Rabu, 23 Mei 2012

Banyaknya Nikmat Allah....

Usai solat isyak kelmarin...aku menghitung2 habuan dunia yang aku peroleh dari Allah... nikmat Allah memang tak terhitung ...tak akan pernah mampu! 5 bulan sudah berada dalam 2012..  aku mengira2.. ermmmm...banyak yang Allah bagi pada aku tahun ni yang memang aku tak pernah jangkakan. 

Aku menyambut 2012 dengan penuh keazaman untuk memperbaiki diri agar menjadi hamba yang sebenar2 hamba.  Aku benar2 ingin menjadi dekat dan terus dekat dengan yang menciptakan aku.. pantas sangat rasanya masa berlalu dan telah menjejak pertengahan bulan 5. Telah masuk bulan yang aku nanti2kan...bulan Rejab.  Tatkala tiba bulan Rejab, maka bulan Ramadhan sudah tak lama bakal menyusul.  Semoga aku, anda dan semua yang membaca berkesempatan bertemu lagi dengan Ramadhan...

Allah banyak memberikan habuan dunia buat aku yang boleh membuatkan aku tersenyum, ketawa, gembira, riang dan semua yang boleh diertikan kebahagiaan.  Tiada lagi duka sebagaimana dukaku yang berpanjangan suatu saat dahulu.  Benarlah janji Allah....
Setelah kesusahan pasti ada kemudahan. 
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan....
Benarlah jua... sesungguhnya solat dan sabar itu penolong.... Alhamdulillah

Pada tahun ini, aku berkesempatan mengerjakan umrah sekali lagi.  Yang paling membahagiakan..aku berkesempatan bersama suami dan anak2 ke sana.  Maha suci Allah yang telah memberikan rezeki yang tak putus2 dan sentiasa mencukupkan. Ada orang takut nak keluarkan duit yang banyak untuk ke tanah suci sebab bimbang duit berkurang tapi aku sungguh yakin akan rezeki Allah. Aku sanggup berhabis untuk membawa anak2 ke sana...aku memang tak pandang belakang lagi.  Aku sentiasa yakin akan doa jika rezeki aku di langit, Kau turunkan, jika rezekiku di bumi, Kau keluarkan, yang jauh kau dekatkan, yang haram Kau halalkan... Allah maha segala...aku sungguh yakin akan pengasih, penyayang dan pemurahnya Dia. Saat aku buntu memikirkan siapa yang nak jaga kucing dan ikan2 aku di rumah sepeninggalan aku... Allah datangkan kemudahan.  Aku hanya berbisik kepada Dia, selesaikanlah untukku ya Allah, tiada mampu aku berfikir melainkan Engkau yang mempunyai segala kekuasaan.  Nah... bantuan datang bila Ekin sudi untuk tinggal di rumah aku. Allah hu Akbar... nikmat apa lagi yang nak aku dustakan..... aku hanya mampu tersenyum dan melafazkan syukur...baik dengan lisan mahupun perbuatan. terima kasih Allah kerana mengirimkan pertolongan... terima kasih ekin kerana menerima untuk jadi pilihan!

Balik ke sini, kerajaan baik hati mengumumkan kenaikan gaji...13%!  Pada orang lain mungkin sedikit tapi pada aku...itu sudah cukup banyak dan lebih daripada cukup.  MasyaAllah tabarakallah... mengenangkan itu dan gaji akan berubah lagi bulan 7 nanti... aku menitiskan air mata...betapa melihat kebesaran Allah.. tidaklah yang memberikan rezeki itu manusia melainkan Allah swt....

Belum cukup dengan berita gembira itu...beberapa minggu kemudian, aku diminta mengisi borang...naik gred! Ermmmm... naik gred maknanya naik gaji.. nikmat apa lagi yang nak aku dustakan.  Memang tak ada...tak ada satupun yang  boleh didustakan! Berita gembira tidak putus di situ saja...sebaliknya berlanjutan pada hari guru tempoh hari.  Alhamdulillah, meskipun baru masuk sekolah setelah bercuti lama, kerja2 aku dinilai positif dan mendapat APC buat kalli ke2.  Memang aku tak menduga langsung, tak pernah mengharapkan sedikit pun kerana ramai yang yang berpotensi. tapi itulah rahmat Allah.  Itulah kasih sayang Allah.  dan aku semakin yakin yang keihklasan itu akan membuatkan hasil yang sungguh baik sama ada di dunia mahupun di akhirat.  Dan hari sabtu lepas... Allah telah mengirimkan hambaNya untuk mengisi kekosongan rumah yang kubeli setahun yang lepas, Alhamdulillah.  Bukankah itu nikmat Allah yang kita tak pernah jangkakan.... dan InsyaAllah... pertolongan Allah akan tiba, tiba dan tiba... selagi kita mahu menjadi hamba yang bersyukur!

Cerita ini bukan bermakna aku hamba dunia, aku 'ujub atau apa tapi mahu mengajak anda yakin akan kasih sayang Allah.  Jangan rasa takut untuk bersedekah bimbang duit habis/tak cukup, jangan rasa takut kehabisan duit kerana ke tanah suci, jangan abaikan keikhlasan di hati... Kerana kita sedang di perhati oleh yang tak pernah mengantuk apatah lagi tidur....juga penting... kasihmu akan ibu...ayah.. itu modal bagi meraih kasih sayang Allah...
 jangan gundah pada derita kerana derita itu InsyaAllah ada penghujungnya... Aku mahu temanku yang bimbang simpanan menyusut kalau ke tanah suci punya keyakinan kepada Allah... Rezeki InsyaAllah semakin banyak setelah anda melabur ke tanah suci.

dan satu yang penting yang aku peroleh dari segala nikmat yang Allah beri... Aku sedang diuji.....
Aku sedar ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan