan?  Bukan kena bayar pun untuk buat semua tu... pegi jalan, shoping kena kuarkan duit...nak bertafakur...free je!  Banyak berangan, banyak jerawat nanti... kurang2kan berangan, lebih2kan memandang Allah...berseri wajah, Insya-Allah!

Mengikut Khalik al-Rasyidi:
Tafakur tidak akan berjaya selain dengan sentiasa berzikir dengan ucapan yang disertai hati, sehingga zikir tetap berada dalam hatinya.  Kejayaan kedudukan ini menunggu kemakrifatannya kerana jika tidak makrifat kepada Allah, bagaimana zikirnya itu akan dapat tetap berada dalam hati dan lisannya

JOMLAH...KITA BERUSAHA UNTUK BERTAFAKUR....
SEMOGA SAYA, ANDA DAN SEMUA YANG MEMBACA TERPILIH DI SISI ALLAH UNTUK MENJADI HAMBA YANG BERTAQWA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan